Tuesday, 20 April 2010

NILAI SEMULA AKIDAH...?

Assalamu 'Alaikum wa rahmatullah…! Salam untuk semua. Dalam hidup kita kadang-kadang kita lebih takut dan hormat kepada makhluk Allah daripada ALLAH. Walaupun makhluk Allah kita tidak nampak dan tidak tahu apa yang kita buat (kerana terlindung), tapi kita selalu takut, sebab rasa-rasa macam dia nampak kita. Tapi ALLAH Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui, kita rasa macam DIA tak tahu sewaktu kita hendak lakukan sesuatu perkara ketika kita berada di tempat sunyi atau seorang diri…INILAH TAUHID KITA… Tetapi kalau dengan makhluk, bila ada orang suruh kita buat sesuatu, yang boleh menimbulkan kemarahah makhluk, kita tak berani melanggarnya, kerana kita rasa takut nanti akhirnya ia akan tahu dan kita dimarahi. Tetapi kenapa kepada Tuhan kita tidak terasa macam tu, sedangkan Tuhan tahu dan dapat melihat setiap gerak-geri sehingga ke dalam hati kecil kita pun DIA tahu…Inilah nilai tauhid kita…Tapi ada orang kata pula, Tuhan kita tak nampak, makhluk (manusia) kita nampak. Tetapi kenapa pula dalam soal hantu kita tak nampak pun gtakut juga nak pergi ke tempat yang orang kata ada hantu, seperti di tanah perkuburan…? Kenapa boleh jadi macam itu…?, itu tandanya akidah kita belum sempurna atau telah rosak…perlu dibaik dengan mempelajari ilmu tauhid, agar kenal ALLAH melalui sifat-sifat dan asma’ (nama) NYA. Betapa pentingnya kita wajib mendalami ilmu tauhid sehingga dapat merasa bahawa ALLAH sentiasa mengawas kita, mengetahui setiap gerak-geri sehingga lintasan dalam hati kita. Kita kena buktikan dalam kehidupan harian kita secara praktikal, kepada siapakah yang patut kita takut dan hormati? Kepada Allah atau kepada makhluk…di sinilah kita dapat menilai tauhid dan akidah kita sama ada betul atau tidak.

No comments: