Tuesday, 8 June 2010

Lebih Utama Boikot Carahidup daripada Barangan

Lebih Utama Boikot Carahidup daripada Barangan Setiap kali saja terjadi peristiwa keganasan Yahudi ke atas umat Islam, ketika itu juga bangun seluruh umat Islam di dunia protes dan mengadakan kempen “boikot” barangan keluaran syarikat Yahudi. Tetapi setelah keadaan redah, umat Islam kembali membeli barangan Yahudi, penuh semula restoren milik syarikat Yahudi. Sedangkan yang paling utana sekali ialah memboikot “CARAHIDUP” Yahudi. Kerana dalam al-Quran dan hadis Allah dan Rasul mengingatkan tentang bahaya carahidup Yahudi bukan bahan makanan. Rasulullah dan para Sahabat pernah juga bertukar barangan dalam perniagaan (butter trading) dengan orang Yahudi. Dalam al-Quran Allah mengingatkan; “Selama-lamanya tidak akan redha (berpuas hati) oleh orang Yahudi dan Nasrani itu, selagai kamu (umat Islam) tidak mengikut jejak langkah millah (carahidup) mereka.” (Surah Al-Baqarah-2/120). Perkataan “Lan” dalam bahasa Arab berertinya “selama-lama” atau bahasa Inggeris bermaksud “forever”, ertinya tidak ada penamatnya atau “sepanjang masa tetap memusuhi umat Islam”. Dalam hal ini umat Islam wajib sentiasa beringat agar tidak terjebak dalam strategi dan perangkap Yahudi dan Nasrani yang setiap masa dan dalam pelbagai bidang dipasangnya. Nabi s.a.w. sendiri mengakui ada umatnya, khususnya di akhir zaman, akan terjebak dengan perangkap Yahudi dan Nasrani. Sabda Nabi s.a.w., maksudnya; “Di akhir zaman nanti, sesungguhnya kamu (umat Islam) akan ikut jalan-jalan mereka yang dahulu sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke lubang biawak sekalipun nescaya kamu ikut mereka!. Sahabat ada yang bertanya: ‘Ya Rasulullah, adakah Engkau maksudkan itu Yahudi dan Nasrani?’. Jawab Nabi s.a.w.: “Siapa lagi!” (Ertinya tentulah Yahudi dan Nasrani) -(Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim hadis dari Abi Said Al-Khudri). Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga umatku mengikuti (umat) abad-abad yang sebelum mereka. Rasulullah s.a.w. ditanya: Wahai Rasulullah, apakah seperti Rom dan Parsi? Beliau s.a.w. bersabda: Tidak ada manusia lain selain mereka (ertinya Rom dan Parsi).” (Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah). Rom dan Parsi adalah dua negara raksasa, di mana kaum Rom adalah beragama Nasrani sedangkan kaum Parsi (Iran) di antara mereka terdapat kaum Yahudi, sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Karmany ketika mensyarahkan hadis ini. (Lihat: Fathul Baari, Juz. 13, hal. 301). Apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. ini telah terbukti dengan sempurna di mana umat Islam telah benar-benar mengikuti bangsa-bangsa tersebut secara buta tuli dalam segala sesuatu; dalam adat atau tradisi daripada upacara hari-hari kebesaran serta dalam cara pemerintahan dan perundangan. Dalam hadis lain lagi, riwayat Imam At-Tabrani dari ‘Auf bin Malik bahawa suatu ketika Jibril ‘Alaihissalam turun bertemu dengan Nabi s.a.w menyampaikan wahyu, ketika itu ‘Auf bin Malik ada di sisi Nabi s.a.w. Setelah selesai menerima wahyu, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; “Jibril datang memeriksa perkara agama kamu. Demi sesungguhnya, kamu (umat aku) nanti akan datang masanya (di akhir zaman) akan betul-betul dan bersungguh-sungguh mengikut cara hidup umat-umat dahulu sebelum kamu (Yahudi dan Nasrani) seperti sepasang sepatu (ertinya sama) dan kamu membuat sama seperti mereka berbuat, jika sejangkal mereka berbuat, kamu akan ikut sejangkal. Jika sehasta mereka berbuat, kamu pun ikut sehasta juga. Jika sedepa, maka sedepa juga kamu berbuat. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang Dhob (biawak pasir) yang sempit pun kamu akan ikut masuk juga.” Dalam hadis riwayat Al-Bazar, Al-Hakim dari Ibni Abbas, terdapat tambah; “...sehingga mereka bersetubuh dengan ibu mereka pun kamu akan ikut berbuat begitu...” Dalam hadis riwayat At-Tabrani dari Ibnu Mas’ud, terdapat tambahan lagi; “...kamu akan ikut jejak langkah orang Yahudi dan Nasrani sehingga mereka lalu melewati sekumpulan wanita, ada salah seorang daripada mereka pergi bersetubuhi (berzina) dengan perempuan itu, maka kamu nantinya akan ikut berbuat semacam mereka berbuat itu...” Sebuah hadis lagi yang dipetik oleh penyusun kitab Al-Bida’, hadis riwayat Al-Hakim dari Huzaifat ibni Al-Yaman, terdapat tambahan lagi; “...demi kamu akan ikut jejak langkah Yahudi dan Nasrai...sehingga mereka makan tahi pun kamu ikut makan juga. Demi Allah, sesungguhnya perkara itu akan benar-benar terjadi pada umat aku akhir zaman.” Hadis lain lagi riwayat Imam Ahmad dari Sahal bin Said Al-Ansari bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; “Demi diriku dalam kekuasan-Nya (Allah), nanti kamu (umat aku) akan mengikut jalan umat-umat dahulu daripada kamu (Yahudi dan Nasrani) sehingga apa sahaja mereka buat kamu akan ikut berbuat”. Daripada peringatan al-Quran dan hadis di atas, jelaslah bahawa carahidup Yahudi yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah lebih berbahaya daripada barangan mereka, kenapa ada di kalangan umat Islam sendiri lidah mereka menjerit-jerit mengutuk Yahudi dan mengadakan kempen memboikot barangan Yahudi, sedangkan dalam masa yang sama peribadi mereka menyerupai carahidup Yahudi… Contohnya, bergaulan bebas, dedah aurat, merokok, minum arak, menipu, terlibat dengan riba dan sebagainya… Fikir-fikirkanlah wahai umat Islam….