MANAKAH SATU AGAMA YANG BETUL?
(Siri PERTAMA)
Seperti
mana telah sedia diketahui bahawa ALLAH TA’ALA telah menghantar Nabi-Nabi dan
Rasul-Rasul ke muka bumi ini adalah untuk membawa agama ALLAH dan memimpin
manusia agar beriman kepada ALLAH dan menjadikan peraturan agama sebagai
panduan dan jalan hidup. Nabi dan Rasul yang mula-mula sekali ialah Nabi Adam
AS dan Nabi dan Rasul terakhir dan kesudahan bagi segala Nabi ialah Nabi kita Sayyidina Muhammad S.A.W.
Telah
diketahui bahawa alam manusia pada zaman sebelum ALLAH TA’ALA mengutus Nabi kita Sayyidina
Muhammad S.A.W, berada di dalam
kacau-bilau dan huru-hara berpunca daripada manusia tidak berTuhankan
ALLAH dan tidak mempunyai panduan agama. Kaum Arab telah meninggalkan agama
Islam yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Sudahlah mereka
menyembah berhala, kehidupan mereka tiada tenteram.
Masyarakat
Rome yang mengaku menganut agama Kristian dan bernabikan Nabi Isa a.s telah
tiada lagi mengamalkan agama itu. Kitab Injil dan dasar agama yang dibawa oleh Nabi Isa AS telah diubah dan
hukum-hakamnya telah disembunyikan oleh para pendeta Yahudi.
Umat-umat
lain seperti di India dan lain-lain negara yang sepatutnya beramal dengan agama
Islam yang dibawa oleh Nabi Isa a.s menjadi penyembah berhala, kerana para
pendita Yahudi tidak menyampaikan ajaran itu kepada mereka, jadilah mereka
dalam gelora kegelapan tiada berpanduan hidup.
Berpunca
daripada perkembangan tersebut di atas dan juga dengan kehendak ALLAH TA’ALA serta kerana kasih sayang ALLAH
kepada umat manusia, maka ALLAH TA’ALA telah mengutuskan Sayyidina Muhammad
S.A.W kepada seluruh manusia sama ada Arab atau ajam (bukan Arab).
Seperti
mana Firman ALLAH TA’ALA dalam Al Quran;
Maksudnya:
“Sesungguhnya KAMI (ALLAH) mengutuskan kamu (Muhammad) kepada seluruh manusia
di muka bmumi ini untuk menyampaikan
khabar yang menyukakan bagi orang-orang mukminin dengan syurga, dan
menyampaikan khabar yang menakutkan bagi orang-orang kafirin dengan azab
neraka” -(Surah Saba’ ayat 29).
Sementara
Nabi kita Sayyidina Muhammad S.A.W sendiri telah mengakui lagi dengan sabdanya;
Maksudnya;
“Demi diri ku di bawah kekuasa NYA (ALLAH), tidak seorang daripada umat ini
(umat dakwah) yang telah mendengar akan dari hal (seruan) aku, sama ada ia orang
Yahudi atau orang Nasrani (kristian), tapi kemudiannya ia mati dengan tiada
beriman dengan agama yang aku diutuskan
dengannya itu, maka sesungguhnya ia mati dalam keadaan kufur dan tempatnya di
dalam nereka Jahanam” -(Riwayat Imam Muslim).
1). ALLAH Menolak Dakwaan Orang Yahudi
Agama
yang dibawa oleh Nabi-Nabi dahulu dan khususnya Nabi kita Sayyidina Muhammad
S.A.W ialah agama Islam. Walau pun ada istilah Nasrani dan Yahudi, tetapi pengajaran
asal agama tersebut yang dibawa oleh Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS ialah
mentauhidkan ALLAH dan mengajak menyembah ALLAH. Atau dengan istilah lain
disebut boleh disebut Islam.
Tetapi
setelah para pendita agama berkenaan telah menyeleweng dan mereka
menyelewengkan pula ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi-Nabi mereka, maka
sekarang ini agama tersebut tergolong ke dalam golongan agama kafir. Tambahan
pula setelah diutus Nabi Muhammad SAW, maka ALLAH telah memerintahkan semua
umat manusia yang hidup di muka bumi ini tidak kira apa bangsa, semuanya wajib
mengikut ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta mengikut Baginda SAW.
Sebagai
bukti, marilah kita lihat firman ALLAH di dalam Al Quran tentang beberapa orang
Nabi yang didakwa oleh para ahli kitab zaman Nabi Muhammad SAW sebagai penganut
agama Yahudi atau Nasran. ALLAH SWT telah menyangkal dakwaan mereka.
Firman
ALLAH;
Maksudnya;
“Adakah kamu hadir ketika Nabi Yaacob
hampir wafat dan telah bertanya kepada anak-anaknya; Apakah kamu akan menyembah
setelah sepeninggalan ku?. Mereka menjawab; Kami akan menyembah Tuhan kamu dan
Tuhan nenek moyang mu, Ibrahim, Ismail dan Isyaq, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan
kami tunduk dan patuh kepada NYA” -(Surah Al Baqarah ayat 133).
Firman
ALLAH lagi;
Maksudnya;
“Patutkah kamu mengatakan bahawa
Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Isyaq, Nabi Yaacob dan nak-anak mereka semuanya
menganut agama Yahudi atau Nasrani. Padahal agama mereka telah ada sebelum
agama kamu (Yahudi atau Kristian). Katakanlah kepda mereka; Adakah kamu lebih
mengetahui atau ALLAH lebih mengetahui....” -(Surah Al Baqarah ayat
140).
Firman
ALLAH;
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata (kepada Nabi Muhammad dan pengikutnya);
Jadikanlah kamu penganut agama Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu akan mendapat
petunjuk. Katakanlah (wahai Muhammad); Kami orang-orang Islam tidak akan
menurut apa yang kamu katakan itu,
bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar tauhid dan
bukan ia orang musyrik” -(Surah Al Baqarah ayat 145).
Ayat-ayat
di atas ALLAH telah dengan rasminya menafikan dakwaan orang-orang Yahudi dan
Nasrani yang mendakwa Nabi-Nabi dahulu menganut agama Yahudi dan Nasrani
seperti mana keyakinan agama tersebut sekarang ini. Ayat-ayat di atas membenarkan bahawa semua para Nabi dan Rasul
dahulu adalah Islam.
2). Islam Agama Yang Wajib Dianuti Semua
Manusia
Selanjutnya
ALLAH menegaskan lagi bahwasa Islam-lah agama yang sebenar yang wajib dianuti
oleh semua manusia di muka bumi ini. Walau pun ada pehak lain mengakui
agama-agama Yahudi dan Nasrani atau lain-lain agama semuanya dari ALLAH dan
diasaskan oleh nabi-nabi berkenaan. Tapi
dengan diutuskan Nabi Muhammad SAW, semua ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi
berkenaan telah dimansuhkan. Semua manusia diperintahkan agar mengikut Nabi Muhammad
SAW.
Firman
ALLAH TA’ALA:
Maksudnya:
“Bahawa agama yang diredahi ALLAH TA’ALA ialah agama Islam agama tauhid dan
agama mengesakan Allah” -(Surah Ali Imran ayat 19).
Firman
ALLAH TA’ALA lagi:
Maksudnya:
“Barang siapa mencari agama yang
lain daripada agama Islam, maka pastilah tidak merimanya dan di akhirat kelak
ia masuk dalam golongan orang-orang yang rugi dan kekal di dalam api neraka” -(Surah Ali
Imran ayat 85).
Sebuah
hadis yang diriwayat oleh Imam Muslim bahawa suatu ketika Nabi kita Sayyididna
Muhammad S.A.W didatangi oleh seorang bertanyakan tentang hal ehwal Islam, iman, ihsan dan hal ehwal
tanda-tanda hari qiamat, maka Nabi SAW menjawab satu persatu kepada orang
yang bertanya itu. Kemudia Nabi SAW memberitahu kepada Sayyidina Umar bahwa
yang datang itu ialah Sayidina Jibril AS dengan tujuan mengajarkan kamu akan
dari hal agama kamu.
Di
antara jawapan yang diberikan oleh Nabi SAW tentang persoalan-persoalan itu
adalah seperti berikut;
1.
Islam ialah mengucap dua kalimah
syahadah, sembahyang lima waktu, mengeluar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan
dan mengerjakan haji.
2.
Iman ialah beriman dan yakin kepada ALLAH, para malaikat, Nabi dan Rasul,
kitab-kitab, hari Akhirat dan qadho dan qaddar.
3.
Ehsan ialah hendaklah setiap saat merasa di dalam hati akan wujudnya ALLAH,
sehingga ketika menyembah ALLAH hendaklah terasa seolah-olah melihat ALLAH,
kalau tidak terasa demikian hendaklah merasa bahawa ALLAH sedang melihat kita.
4.
Hari Qiamat, Nabi SAW tidak menjelaskan saat berlakuknya kiamat, kerana
ia merupakan rahsia ALLAH. Tetapi cuma diceritakan tanda-tandanya. Di antara
tanda-tanda menjelang qiamat ialah apabila para hamba melahirkan tuannya.
Apabila orang yang asal-usulnya susah dan merempat, tidak berkasut dan tidak
berpakaian, hidup dalam keadaan miskin dan menjadi pengembala kambing akhirnya
menjadi senang linang (hidup mewah) dengan meninggikan bangunan rumah mereka.
Kita
dapat faham daripada ayat Quran dan hadis-hadis di atas bahawa agama Islam yang
dibawa oleh Nabi kita kepada kita ialah agama yang meliputi persoalan
dasar-dasar rukun Islam, rukun iman dan
rukun ihsan.
Dalil-dalil
lain yang menunjukkan benar dan betul
bahawa Nabi kita menjadi Rasul dan membawa agama Islam ialah mukjizat. Mukjizat
yang besar sekali ialah Quran yang mengandungi 30 juzu, 114 surah dan
mengandungi lebih kurang 6,666 ayat.
Nabi
kita telah mencabar orang-orang Arab yang menentangnya agar membawa satu surah
yang walau pun pendek, tetapi dapat menyama atau setanding dengan surah Quran
itu, tapi mereka tidak dapat membuktikannya.
Orang-orang
orentalis, yakni orang Eropah yang mengkaji agama Islam pada zaman sekarang
sedar bahawa mereka tiada dapat bercakap atau menulis seperti mana bahasa Al
Quran yang halus dan tinggi nilai bahasa dan sasteranya serta mengandungi
maklumat yang pelik-pelik dan ilmu
pengetahuan yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya. Hanya orang-orang
orentalis yang degil dan missi mereka hendak melawan Islam sahaja yang sentiasa
mencari mana-mana sudut yang mereka boleh putar belitkan maksudnya dan di
situlah mereka cuba menimbulkan keraguan dan cuba memburuk-burukkan Islam,
contonya seperti mana Goldizher, orentalis bangsa Yahudi yang
memburuk-burukkan Al Imam A Zuhri dan lain-lain perkara dalam Islam.
(Bersambung....ke siri kedua)
(Bersambung....ke siri kedua)