Taufiq&Hidayah

Friday, 11 March 2011

Tegaslah Dengan Riba

Posted by Jaafar Salleh at 09:44
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Assalamu 'alalikum...Sempena Mauliddin Nabi SAW - Apakah yang patut anda lakukan sebagai menyatakan kecintaan dan mengagung Rasulallah SAW...?

Uswah Hasanah Sedutan dari buku:

  • PERIBADI NABI SAW
  • SIRI-2: PROFILE PERIBADI RASULULLAH SEBAGAI TELADA...
  • SIRI-1: KENALILAH RASULULLAH SAW, NESCAYA ANDA MEN...
  • Teks dua Kalimah Syahadah yang lengkapnya adalah...

Blog Archive

  • ►  2010 (7)
    • ►  04/18 - 04/25 (2)
    • ►  05/02 - 05/09 (1)
    • ►  06/06 - 06/13 (1)
    • ►  08/01 - 08/08 (2)
    • ►  08/15 - 08/22 (1)
  • ▼  2011 (1)
    • ▼  03/06 - 03/13 (1)
      • Tegaslah Dengan Riba
  • ►  2012 (4)
    • ►  06/10 - 06/17 (1)
    • ►  11/11 - 11/18 (2)
    • ►  12/09 - 12/16 (1)
  • ►  2017 (3)
    • ►  07/02 - 07/09 (3)

Search This Blog

Followers

TELADAN SEPANJANG ZAMAN: PERIBADI NABI ANUGERAH SUCI

TELADAN SEPANJANG ZAMAN: PERIBADI NABI ANUGERAH SUCI

KEANEHAN & KEAJAIBAN DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

KEANEHAN & KEAJAIBAN DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW
Untuk mendapat buku-buku di atas, hubungi: 0133049002

Produk NrBasyirah

Produk NrBasyirah
Layari: http://www.nrbashirah.com/

KHALL & JUS CANTIK UNTUK AWET MUDA

KHALL & JUS CANTIK UNTUK AWET MUDA
Sila Hubungi: 013-3049002

PEGANGAN HIDUPKU

Hidup kita bukan cuma untuk mengingati Allah sahaja, tetapi untuk BERSAMA-SAMA ALLAH kerana CINTA kepada-Nya dan juga untuk mengagung Nabi Muhammad SAW.

Untuk bersama-sama ALLAH, kena SABAR dengan setiap ujian. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar" (Surah al-Baqarah:153).

Untuk menyempurnakan CINTA kepada Allah hendaklah ikuti jejak Rasulullah SAW. Firman Allah: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingin cinta Allah); 'Jika kamu cinta kepada ALLAH, maka ikutilah Aku (Rasulullah SAW), nescaya ALLAH cinta kepadamu'." (Surah Ali Imran:31).

Untuk mengagungkan Nabi Muhammad SAW, hendaklah sentiasa banyak berselawat kepadanya. Firman Allah: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat BERSELAWAT kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang beriman, hendaklah kamu (juga) berselawat ke atasnya (Nabi Muhammad SAW) sebagai PENGHORMATAN sepenuhnya kepadanya." (Surah al-Ahzab:56)

.

BIAR.......&........JANGAN

Biar sering terjatuh ke tanah, jangan sering terjatuh hati.


Biar patah kaki, jangan patah hati/harapan.

Biar buta mata, jangan buta hati.

Biar bisu, jangan sering berckap yang salah.

Biar busuk mulut, jangan busuk hati.

Biar gagal cinta, jangan gagal cita-cita.

Biar putih tulang, jangan putih mata.

Biar pekak, jangan degil.

Biar lemah anggota, jangan lemah iman.

Biar hitam kulit, jngan hitam hati.

Biar sesat jalan, jangan sesat agama.

Biar wajah buruk, asalkan akhlak cantik.


Biar hina di dunia, jangan hina di akhirat.


Biar dikutuk manusia, jangan dikutuk Allah dan para Malaikat-Nya di langit.


Biar masam terasa di lidah, jangan bermasam di muka.


Biar dhaif di dunia, jangan dhaif di akhirat


Biar miskin di dunia, jangan miskin di akhirat.


Biar susah di dunia, jangan susah di akhirat.
Jangan susah di dunia dan susah juga di akhirat.

Jangan rugi di dunia dan rugi juga di akhirat.

Biar tergadai harta, jangan tergadai maruah.


Biar sempit rumah, jangan sempit akal dan hati.


Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa (akhlak).


Biar murah harga maskahwin, jangan murah harga diri.


Biar murah harga barang, jangan murah harga diri.


Biar mati anggota (lumpuh), jangan mati jiwa.


Biar jahil ilmu dunia, jangan jahil ilmu akhirat.


Biar alim ilmu dunia dan akhirat, jangan jahil kedua-duanya
sekali.


Biar murah senyum, jangan murah hati (mudh tergoda).


Biar diri tidak berhias, asalkan hati berhias (dengan akhlak mulia).


Biar muka berjerawat, jangan hati berjerwat (dengan dengki
dan sombong).


Biar berpakaian buruk, asalkan akhlak indah.


Biar sering didengki, asalkan jangan sering mendengki.


Biar sering dimarah, jangan sering memarah.


Biar sepi suasana, jangan sepi hati dari mengingati Allah.


Biar banyak memberi, jangan banyak meminta.


Biar karam sampan, jangan karam kehidupan.


Biar tersalah lihat, jangan tersalah pilih.


Biar tersilap merancang, jangan tersalah buat keputusan.


Biar tidak merancang, jangan tersalah rancang.


Biar berfikir dahulu, jangan bertindak dulu berfikir kemudian.


Biar berdiam, daripada bercakap sia-sia.


Biar tersalah meletak barang, jangan tersalah meletak hati.


Biar work hard asal jangan work stupid, tapi lebih baik work smart.


Sayang dan benci milik mutlak seseorang, biarlah ia diletak kena pada tempatnya. Bila sayang atau benci disalah letak, padahnya akan diterima oleh hati.

Setiap orang berhak merancang dan membuat pilihan, tetapi jangan lupa tidak semua hasrat hati seseorang itu selari dengan kehendak dan pilihan Allah. Jika Allah telah takdirkan sesuatu pilihan, maka pilihan Allah itulah yang paling tepat dan kita wajib pasrah terhadap takdir Allah. Allah tidak pernah tersilap membuat pilihan dan tidak pernah menganiaya hamba-Nya. Buruk baik sesuatu itu, hanya pada pandangan seseorang. Tidak semua pandangan kita tepat.

Firman Allah, maksudnya: “...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah al-Baqarah [2] ayat 216).

MILLATI

MILLATI
DapatkanDVD dan CD Terapi Jiwa, berupa ceramah, kuliah, nasyid dan lagu-lagu untuk penawar jiwa yang keresahan. Layarilah: www.millati.com.my

PUSRATU: www.pusratu.com.my

PUSRATU: www.pusratu.com.my
Pusat Rawatan Tanpa Ubat. Hubungi: 019-5752640

Salam

Salam
SALAM UNTUK SEMUA PARA PEMBACA, SEMOGA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT HIDAYAH & TAUFIQ...!!!

.

TAUFIQ DAN HIDAYAH

Hidayah dan Taufiq Nikmat Yang Wajib Disyukuri dan Dipelihara


Hidayah adalah kesedaran yang dicampak ke dalam hati seseorang oleh Allah. Taufiq ialah pimpinan Allah terhadap orang yang istiqomah mengamalkan perintah yang telah disedari bahawa ia merupakan kewajibannya.

Hidayah dan Taufiq adalah intan berlian yang berbentuk maknawi dan rohani. Ia adalah berharga seperti juga intan berlian yang bersifat maddi:

1. Siapa yang memiliki Hidayah dan Taufiq dianggap kaya dan mulia.

2. Siapa yang memiliki intan berlian rohani ini (Hidayah dan Taufiq), ia merupakan orang kaya Tuhan. Ia telah mendapat segala-galanya.

3. Siapa yang memiliki Hidayah dan Taufiq, hidupnya terpimpin, akhlaknya mulia, syariatnya terjaga, imannya teguh dan bercahaya dan ia menjadi orang yang berbahagia.

Perlu diingat bahawa Hidayah dan Taufiq seperti jugalah barang yang berharga seperti emas dan intan berlian, iaitu Hidayah dan Taufiq juga boleh hilang dari kita.


Oleh itu kenalah jaga dan dipelihara sebaik-baiknya agar ia tidak hilang dari kita. Barang yang hilang dari kita susah untuk memilikinya semula melainkan terpaksa berhempas-pulas berusaha mencarinya semula.

Kalau tidak ia akan terus hilang dari kita buat selama-lamanya. Sebab itulah Allah SWT mengingatkan kita agar sentiasa berdoa agar tidak dibolak-balikkan hati kita sehingga hilang segala Hidayah dan Taufiq.

Firman Allah dalam al-Quran:

Maksudnya: “(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah Ali Imran [3]: 8).

Bagaimana Menjaga dan Memelihara Hidayah dan Taufiq

Agar Hidayah dan Taufiq kekal menjadi milik kita atau tidak hilang dari kita, hendaklah:

1. Hendaklah sentiasa bersyukur terhadap nikmat Tuhan yang mengurniakan Hidayah dan Taufiq, paling berharga ini. Kita rasakan ia adalah nikmat dan pemberian yang tidak ternilai.

2. Hendaklah kita sentiasa istiqomah mengamalkan segala kewajiban yang telah kita sedari bahawa ia suatu kewajiban dan tanggung jawab kita dengan bersungguh-sungguh.

3. Hendaklah sentiasa rasakan dalam hati kita perasaan bimbang, kalau Allah Ta’ala ambil semula atau kalau-kalau Allah Ta’ala tarik semula Hidayah dan Taufiq itu.

Dengan itu kita sentiasa berjaga-jaga dengan penuh harap akan rahmat dan pimpinan Allah.


4. Hendaklah juga sentiasa selawat kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW agar dengan keberkatan Baginda SAW kita dipimpin oleh Allah dan diberi syafaat di akhirat kelak.

5. Hendaklah sentiasa bermujahadah dengan penuh sabar, terutama pada waktu-waktu diuji dengan rasa malas ketika hendak berbuat kebaikan (ketaatan) dan ketika terasa ringan untuk melakukan kemungkaran, dan ingatlah ketika itu kita sedang digoda oleh nafsu dan syaitan.

6. Hendaklah sentiasa bergaul dengan kawan-kawan yang baik, kerana ia sangat membantu kita dalam menjaga syariat di dalam kehidupan seharian dan kita terasa ada kawan sehaluan dengan kita.

7. Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepas daripada pimpinan. Ada pimpinan itu perlu kerana kita sentiasa mendapat nasihat dan ilmunya dari masa ke semasa.

Oleh itu, pastikan anda ada guru yang boleh memberi pimpinan dan tunjuk ajar.


Sebab-sebab Hidayah dan Taufiq ditaraik Semula

Hidayah dan Taufiq kalau tidak pandai menjaganya ia akan diambil semula atau akan hilang semula dari kita. Pada waktu itu kita akan hidup terumbang-ambing semula; tiada berdisiplin, malas beramal, ringan berbuat maksiat, jiwa jadi menderita dan sengsara, walaupun mempunyai kekayaan yang banyak dan serba-serbi yang lain ada.

Di antara sebab-sebab Hidayah dan Taufiq ditarik semula:

1. Derhaka kepada guru yang pernah memberi tunjuk ajar kepada kita dan lari dari pimpinannya.

2. Derhaka kepada kedua-dua ibu-bapa. Kita sia-siakan akan kedua-duanya. Kita biarkan ibu-bapa dan tidak mengurus dan menjaga mereka, terutamanya ketika mereka tua dan uzur, lebih-lebih lagi jika mereka marah dan rasa tidak senang dengan kita.

3. Terlalu terpengaruh dengan dunia (dunia telah masuk an bertapak dalam hati). Apabila hari kita telah terpengaruh dengan dunia, maka dengan ibadah sudah tidak seronok (hilang nikmat ibadah). Telah mula terasa berat mengerjakan kebaikan dan kebajikan, hati mula cenderung kepada maksiat dan dosa. Maka ia perlahan-lahan luntur dan dengan halal-haram tidak diambil kira hingga perasaan takut dengan Tuhan terhakis dari hati kita, lama kelamaan akan hilang semuanya.

4. Kerana menzalimi orang. Dengan sebab menzalimi, rasa takut dengan Tuhan sedikit demi sedikit tercabut. Lepas itu, perasaan cuai pun dating ke dalam hati. Mula malas beribadah, kemungkaran sedikit demi sedikit berani dibuat. Begitulah seterusnya hingga hanyut dan tenggelam dalam maksiat.

5. Mula berani bergaul bebas dengan orang yang tidak menjaga syariat, kemudian terus terasa seronok dengan suasana kebebasan itu, dan terus terlajak dan sedap dengan perbuatan itu dan lepas itu terus leka dalam kemungkaran dan maksiat. Perasaan takut kepada Tuhan pun lenyap.

Bagaimana Membina Semula Hidayah dan Taufiq yang Telah Hilang

Antara cara untuk memelihara hidayah dan taufiq agar tidak terhakis dari kita ialah:

1. Hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Kita boleh menyuluh diri kita sama ada terdapat tanda-tanda kita bersyukur atau tidak dengan perkara-perkara seperti berikut:

(1). Solat awal waktu: Hendaklah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berdepan dengan Allah yakni persiapan menunaikan solat dengan menyediakan diri dengan lebih awal. Melambat-lambatkan solat seolah-olah tidak memandang berat akan solat itu, maka rasa syukur pun terhakis. Ketika hendak memulai solat, rasakan bahawa solat yang bakal kita kerja itu adalah solat terakhir, oleh itu lakukanlah dengan sebaik-baiknya.

(2). Elakkan diri dari maksiat: Jauhi maksiat termasuk maksiat batin, mendekatkanlah diri kita kepada syukur. Sangat perlu untuk mujahadah bagi mereka yang sudah sebati dengan maksiat seperti bergaul bebas lelaki perempuan, melihat aurat, terlibat dengan riba dan kemungkaran. Allah melarang kita dari melakukan maksiat sedangkan kita masih terasa sedap buat maksiat, bagaimana kita nak ada rasa syukur, kalau ini masih ada pada kita? Mkasiat menyebabkan hilang rasa nikmat dalam beribadah, terutama solat.

(3). Tidak menyukai mazmumah (sifat-sifat jahat dan buruk) setelah mengenali mazmumah. Ramai orang memikirkan maksiat atau kemungkaran itu hanya pada yang zahir seperti minum arak, berjudi dan berzina sahaja, tetapi tidak memikirkan mazmumah yang penting (di dalam hati) untuk di bakar dan dibuang. Sebab itu bermujahadah mengikis mazmumah adalah perlu dan dibuat secara berterusan.

2. Sentiasa banyak mengingati Akhirat. Ingatlah bahawa kita akan kembali ke kampung kita yang sebenar, ia Akhirat, dunia ini cuma tempat tinggal sementara sahaja.

3. Ingatlah, bahawa di akhirat tidak ada banyak tempat, cuma dua tempat sahaja, iaitu Syurga dan Neraka.

4. Ingatlah, bahawa di akhirat kelak kita akan dihisab (diperhetungkan) akan segala amalan kita. Yang baik dibalas dengan nikmat dalam Syurga dan yang jahat akan dibalas dengan seksa dalam Neraka.

JAAFAR SALLEH. Alamat: 32, Jalan 3, Taman Raja Musa, Jalan Raja Musa, 45000 Kuala Selangor, Sel. DE. Ethereal theme. Powered by Blogger.