Sunday, 20 September 2026

 

STRATEGI INTERLIGEN NABI SAW DAN PARA SAHABAT KUATKAN ISLAM

 

RASULULLAH shallallahu ’alaihi wasallam adalah seorang pemimpin yang ahli (pakar) strategi perang. Beliau perkenalkan strategi intelijen sudah 14 abad lalu. Untuk kepentingan intelijen dan rahsia ketenteraan, Nabi Saw simpan dengan rapi maklumat sulit jumlah pasukan tenteranya, tidak didedahkan, hatta kepada isteri tercintanya, Siti Aisyah atau pada shahabat kepercayaannya sendiri, Abu Bakar Ash-Shidiq, hanya kepada individu terlibat sahaja.

 

Dalam sejarah Islam, tercatat nama Huzaifah Ibnul Yaman sebagai salah seorang agen intelijen atau perisik yang ‘amat dipercayai’ Rasulullah Saw.  Huzaifah amat licik serta personalitinya tidak dapat dikesan musuh dalam tugasnya menghadapi orang-orang kafir dan munafik yang ingin memerangi Islam dan kaum Muslim. Oleh Rasulullah, Hudzaifah sebagai seorang yang amat dipercayainya, memiliki ingatan yang kuat, cerdik dan cerdas serta pintar dalam mengolah maklumat yang diperolehi unuk disalurkan kepada Nabi Saw. Hudzaifah juga dikenali sebagai tokoh yang mudah bergaul (personalitinya dalam ‘public relation’ mudah menawan seseorang yang dihubunginya), sahsiahnya memudahkan untuk menjalankan operasi yang memerlukan pandangan tajam serta mengguna kod-kod sulit (semboyan) semasa mengirim maklumat sulit kepada Nabi Saw, yang Nabi Saw sahaja yang faham. 

 

Salah satu tugas penting yang ditugaskan kepada Hudzaifah oleh negara adalah pada saat Perang Khandaq (Perang Parit). Ketika itu, Rasulullah tugaskan Hudzaifah untuk merisik maklumat pasukan kafir Quraisy dari Mekkah yang berkekuatan 10,000 ribu orang, ditambah bantuan kekuatan dari orang-orang Yahudi. Mereka merancang untuk serang kota Madinah yang hanya memiliki kekuatan 3,000 orang pasukan tentera perang sahaja.

 

Demi kepentingan intelijen dan rahsia ketenteraan, beliau Saw menyimpan segala maklumat dengan rapi jumlah pasukan itu, tak dibocorkan kepada sesiapa, hatta isteri tercintanya dan para sahabat kepercayaannya, kecuali beliau dengan Huzaifah sahaja yang tahu.

 

Ketika melaku ‘pembebasan Mekkah’ dari suku Quraisy, Nabi Muhammad ketika itu merancang akan mengerahkan 10,000 pasukan tentera Muslim. Bagi melakukan ‘serangan pantas’, Rasulullah mengirim sepasukan intelijennya ke Mekkah. Tugas mereka menghuru-hara (putar belitkan) maklumat secara mengelirukan musuh agar mereka sesama sendiri berselisih dalam menilai maklumat, benar atau tidaknya pasukan Islam yang merancang melakukan serangan mengejut dengan jumlahnya yang besar.

 

Esoknya, semasa serangan mendadak dilakukan, kaum kafir Quraisy benar-benar menjadi penik dan keliru ketika berhadapan dengan bentuk serangan psy-war yang tidak mereka jangkakan. Mereka tak menjangka pada pagi-pagi hari buta itu, puluhan ribu orang dari pasukan Islam telah menyusup masuk ke kota Mekkah. Dalam keadaan panik dan tanpa persiapan, kafir Quraisy kemudian menyerah kota Mekkah tanpa peperangan dan pertumpahan darah.

 

Rasulullah Saw faham daripada maklumat yang didapati dari para perisiknya, orang Quraisy tak akan dapat melakukan tindak balas pada dini hari, kerana mereka asyik tidur, kerana malam tadi mereka mabuk dengan kesan arak. Lagipun, Rasulullah Saw telah menguasai maklumat kekuatan musuh, situasi yang bakal terjadi, maklumat logistik, keadaan jalan-jalan yang akan dilalui pasukan Islam dan kedudukan lokasi mata air (sumber utama) secara terperinci, rapi dan terlalu sulit, yang disusun oleh beliau berdua bersama Huzaifah sahaja. Itulah strategi Nabi Muhammad Saw dalam melaksanakan tindakan ‘perang’ dan ‘intelijen’.

 

Dalam melaksanakan tugasnya sebagai perisik, Hudzaifah juga sangat hati-hati dan tidak bersikap yang boleh menimbulkan curiga di pihak musuh. Hudzaifah juga sangat kuat memegang teguh kepercayaan yang telah diberikan Rasulullah Saw kepadanya untuk simpan daftar orang-orang munafik. Bahkan ketika sahabat Rasulullah, Umar bin Khattab menanyakan perihal daftar nama itu, Hudzaifah tidak memberikannya.

 

Untuk mengetahui siapa orang-orang yang masuk dalam daftar orang munafik itu, Umar hanya boleh mengesannya jika ada rakyatnya yang meninggal dan Hudzaifah tidak solatkannya, tanda orang itulah orang munafik.

 

Seorang shahabat Abdullah bin Unis juga, perisik yang pernah dikirim Rasulullah Saw menyusup ke pusat dan nadi pasukan musuh. Sasaran utama ‘misi perisikan’ itu adalah Bani Lihyaan dari Kabilah Huzail yang dipimpin oleh panglima mereka, Khalid bin Sofyan Al-Hazaly.

 

Misi itu dilakukan kerana umat Islam mendapat maklumat bahawa Khalid bin Sofyan Al-Hazaly sedang berusaha menyusun konspirasi ‘pemusatan kekuatan’ pasukan ‘gabungan kaum kafir’ yang cukup besar di daerah Uranah untuk menyerang Islam. Kerana itu, (berpandukan maklumat) Rasulullah Saw mengirim Abdullah bin Unis untuk melakukan ‘misi pengintipan’ sekaligus selidiki (menapis) maklumat yang didapati bagi mengesahkan, menilai dan menyusun bentuk tindakan susulan.

 

Sahabat Nabi yang lain, yang ditugaskan melakukan operasi  intelijen adalah Abdullah bin Jahsy Al-Asady. Pada bulan Jumadil Akhir 1424, Abdullah bin Jahsy Al-Asady, beserta dua belas sahabat di kalangan muhajirin, antaranya: Sa’ad bin Abi Waqqash dan ’Utbah bin Ghazwan, mereka diberi surat yang berisi maklumat sulit oleh Rasulullah Saw yang hanya (dipesankan) ia dibenarkan dibuka dan dibaca, jika perjalanan mereka sudah memakan masa dua hari.

 

Setelah dua hari perjalanan, komandan mereka, Abdullah bin Jahsy kemudian membuka isi surat tersebut. Isinya, tak lain adalah sebuah perintah untuk merisik keadaan musuh, dengan nota: “Berangkatlah menuju Nikhlah, antara Mekkah dan Tha’if. Intai dan pantau keadaan orang Quraisy di sana dan laporkan kepada kami keadaan mereka.” Selepas membaca surat itu, Abdullah bin Jahsy dan para rombongan kemudian berkata, “Aku taati perintah ini..!” Lalu mereka masing-masing jalankan tugas dengan penuh rahsia tanpa disedari musuh. Mereka Berjaya laksanakannya.

 

Dalam ‘misi intelijen’, Rasulullah Saw juga pernah melakukan ‘propaganda’ untuk melemahkan kekuatan musuhnya dari dalam. Terdapat riwayat; pernah suatu ketika kekuatan ‘musuh gabungan’ diporak-poranda dan dicerai-beraikan akibat tidak adanya ‘kesepakatan’ yang padu di antara mereka, adalah hasil propaganda yang dilancarkan Nu’aim bin Mas’ud Al-Ghathafany, sehingga ada di pihak musuh (kafir)  yang kemudian buat u-turn bergabung ke pasukan Islam. Nu’aim melakukan psy-war (perang saraf) dan propaganda yang amat licik sehingga menjadikan kekuatan musuh goyang dan bercerai-berai sesama mereka. Misi interligen Rasulallah Saw ini berjaya, Islam menang. [desastian/voa-islam.com]