PROFILE PERIBADI RASULULLAH SEBAGAI TELADAN SEJAGAT
Setiap nabi dan rasul mempunyak nasab keturunan yang bersih dan daripada keturunan nabi juga. Nabi Muhammad s.a.w. berkerutunan Nabi Ibrahim a.s..
1. Nasab dan Keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda s.a.w. ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdil Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyaas bin Mudhar bin Nizar bin Ma‘ad bin Adnan dan seterusnya hingga kepada Nabi Ibrahim a.s. Sementara di pihak ibu Baginda s.a.w pula ialah ibunya bermama Siti Aminah binti Abdul Wahab bin Abdil Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka‘ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyaas bin Mudhar bin Nizar bin Ma‘ad bin Adnan. Salasilah keturunan bapa dan ibu Baginda s.a.w. mempunyai kiatan yang bertemu kepada Kilab bin Murrah dan seterusnya. Mula berpecah dari Qusai dan Zuhrah, mereka ialah bersaudara.
2. Saat dan Tempat Kelahiran Serta Peristiwa Aneh Semasa Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda s.a.w. dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin, bulan Rabi‘ul Awwal pada Tahun Gajah. Sebahagian riwayat mengatakan pada dua haribulan. Riwayat lain mengatakan tiga haribulan. Adapun yang masyhur dan benar adalah pendapat yang mengatakan bahawa baginda s.a.w. dilahirkan pada dua belas (12) haribulan.
Antara sebab tahun kelahiran Nabi s.a.w. dinamnakan tahun Gajah, kerana pada tahun tersebut raja Habsyah dan bala tenteranya datang ke Mekah untuk menghancurkan Kaabah. Dalam barisan tenteranya itu terdapat seekor gajah yang cukup besar. Kisah tersebut dicatatkan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Fill.
Hari Isnin ialah hari kelahiran Nabi s.a.w. merupakan hari yang penuh berkat. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ibnu Abbas, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada hari Isnin dan diangkat menjadi Rasul pada hari Isnin, Baginda s.a.w. keluar berhijrah daripada Makkah ke Madinah pada hari Isnin, sampai di Madinah pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin, serta mengangkat Hajar Aswad ketika Kaabah dibangunkan semula oleh Quraisy pada hari Isnin juga.
Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan dalam keadaan telah tersedia berkhatan dan telah terpotong tali pusatnya dengan sempurna.
Pada malam kelahiran Nabi s.a.w. terjadilah beberapa keajaiban dan keanehan, antaranya tersungkur patung-patung yang ada di sekeliling Kaabah yang berjumlah 360 buah patung.
Antara keajaiban dan keanehan lagi adalah munculnya cahaya bersama kelahirannya yang dapat menerangi gedung-gedung di Negeri Syam (Syria), juga tergoncangnya singgahsana kerajaan Kaisar Parsi (Iran) dan terjatuhnya beranda-berandanya, serta terpadamnya api sembahan orang Parsi yang sebelum ini belum pernah terpadam, menyala selama sejak seribu tahun, dan surutnya danau Sawat.
3. Para Pengasuh dan Mereka yang Menyusui Nabi s.a.w.
Orang pertama sekali menyusui Nabi s.a.w. adalah ibunya sendiri, Aminah al-Zuhriyah. Kemudian Baginda disusui pula oleh Suwaibah al-Aslamiyah. Suwaibah adalah bekas hamba perempuan kepada Abu Lahab yang dimerdekakan ketika dia menyampaikan berita gembira kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. kepada Abu Lahab. Atas kegembiraan Abu Lahab dengan kelahiran Nabi s.a.w. itu, maka Allah s.w.t. meringankan seksaan ke atasnya pada setiap hari Isnin.
Terdapat keteragan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari: “Setelah Abu Lahab meninggal dunia (mati), seseorang bermimpi melihat dan bertemu Abu Lahab, dia menceritakan bahawa Allah s.w.t. meringankan seksaan ke atasnya setiap hari Isnin, kerana dia memerdekakan Suwaibah kerana terlalu gembiranya bila Suwaibah membawa khabar kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad s.a.w.”
Ibnu Mandah, salah seorang ahli tafsir yang terkemuka, telah memasukkan Suwaibah ke dalam golongan sahabat, tetapi sebahagian para ulama berselisih pendapat dalam perkara ini.
Satu ketika pernah Suwaibah berkunjung ke rumah Nabi s.a.w. setelah Nabi s.a.w. berkahwin dengan Khadijah. Kedatangan Suwaibah disambut dengan gembira oleh Nabi s.a.w. dan Baginda s.a.w. memberikan penghormatan kepadanya kerana mengenangkan jasanya sebagai ibu susunya. Khadijah, isteri Nabi s.a.w. juga turut mera‘i kunjungan Suwaibah. Kerana mengenangkan jasa Suwaibah, pernah suatu hari Nabi s.a.w. mengirimkan hadiah baju untuk ibu susunya itu semasa dan setelah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah. Baginda s.a.w. tetap menjalin hubungan baik dengan Suwaibah dan keluarganya hingga Baginda s.a.w. wafat.
Selain Suwaibah, Nabi s.a.w. juga disusui oleh Halimah binti Abu Dhuaib al-Sa’diyah. Semasa tempoh penyusuan, Baginda dibawa tinggal bersama oleh Halimah ke kampung tempat tinggalnya di Bani Sa‘ad, iaitu sebuah daerah berdakatan Taif (kira-kira 100 kilometer dari Makkah). Nabi s.a.w. tinggal dan diasuh di tengah-tengah perkampungan suku Bani Sa‘ad selama empat tahun, menurut riwayat yang benar. Selama mengasuh Nabi s.a.w., Halimah dan keluarganya dikurniakan rezeki melimpah ruah dan kehidupan mereka bertambah baik dan mewah. Syaima’, puteri Halimah al-Sa’diyah iaitu kakak susuan kepada Nabi s.a.w. turut mengasuh Baginda, membantu ibunya Halimah.
Apabila berumur 15 tahun Nabi s.a.w. dikembalikan kepada ibu kandungnya, kerana Halimah khuatir akan keselamatan anak susuannya, setelah ia menyaksikan sendiri kejadian pembedahan dada Baginda s.a.w. yang dilakukan para malaikat. Setelah itu Halimah tidak lagi melihat Nabi s.a.w. kecuali hanya dua kali sahaja. Kali pertama setelah Nabi s.a.w. berkahwin dengan Khadijah, iaitu ketika Halimah datang mengadu tentang kesusahan yang dihadapi oleh kaumnya. Khadijah memberinya 20 ekor kambing dan hadiah-hadiah lain. Kali yang kedua Halimah bertemu Nabi s.a.w. semasa peperangan Hunain.
Nabi s.a.w. juga pernah diasuh oleh Ummi Aiman Barakah al-Habasyiyah. Dia merupakan bekas hamba ayah Baginda s.a.w., kemudian dimerdekakan oleh Baginda dan dikahwinkan dengan Zaid bin Harithah, bekas hamba Nabi s.a.w. setelah bercerai dengan Zainab binti Jahsyi.
4. Perkembangan Awal Kehidupan Nabi s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dalam keadaan yatim. Kerana ayah baginda s.a.w wafat semasa Beliau masih dalam kandungan bondanya. Sepeninggalan ayahnya semua belanja hidup Baginda ditanggung oleh datuknya yang bernama Abdul Muttalib, sepupuan lapis ketiga dengan ibunya.
Ketika berusia enam tahun, Nabi s.a.w. dibawa oleh bondanya bersama Ummi Aiman ke kota Yathrib untuk mengunjungi Bani Najjar, iaitu keluarga di pihak ibu kepada ayah Baginda s.a.w. Bonda Baginda s.a.w. tinggal selama sebulan bersama-sama keluarga Bani Najjar.
Dalam perjalanan pulang bondanya sakit dan wafat di kampung Abwa. Setelah itu, selaku anak yatim piatu, Nabi s.a.w. dibawa pulang ke kota Makkah oleh Ummi Aiman dan diserahkan kepada Abdul Muttalib, yang terus mengasuhnya sejak berusia 6 tahun sehingga 8 tahun.
Menurut Ibnul Jauzy, Siti Aminah, bonda Baginda s.a.w. sempat dibawa pulang ke Makkah, di kota itu dia menemui ajalnya dan dikuburkan di Makkah. (Lihat: Kitab At-Wafa’) Datuk Baginda s.a.w. Abdul Muttalib wafat ketika Beliau berumur 8 tahun. Kemudian Nabi s.a.w. diasuh pula oleh Abu Talib, bapa saudaranya, sesuai dengan wasiat Abdul Muttalib agar sepeninggalannya cucunya itu dipelihara oleh Abu Talib.
Sejak hari itu, Abu Talib menjadi pengasuh, sekali gus sebagai pelindung utama bagi Nabi s.a.w. daripada mereka yang memusuhi Baginda s.a.w. semasa melaksanakan tugas kerasulan. Abu Talib sangat cinta dan sayang sekali kepada Baginda s.a.w. Asalnya Abu Talib seorang yang miskin, tetapi setelah ia menjaga Nabi Muhammad s.a.w Allah s.w.t. telah melimpahkan keberkatan dan kecukupan dalam hidupnya, berkat kekasih Allah itu. Semasa Nabi s.a.w. berusia 12 tahun, Abu Talib telah membawanya ke Syam sambil melatihnya berniaga.
Semasa sampai di pertengahan perjalanan, Abu Talib telah diberitahu oleh Buhairah, seorang ulama Nasrani dan pakar dalam kitab Taurat dan Injil, bahawa anak saudaranya itu mempunyai beberapa petanda bahawa ia bakal dilantik oleh Allah sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.
Lantaran itu, Buhairah berpesan kepada Abu Talib agar mengawasinya daripada diketahui oleh kaum Yahudi, kerana mereka pasti akan berusaha untuk membunuh Muhammad s.a.w., kerana mereka tahu bahawa Muhammad s.a.w. yang masih remaja itu kelak akan menjadi seorang Rasul selari dengan yang telah diberitakan di dalam kitab suci Taurat dan Injil. Abu Talib pun segera membawa pulang Nabi s.a.w. ke Makkah.
Semasa berusia 25 tahun, Nabi s.a.w. ditawarkan oleh Khadijah, seorang ahli korporat wanita Arab ketika itu, agar menjadi pengurus dan peniaga kepada barang dagangannya. Tuga pertama Baginda s.a.w. membawa barangan Khadijah ke Syam ditemani oleh Maisarah, hamba Khadijah.
5. Nama-nama Nabi Muhamaad s.a.w.
Antara nama-nama Baginda s.a.w. selain yang biasa terkenal dan diketahui, ialah seperti yang disabdakan oleh baginda s.a.w. sendiri seperti berikut: “Aku adalah Muhammad, aku juga Ahmad, aku juga Al-Maahi (penghapus segala kekafiran), aku juga Al-Haasyir (pengumpul manusia kelak di bawah tapak kakiku) dan aku juga Al-Aaqib (penutup semua Nabi).” Dalam riwayat lain Baginda s.a.w. bersabda: “Aku ialah Al-Muqaffaa (yang dimuliakan), aku Nabiyyut-Taubah (Nabi pembuka pintu taubat), aku Nabiyyur-Rahmah (Nabi pembawa rahmat).” Di dalam Sahih Muslim pula ada disebutkan dengan sebutan Nabiyyul-Malhamah (Nabi yang memimpin peperangan).” Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. menyebut Rasul-Nya itu dengan nama-nama seperti berikut: Basyiiran (pembawa berita gembira), Nadziiran (pemberi ancaman), Siraaj an Muniiraa (pelita yang terang), Rauufan Rahiima (pengasih dan penyayang), Rahmatan lil ‘Aalamiin (pembawa rahmat bagi seluruh alam semesta). Selain Muhammad disebut juga Ahmad, Tahaa, Yasiin, Muzzammil, Muddath-thir (yang berselimut), Abdullah (hamba Allah), Al-Nadhir Al-Mubin (pemberi peringatan yang nyata), Al-Muzakkir (pemberi ingatan) dan lain-lain.
Berikut disenaraikan 100 nama Nabi Muhammad saw:
1. Ahmad
2. Muhammad
3. Haamid
4. Mahmud
5. Qasim
6. ‘Aqib
7. Fatih
8. Khatim
9. Hasyir
10. Mahin
11. Da’en
12. Siraj
13. Rasyid
14. Munir
15. Basyir
16. Nadir
17. Haadin
18. Mahdin
19. Rasulun
20. Nabiyyun
21. Toha
22. Yaasiin
23. Muzzammil
24. Mudassir
25. Syafi’
26. Khalil
27. Kalimun
28. Habibun
29. Mustafa
30. Murtadha
31. Mujtaba
32. Mukhtar
33. Naasir
34. Mansur
35. Qaaim
36. Haafiz
37. Syahid
38. ‘Aadil
39. Haakim
40. Nuurun
41. Hujjahtun
42. Burhan
43. Abtahiyyun
44. Mukmin
45. Mati’un
46. Muzakkir
47. Waa’iz
48. Aamin
49. Soodiqun
50. Musooddiq
51. Naatiq
52. Sohibun
53. Makiyyun
54. Madaniyyun
55. ‘Arabiyyun
56. Hasyimiyyun
57. Tihamiyyun
58. Hijaziyyun
59. Nazariyyun
60. Qarasyiyyun
61. Mudhariyyuh
62. Ummi
63. ‘Azizun
64. Harisun
65. Raufun
66. Rahim
67. Yatimun
68. Ghaniyyun
69. Jawwad
70. Fattah
71. ‘Alimun
72. Tayyibun
73. Tohir
74. Mutahharun
75. Khatib
76. Faasihun
77. Sayyidun
78. Muntaqa
79. Imamun
80. Baarrun
81. Syaafin
82. Mutawassitun
83. Saabiqun
84. Massadiq
85. Mahdiy
86. Haqqun
87. Mubin
88. Awwalun
89. Akhirun
90. Zahirun
91. Batinun
92. Rahyah
93. Muhallil
94. Muharramun
95. Aamirun
96. Naahin
97. Syakuran
98. Qaribun
99. Munib
100. Muballighu