Kelebihan Beramal Secara Sembunyi dan
Membenci Glamour dan Populariti
Kelebihan Sentiasa Berwudhuk dan Solat
Sunat Wudhuk dan Menyembunyikan Ibadah
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah t, katanya: “Sesungguhnya Nabi e telah bersabda kepada Bilal bin Rabah t ketika dia solat
Subuh: ‘Wahai Bilal…!
Ceritakan kepadaku mengenai amalan terbaik yang pernah kamu lakukan dalam Islam. Sesungguhnya semalam aku bermimpi, mendengar seretan selipar kamu di hadapanku di
dalam Syurga’. Jawab Bilal: ‘Amalan terbaik yang telah aku lakukan
ialah tidak sekali-kali aku berwuduk, pada bila-bila masa sahaja, sama ada pada waktu malam atau siang melainkan aku akan
bersolat dengan wudhuk tersebut apa-apa jua solat yang telah ditakdirkan
untuk aku melaksanakannya.” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Sahih no.
1149. Lihat: Fatt al-Bari lil Ibnu Hajar, jilid 4, halaman 139).
Al-Muhallab
berkata: Hadis ini menunjukkan sesungguhnya
Allah I akan mengurniakan ganjaran berlipat kali ganda bagi setiap amalan yang dilakukan oleh
hamba secara tersembunyi. Hadis ini menunjukkan bahawa
harus menanyakan orang soleh yang
sedang mereka lakukan yang diberi petunjuk oleh Allah I supaya orang lain dapat mengikut dan melakukannya.
Selain itu, hadis ini
menunjukkan bahawa harus seorang guru bertanya amalan pelajarnya supaya guru itu dapat terus memberikan galakan dan dorongan, jika amalan tersebut adalah dan mencegahnya jika sebaliknya.
Kisah-kisah orang yang beramal Secara Sembunyi dan Benci Kepada
Glomour dan Populariti
1. Ada seseorang bertanya kepada Tamim
Al-Dari RA; “Bagaimanakah solatmu di malam hari?” Mendengar pertanyaan seperti
itu, maka Tamim RA sangat marah kepada si penanya itu, kemudian dia berkata;
“Demi Allah, solat satu rakaat yang aku lakukan di tengah malam secara rahsia
lebih aku senangi daripada ketika aku solat semalaman suntuk, yang kemudiannya
aku menceritakannya kepada orang lain.” (Ahmad, Az-Zuhd).
2. Muhammad ibn A’yun RA berkata;
“Pada suatu kali aku bersama Abdullah ibn Al-Mubarak RA dalam suatu peperangan di negara Romawi.
Setelah kami melakukan solat Isya’, maka dia berbaring untuk menunjukkan kepadaku bahawa dia telah tidur.
Aku pun ikut berbaring dan tujuannya untuk menunjukkan kepadanya bahawa aku
telah tidur. Ketika dia telah menyangka bahawa aku telah tidur, maka Ibnu
Al-Mubarak bangkit dari tempat tidurnya dengan cara amat perlahan-lahan sekali
agar tidak didengar oleh sesiapa pun dari pasukan yang sedang bejaga-jaga itu,
kemudian dia melakukan solat sampai terbitnya fajar. Ketika fajar tiba, maka
dia membangunkan aku dan dia mengira bahawa aku sedang tidur. Dia berkata;
‘Wahai Muhammad, bangunlah kamu.’ Jawapku; ‘Aku tidak tidur.’ Ketika dia
mendengar ucapanku itu, maka dia terkejut dan dia merasa bahawa aku telah
mengetahui solatnya semalam. Maka sejak itu, dia tidak mahu berbicara dan
tersenyum lagi kepadaku, seolah-olah dia menyesal kerana aku telah mengetahui
dia bersolat (Tahajjud) malamnya, kejadian itu berlangsung sampai dia wafat.
Belum pernah aku melihat seseorang yang menyembunyikan amal kebajikannya
seperti Ibnu Al-Mubarak RA.” (Ibnu Abi Hatim, al-Jarh wa al-Ta’dil, 1/266).
3. Ayyub As-Sakhtiyani RA biasa melakukan
qiyamullail semalaman suntuk. Jika telah dekat waktu fajar, maka dia kembali
berbaring di tempat tidurnya, jika waktu Subuh telah tiba, maka dia mengangkat
suaranya seolah-olah dia baru bangun waktu Subuh.” (Abu Nu’aim, Hilyah
al-Auliya. 3/8).
4. Sebuah kisah daripada Muhammad Ibn
Al-Munkadir RA, diceritakan bahawa pada suatu malam Muhammad Ibn Al-Munkadir
melakukan solat malam dan berdoa sambil menghadap ke arah mimbar Rasulullah
SAW. Tidak jauh dari tempatnya ada seseorang yang menutupi kepadanya dengan
penutup kepala. Dia melakukan solat dan berdoa; ‘Wahai Tuhan, kini musim panas
telah memuncak bagi para hamba-Mu, maka aku memohon kepada-Mu dengan
sungguh-sungguh, turunkanlah hujan segera.’ Maka tidak lama setelah itu hujan
turun sangat lebat.
Peristiwa itu amat menyentuhkan hati
Muhammad Ibn Al-Munkadir untuk mengetahui siapakah lelaki itu. Ini di kola
Madinah, tetapi Muhammad Ibn Al-Munkadir yang tinggal di situ pun tidak
mengenalnya.
Setelah lelaki itu selesai melakukan
solat, dia pulang menuju ke rumahnya. Muhammad Ibnu Al-Munkadir mengikutinya
secara sembunyi-sembunyi. Setelah dia mengetahui rumah orang itu, maka keesokan
paginya Ibnu A-Munkadir mengetuk rumah lelaki itu. Setelah dia diterima oleh
lelaki itu, maka Ibnu Al-Munkadir memberitahu bahawa dia telah mendengar ucapan
doanya malam tadi. Mendengar ucapan Muhammad Ibn Al-Munkadir tantang dia, maka
lelaki itu sangat terkejut.
Ibnu Al-Munkadir bertanya; “Apakah
engkau mahu menerima wang dariku, agar dapat engkau gunakan dalam membantu
ibadahmu?”
Lelaki itu menjawab; “Aku tidak ingin
menerima apa pun darimu, tetapi suatu permintaanku, janganlah engkau
menceritakan hal diriku kepada orang lain dan jangan pula menceritakan kejadian
semalam kepada orang lain sampai aku mati. Sejak hari ini, jangan engkau datang lagi bertemu aku, kerana jika
engkau datang, maka engkau akan menjadikan aku dikenal oleh orang lain.”
Ibnu Al-Munkadir RA berkata;
“Sesungguhnya aku ingin selalu bertemu denganmu.”
Lelaki itu menjawab; “Jika engkau ingin
bertemu denganku, maka temuilah aku di masjid.”
Sejak saat itu, lelaki itu
meninggalkan rumahnya dan menyembunyikan dirinya, sehingga tidak seorang pun
yang mendengar beritanya. Maka si pemilik rumah berkata; “Kerana Ibnu
Al-Munkadir RA datang pada hari itu, maka lelaki soleh itu terus meninggalkan
rumahku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 5/356).
Saudaraku, ketahuilah bahawa dakwah
tidak akan berhasil kecuali jika para dai tidak memberi kesempatan kepada setan untuk menguji
keikhlasan amalannya terhadap Tuhannya. Lisan mereka berkata; “Aku akan
bersungguh-sungguh kerana Allah sehingga setan tidak akan menguji
keikhlasanku.” (Al-Rasyid, Al-Raqa’iq).
Syaikh Muhammad ibn Ali-Haskafi
Al-Maqdisi RA berkata; “Jadikan takwa
sebagai syi’ar hidupmu, kerana seorang yang menjadikannya syi’ar hidupnya, maka
dia akan beruntung. Berjalanlah di atas kebenaran dengan disertai ikhlas agar
hatimu menjaga rahsia amal kebajikanmu. Jika engkau ingin selalu dekat dengan
Nabi SAW pada hari Kiamat, maka ikutilah jejaknya.” (Al-Dhau’ al-Lami’,
Al-Sakhawi. 8/222).
5. Kisah
UWAIS AL-QARNI. Uwais al-Quran (r.hu) memang seorang yang semasa hidupnya
langsung tidak terkenal. Menurut hadis beliau adalah salah seorang tabi’in.
Tapi sesetengah pihak mengatakan beliau sahabat Nabi SAW, tapi tidak pernah
berjumpa dengan Nabi SAW.
Uwais al-Qurni, tidak
terkenal di dunia, tapi terkenal di langit
Imam al-Nawawi dalam
Riadhussolihin memetik hadis Usair bin Amru, bahawa dia (Usair) berkat: Adalah
Umar bin Al-khottab (r.a) jika (setiap kali) kedatangan rombongan orang Yaman, beliau
(r.a) bertanya kepada mereka: “Adakah di antara kamu
seseorang bernama Uwais bin Amir?” Sehinggalah (kerana terlalu
teringatkan pesanan Rasulallah SAW) ketika dia (r.a) bertemu (seseorang yang
dirasakan seolah-olah Uwais) beliau (r.a) akan bertanya: “Adakah engkau Uwais bin Amir?”
(Kebetulan orang yang
ditanya itu tepat Uwais) dia pun menjawab: “Ya.”
Saidina Umar (r.a.)
bertanya lagi; “Apakah engkau dari suku Murad dari Qaran?”
Jawabnya: “Ya.”
Saidina Umar (r.a.) menelah
untuk memastikan benar; “Dahulunya engkau belang (berpenyakit sopak), kemudian telah sembuh, hanya tinggal sebesar dirham
(kesan parut)?”
Jawabnya” “Ya.”
“Apakah engkau masih ada ibu?”
Jawabnya: “Ya.”
Berkata Saidna Umar (r.a): “Aku
telah mendengar Rasulallah SAW bersabda: ‘Akan
datang kepadamu seorang bernama Uwais bin Amir bersama
rombongan orang Yaman, dia dari suku Murad dari
Qaran, dahulunya dia (terkena) belang
(sopak), kemudian sembuh kecuali sisa (kesan parut) sebesar satu dirham, dia masih beribu dan dia sangat bakti pada ibunya,
kalau dia menghendaki sesuatu, Allah
tentu akan memberinya. Kalau kehendaki minta doa dan istighfar darinya, maka jangan engkau
lepaskan (peluang).”
Saidina Umar (r.a) memohon
padanya: “Bacakan istighfar untukku.”
Lalu Uwais membaca istighfar untuk Saidina Umar (r.a). Kemudian Saidina
Umar bertanya: “Mahu ke mana lagi engkau selepas ini.”
“Ke Kufah.” Jawabnya
ringkas.
“Bolehkah aku kirim surat (melaluimu) kepada walikota di sana, supaya membantu dan memberi hajat di atas segela keperluanmu?”
Jawabnya: “Aku lebih suka menjadi rakyat jetala tanpa terkenal.”
Setahun kemudiannya, salah seorang terkemuka dari kalangan mereka
(suku Murad dari Qaran) pergi mengerjakan haji dan bertamu dengan Saidina Umar (r.a.), dan
Saidina Umar bertanya mengenai Uwais.
Jawab orang itu: “Aku tinggalkan
dia dalam keadaan cumpang-camping dan tidak kecukupan (bekalan hidup).”
Berkata Umar: “Saya telah
mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Nanti akan
datang kepadamu Uwais bin Amir bersama rombongan orang
Yaman, dia dari suku Murad dari Qaran, dahulunya dia
belang, kemudian sembuh, kecuali (masih ada kesan parut) sebesar dirham. Dia masih beribu dan sangat taat pada
ibunya. Andaikan dia minta (berdoa)
sesuatu pada Allah pasti akan diberi-Nya (dimakbulkan doanya). Kalau kamu ada kesempatan dan mahu, mintalah doa istighfar padanya.”
Maka ketika dia (orang terkemuka dari kalangan suku Murad dari Qaran itu pulang dari Makkah ke Yaman) bertemu dengan Uwais, dia berkata: “Bacakanlah doa
istighfar untukku?”
Jawab Uwais dengan penuh
tawadhuk: “Engkaulah yang baru datang dari bepergian dan beribadat (mengerja haji), maka (lebih
patut) bacakan istighfar untukku.”
Kemudian Uwais bertanya; “Apakah
engkau bertemu dengan Umar?”
Jawab orang itu: “Ya.”
Maka, (sebagai menghormati
Saidina Umar) baru Uwais membacakan doa istighfar untuk
orang itu.
Setelah orang mengetahui
kemuliaan Uwais, kemudian ramai orang datang menemuinya. Ketika itu Uwais lalu pergi menjauhkan diri dari orang
ramai, supaya tidak terganggu tujuannya (ikhlas beribadah kerana Allah dan
menjauhi kemasyhuran).” (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim).
Dalam hadis lain, riwayat Imam
Muslim dari Usair bin Jabir, bahawa ketika orang
Kufah mengutus suatu rombongan kepada Saidina Umar, ada di antara mereka
seorang yang mengejek-ngejek Uwais, lalu Saidina Umar berkata: “Apakah ada di antara kamu seorang dari Qaran?” Maka datanglah orang yang dimaksudkan itu, berkata Umar
kepadanya: “Sesungguhnya Rasulallah SAW telah bersabda: “Ada seorang
dari Yaman akan datang kepada kamu, dia bernama Uwais, tiada tertinggal di
Yaman kecuali seorang ibunya. Dahulunya dia
belang, tetapi lalu berdoa kepada Allah,
dan Allah menyembuhkannya, kecuali sebesar dirham atau dinar (kesan
parutnya). Maka sesiapa yang bertemunya,
hendaknya minta dibacakan doa
istighfar baginya.” Dalam lain riwayat dari Saidina Umar (r.a) berkata: “Sesungguhnya
saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya sebaik-baik orang
tabi'in ialah seorang bernama Uwais, yang masih mempunyai ibu, yang dahulunya dia
belang. Maka suruhlah dia membacakan istighfar untuk kamu’.”
Saidina Umar bin Al-khattab (r.a)
berkata: “Aku minta izin kepada Nabi SAW untuk pergi melakukan Umrah, maka Rasulullah SAW mengizinkan bagiku, kemudian Nabi SAW
bersabda; ‘Jangan eng kau lupakan kami
wahai saudaraku dari doamu’.” Maka Umar berkata: “Sungguh, itulah suatu
kalimah yang lebih menye- nangkan bagiku daripada (kalau) aku memiliki dunia
ini.” Dalam riwayat lain: Nabi SAW berpesan:
“Sertakanlah (sebutkanlah bersama-sama) kami dalam doa-doamu, wahhai
saudaraku.” (Hadis riwayat Imam Abu
Dawud dan Al-Tirmidzi).
(Kisah dan keterangan di atas dinukil dari; RIADHUSSOLIHIN
– IMAM AL-NAWAWI –BAB MENGHORMATI PARA ULAMA DAN ORANG TERMUKA DAN MEMULIAKAN
MEREKA).
Dalam kisah
lain;
Uwais adalah
satu-satunya lelaki yang disebutkan namanya oleh Nabi Muhammad SAW, walaupun
Baginda SAW tidak pernah bertemu beliau.
Satu hari, Saidina Umar ibn Khattab, Saidina
Abu Bakar, Saidina Ali dan para sahabat lain sedang duduk bersama-sama
Rasulullah SAW di dalam masjid, apabila Nabi SAW berkata kepada mereka, “Esok,
seorang lelaki akan masuk dari pintu ini untuk bersolat di antara kamu dan dia
adalah seorang ahli Syurga.”
Abu Hurairah (r.a) menceritakan
bahawa pada hari berikutnya dia bergegas untuk solat Subuh di masjid dan
berdiri di saf pertama dengan harapan bahawa dia menjadi orang yang
Nabi SAW telah katakan pada hari sebelumnya. Terdapat ramai lagi para
sahabat lain yang berdiri bersama beliau yang juga mempunyai harapan yang sama.
Nabi SAW melaksanakan solat
Subuh dan kemudian duduk. Para sahabat tidak sabar-sabar untuk mengetahui
siapakah lelaki penghuni syurga yang dimaksudkan itu, namun masih tidak
menampakkan yang Nabi SAW akan menyatakannya (menunjukkannya). Jadi
mereka duduk dan menunggu seketika, manakala sesetengah daripada mereka
terpaksa pergi, tetapi yang lain masih lagi ada yang menunggu. Ini termasuk Abu
Hurairah, Saidina Abu Bakar, Saidina Ali, dan Saidina Umar.
Beberapa ketika kemudian, datang
kepada nabi seorang lelaki yang begitu miskin, bajunya lusuh dan koyak.
Nabi SAW segera berdiri dan tersenyum menyambut kedatangan lelaki
itu. Lelaki itu lalu meminta Nabi SAW berdoa untuknya.
Rasulullah SAW mengangkat tangannya dan berdoa dengan berkata; “Ya
Allah kurniakanlah lelaki ini kedudukan paling tinggi di dalam syurga
Firdaus bersama denganku.”
Sebaik sahaja selesai Rasulalalh SAW
berdoa, lelaki itu meninggalkan mereka, Abu Hurairah bertanya kepada
Nabi SAW; “Adakah dia orangnya?” “Ya," jawab Rasulullah SAW.
“Tetapi ya Rasulullah, dia tidak
lebih daripada seorang hamba yang lemah, bagaimana dia terpilih?” Tanya
Abu Hurairah.
“Wahai Abu Hurairah,” kata Nabi SAW.
“Apa yang boleh aku lakukan untuk dia jika takdirnya di dunia ini menjadi
seorang yang miskin? Kedudukannya pada hari akhirat adalah seperti
seorang raja. Wahai Abu Hurairah, mereka ini adalah orang yang sangat bertakwa
di sisi Allah, ikhlas, selalu lapar, mukanya berdebu, tidak dikenali di bumi
ini, tetapi sangat terkenal di langit. Jika mereka ingin berkahwin, tiada siapa
yang ingin berkahwin dengan mereka. Dan jika mereka mendapat sakit, mereka
tidak menyebarkan penyakit kepada sesiapa (kerana mereka bersendirian),
dan jika mereka menghadiri sesuatu majlis mereka tidak dirasai, dan jika mereka
meninggalkan, tiada sesiapa kisah, dan apabila mereka mati, tiada sesiapa yang
menghadiri pengebumian. Orang (sedemikian) ini bagaimanapun, tidak dilupakan
oleh Allah dan mereka sangat tinggi darjatnya (di sisi Allah SWT).”
“Ya Rasulullah, ceritakan aku salah
seorang daripada mereka,” mohon Abu Hurairah.
“Aku akan khabarkan kamu tentang
Uwais Al Qarni,” jawab Rasulullah SAW.
Para Sahabat memandang di antara satu
sama lain, masing-masing cuba untuk ingat jika mereka tahu lelaki bernama Uwais.
Mereka tidak tahu bahawa Baginda sedang bercakap tentang seorang lelaki yang
akan mereka temui beberapa tahun selepas Nabi SAW wafat.
“Dia adalah seorang lelaki dengan
ketinggian sederhana, miskin, dengan kulit yang sangat gelap. Aku dapat
melihatnya meletakkan tangan kanannya pada lengan kirinya dan menangis kerana
beliau membaca Al-Quran. Dia memakai jubah bulu lusuh’, kata
Nabi SAW tersenyum seakan-akan Baginda melihat dia (Uwais) sebagaimana Malaikat Jibril menerangkan
kepadanya. “Pada bahu kirinya, terdapat tanda putih saiz dirham yang mana itu
adalah kesan penyakit. Dia tidak diketahui di kalangan penduduk bumi, tetapi
dikenali di langit. Tanda terbesar dia adalah dia sangat prihatin terhadap
ibunya. Apabila dia berdoa, Allah akan perkenankan. Dia akan datang bersama
orang lain pada hari kiamat untuk memasuki Syurga, tetapi dia ditahan. Apabila
dia bertanya mengapa?, Allah memberitahunya bahawa dia boleh membawa sesiapa
saja yang dia mahu ke Syurga bersama-samanya sebanyak 200,000 orang.”
“Wahai Ali dan Umar, sekiranya
kamu dapat berjumpa dengan lelaki ini, mintalah dia berdoa untukmu dan mintalah
supaya Allah mengampunkanmu,” kata Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment