ADAKAH SIKAP KITA SAMA DENGAN PERANGAI IBLIS @ YAHUDI...?
Allah brfirman dalam al-Quran, maksudnya: “Tidakkah dengan menyebut nama ALLAH hati kita menjadi tenang.” (AL-Ra’d [13]: 28). Maksud menyebut (zikr) bukan dengan lidah sahaja. Tapi dengan HATI dan Perbuatan. Macamana tu…?
Untuk mudah memahaminya, kita kenalah berbalik kepada asas peganggan Tauhid dan Akidah Iman kita, iaitu percaya kepada ALLAH dan keyakinan kepada Qadha dan Qadar (segala buruk dan baik semuanya datang dari ALLAH).
Dari ASAS peganggan itulah baru kita bawa kepada diri dan dalam kehidupan seharian kita. Dalam kehidupan harian kita, jika ketika berlaku dan terjadi sesuatu perkara, sama dalam usaha kita melakukan sesuatu, sama ada orang lain melakukan sesuatu ke atas kita (sama ada buruk atau baik), atau apabila kita melihat terjadi sesuatu peristiwa… Apakah dan siapakah yang lebih dahulu kita nampak atau INGAT…? ALLAH atau makhluk manusia…?
Kalau kita dapat duit dan harta dari seseorang…siapakah yang kita nampak…tentu kita akan berkata: “Ada orang bagi, terimakakasih… nasib baik ada orang bagi…kalau tak susah aku…” Waktu itu kita nampak tak semuanya ALLAH yang bagi…?
Bila kita diuji…dimarah…atau dikasihi…kita nampak tak bahawa ALLAH yang uji, yang marah dan yang kasih kita…? Demikianlah nikmat dan musibah yang terjadi pada keluarga kita… kepada masyarakat dan alam sejagat… pernahkah hati kita berkata “Semuanya (buruk atau baik) datangnya daripada ALLAH.”
Renungilah firman ALLAH, maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami (ALLAH) akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan (terkorban dan kehilangan) jiwa (raga) serta (kekurangan) hasil tanaman, dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) mereka yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata: “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN" (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali). Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah al-Baqarah [2]: 155-157).
Daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa orang yang nampak ALLAH dalam hatinya bila terjadi sesuatu perkara atau bila-bila masa sahaja ia melihat dan mengalami sesuatu, ialah orang yang benar-benar sabar. Yaitu sabar dalam usaha untuk mentaati perintah ALLAH (melaksanakan perintah ALLAH), sabar dalam usaha untuk meninggalkan larangan ALLAH, sabar dalam menerima dan berhadapan dengan ujian dan bencana (sama ada yang datang melalui manusia atau langsung dari ALLAH), dan sabar dalam menerima nikmat dari ALLAH.
Tanda orang yang sabar ialah, apabila sahaja berhadapan dengan apa jua musibah, ia akan berkata: “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN”. Orang yang berkata demikian, ia akan mendapat limpahan kebaikan dan rahmat dari ALLAH, itulah sifat-sifat orang yang mendapat petunjuk (hidayah) ALLAH. Ertinya bila sebaik sahaja kita mendapat sesuatu, sama ada nikmat atau ujian, hati kita akan segera melihat dan menyedari serta kembali kepada asas ilmu Tauhid, bahawa semua perkara buruk atau baik datang daripada ALLAH. Rasa sedemikianlah dianggap “Hidayah” (petunjuk) dari ALLAH. Dengan kata lain, jika kita tidak merasa demikian, bererti kita tidak diberi hidayah oleh ALLAH, sebaliknya kita mendapat hidayah (bisikan) dari syaitan yang sentiasa meniupkan sangkaan buruk kepada makhlak dan juga kepada ALLAH.
Orang yang apabila berhadapan dengan sesuatu perkara, sama ada buruk atau baik, ia hanya melihat setakat makhluk, tanpa melihat ALLAH, tak ubah seperti mana iblis, bila mana ia diperintahkan supaya taat dan sujud pada Nabi Adam, ia tidak mahu sujud, sebab ia cuma melihat Adam (makhluk) sebagai manusia yang dirasakannya lebih hina daripadanya (iblis sombong), hatinya tidak nampak ALLAH yang memerintah hal itu. Apabila iblis lupa bahawa “perintah sujud” pada Adam itu datang dari ALLAH, dan sujud pada Adam itu hakikatnhya sujud (taat) pada ALLAH, lalu ia jadi penderhaka.
Macam itu juga dengan kisah bangsa Yahudi yang apabila ALLAH diperintahkan berkiblatkan kepada Ka’abah (Makkah) sebagai ganti berkiblatkan Masjidil Aqsa, orang Yahudi enggan mengubah kiblat itu, kerana mereka menyangka Nabi Muhammad saw yang memerintah mengubah kiblat dari Masjid al-Aqsa kepada Makkah (Ka’abah).
Oleh itu, apabila sesiapa sahaja yang berhadapan dan mengalami sesuatu perkara, lalu hatinya hanya melihat terbatas kepada makhluk, menyangka semuanya datang daripada makhluk, dan ia tidak melihat terus secara langsung kepada ALLAH, ia lupa bahawa segala apa yang berlaku semuanya datang dari ALLAH, maka SIKAPnya tak ubah seperti “Iblis” dan”orang Yahudi”.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYTx9xHLwE3gjSt60sI1SZzmUaDdAZlbZkkJ-_NMnJFNmOdK5llHb06nvxS0BBBP6PrbEHxDtjETLJwbRJ3GAT21Z3_WUIzpxGsdFRrvqpM0xBklr5KjEpJK7lznKa8Mnit53zErcxYZo/s200/26195_111376268876295_100000117678680_272703_6994742_n.jpg)