STRATEGI
INTERLIGEN NABI SAW DAN PARA SAHABAT KUATKAN ISLAM
RASULULLAH shallallahu
’alaihi wasallam adalah seorang pemimpin yang ahli (pakar) strategi perang.
Beliau perkenalkan strategi intelijen sudah 14 abad lalu. Untuk kepentingan intelijen
dan rahsia ketenteraan, Nabi Saw simpan dengan rapi maklumat sulit jumlah
pasukan tenteranya, tidak didedahkan, hatta kepada isteri tercintanya, Siti
Aisyah atau pada shahabat kepercayaannya sendiri, Abu Bakar Ash-Shidiq, hanya
kepada individu terlibat sahaja.
Dalam
sejarah Islam, tercatat nama Huzaifah Ibnul Yaman sebagai salah seorang
agen intelijen atau perisik yang ‘amat dipercayai’ Rasulullah Saw. Huzaifah amat licik serta personalitinya tidak
dapat dikesan musuh dalam tugasnya menghadapi orang-orang kafir dan munafik
yang ingin memerangi Islam dan kaum Muslim. Oleh Rasulullah, Hudzaifah sebagai
seorang yang amat dipercayainya, memiliki ingatan yang kuat, cerdik dan cerdas serta
pintar dalam mengolah maklumat yang diperolehi unuk disalurkan kepada Nabi Saw.
Hudzaifah juga dikenali sebagai tokoh yang mudah bergaul (personalitinya dalam ‘public
relation’ mudah menawan seseorang yang dihubunginya), sahsiahnya memudahkan
untuk menjalankan operasi yang memerlukan pandangan tajam serta mengguna kod-kod
sulit (semboyan) semasa mengirim maklumat sulit kepada Nabi Saw, yang Nabi Saw
sahaja yang faham.
Salah
satu tugas penting yang ditugaskan kepada Hudzaifah oleh negara adalah pada
saat Perang Khandaq (Perang Parit). Ketika itu, Rasulullah tugaskan Hudzaifah
untuk merisik maklumat pasukan kafir Quraisy dari Mekkah yang berkekuatan 10,000
ribu orang, ditambah bantuan kekuatan dari orang-orang Yahudi. Mereka merancang
untuk serang kota Madinah yang hanya memiliki kekuatan 3,000 orang pasukan tentera
perang sahaja.
Demi kepentingan intelijen
dan rahsia ketenteraan, beliau Saw menyimpan segala maklumat dengan rapi jumlah
pasukan itu, tak dibocorkan kepada sesiapa, hatta isteri tercintanya dan para sahabat
kepercayaannya, kecuali beliau dengan Huzaifah sahaja yang tahu.
Ketika
melaku ‘pembebasan Mekkah’ dari suku Quraisy, Nabi Muhammad ketika itu merancang
akan mengerahkan 10,000 pasukan tentera Muslim. Bagi melakukan ‘serangan pantas’,
Rasulullah mengirim sepasukan intelijennya ke Mekkah. Tugas mereka menghuru-hara
(putar belitkan) maklumat secara mengelirukan musuh agar mereka sesama sendiri berselisih
dalam menilai maklumat, benar atau tidaknya pasukan Islam yang merancang
melakukan serangan mengejut dengan jumlahnya yang besar.
Esoknya,
semasa serangan mendadak dilakukan, kaum kafir Quraisy benar-benar menjadi
penik dan keliru ketika berhadapan dengan bentuk serangan psy-war yang
tidak mereka jangkakan. Mereka tak menjangka pada pagi-pagi hari buta itu, puluhan
ribu orang dari pasukan Islam telah menyusup masuk ke kota Mekkah. Dalam
keadaan panik dan tanpa persiapan, kafir Quraisy kemudian menyerah kota Mekkah
tanpa peperangan dan pertumpahan darah.
Rasulullah
Saw faham daripada maklumat yang didapati dari para perisiknya, orang Quraisy
tak akan dapat melakukan tindak balas pada dini hari, kerana mereka asyik
tidur, kerana malam tadi mereka mabuk dengan kesan arak. Lagipun, Rasulullah Saw
telah menguasai maklumat kekuatan musuh, situasi yang bakal terjadi, maklumat
logistik, keadaan jalan-jalan yang akan dilalui pasukan Islam dan kedudukan
lokasi mata air (sumber utama) secara terperinci, rapi dan terlalu sulit, yang
disusun oleh beliau berdua bersama Huzaifah sahaja. Itulah strategi Nabi Muhammad
Saw dalam melaksanakan tindakan ‘perang’ dan ‘intelijen’.
Dalam
melaksanakan tugasnya sebagai perisik, Hudzaifah juga sangat hati-hati dan
tidak bersikap yang boleh menimbulkan curiga di pihak musuh. Hudzaifah juga
sangat kuat memegang teguh kepercayaan yang telah diberikan Rasulullah Saw
kepadanya untuk simpan daftar orang-orang munafik. Bahkan ketika sahabat
Rasulullah, Umar bin Khattab menanyakan perihal daftar nama itu, Hudzaifah
tidak memberikannya.
Untuk
mengetahui siapa orang-orang yang masuk dalam daftar orang munafik itu, Umar
hanya boleh mengesannya jika ada rakyatnya yang meninggal dan Hudzaifah tidak
solatkannya, tanda orang itulah orang munafik.
Seorang shahabat Abdullah
bin Unis juga, perisik yang pernah dikirim Rasulullah Saw menyusup ke pusat
dan nadi pasukan musuh. Sasaran utama ‘misi perisikan’ itu adalah Bani Lihyaan
dari Kabilah Huzail yang dipimpin oleh panglima mereka, Khalid bin Sofyan
Al-Hazaly.
Misi itu dilakukan kerana
umat Islam mendapat maklumat bahawa Khalid bin Sofyan Al-Hazaly sedang berusaha
menyusun konspirasi ‘pemusatan kekuatan’ pasukan ‘gabungan kaum kafir’ yang
cukup besar di daerah Uranah untuk menyerang Islam. Kerana itu, (berpandukan
maklumat) Rasulullah Saw mengirim Abdullah bin Unis untuk melakukan ‘misi
pengintipan’ sekaligus selidiki (menapis) maklumat yang didapati bagi
mengesahkan, menilai dan menyusun bentuk tindakan susulan.
Sahabat
Nabi yang lain, yang ditugaskan melakukan operasi intelijen adalah Abdullah
bin Jahsy Al-Asady. Pada bulan Jumadil Akhir 1424, Abdullah bin Jahsy
Al-Asady, beserta dua belas sahabat di kalangan muhajirin, antaranya: Sa’ad bin
Abi Waqqash dan ’Utbah bin Ghazwan, mereka diberi surat yang berisi maklumat
sulit oleh Rasulullah Saw yang hanya (dipesankan) ia dibenarkan dibuka dan dibaca,
jika perjalanan mereka sudah memakan masa dua hari.
Setelah
dua hari perjalanan, komandan mereka, Abdullah bin Jahsy kemudian membuka isi
surat tersebut. Isinya, tak lain adalah sebuah perintah untuk merisik keadaan
musuh, dengan nota: “Berangkatlah menuju Nikhlah, antara Mekkah dan
Tha’if. Intai dan pantau keadaan orang Quraisy di sana dan laporkan kepada kami
keadaan mereka.” Selepas membaca surat itu, Abdullah bin Jahsy dan para
rombongan kemudian berkata, “Aku taati perintah ini..!” Lalu mereka masing-masing
jalankan tugas dengan penuh rahsia tanpa disedari musuh. Mereka Berjaya
laksanakannya.
Dalam ‘misi intelijen’,
Rasulullah Saw juga pernah melakukan ‘propaganda’ untuk melemahkan kekuatan
musuhnya dari dalam. Terdapat riwayat; pernah suatu ketika kekuatan ‘musuh
gabungan’ diporak-poranda dan dicerai-beraikan akibat tidak adanya
‘kesepakatan’ yang padu di antara mereka, adalah hasil propaganda yang
dilancarkan Nu’aim bin Mas’ud Al-Ghathafany, sehingga ada di pihak musuh
(kafir) yang kemudian buat u-turn
bergabung ke pasukan Islam. Nu’aim melakukan psy-war (perang
saraf) dan propaganda yang amat licik sehingga menjadikan kekuatan musuh goyang
dan bercerai-berai sesama mereka. Misi interligen Rasulallah Saw ini berjaya,
Islam menang. [desastian/voa-islam.com]