Sunday, 9 December 2012

BETULKAH YAHUDI YAKIN DENGAN HADIS, BAGAIMANA UMAT ISLAM…?


BETULKAH YAHUDI YAKIN DENGAN HADIS,
BAGAIMANA UMAT ISLAM…?

Sepotong hadith sahih riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim, bermaksud; “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang (umat) Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang Yahudi itu, kecuali pokok’'Gharqad’, kerana ia adalah pokok Yahudi.”

Bagi umat Islam yang jarang-jarang mengikuti perkembangan luar Negara, kita tidak sedari bahawa sekarang ini dalam masa yang agak singkat dan dengan penuh rasa gementar dan takut bila orang Yahudi membaca tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah Palestin di mana sahaja mereka berkuasa.

Betapa peliknya orang Yahudi, mereka menentang Islam, tetapi dalam masa yang sama mereka amat yakin dengan kesahihan hadith ini. Juga yang aneh umt Islam tidak membuat persediaan untuk melengkapkan diri untuk berhadapan dengan saat yang telah dijanjikan kemenangan buat mereka. Memang Allah menjanjikan kemenangan di pihak umat Islam, tetapi bukan umat Islam yang masih lalai dengan mengikut cara hidup Yahudi, masih lalai dengan program bola sepak, lalai dengan menonton TV, lalai dengan menghisap rokok, lalai dengan hiburan, lalai daripada solat awal waktu, lalai dengan adu-dumba politik, lalai dengan umpat mengumpat dan fitmah memfitnah sesame Islam, lalai dengan “gila kuasa” nak jadi pemimpin selepas PRU13, lalai dengan godaan nafsu dan syaitan.  



Inikah rupanya pokok gharqad (pokok Yahudi)?

Bila kita rujuk dalam internet, memang kita boleh dapati bentuk rupa pokok Gharqad yang disebut dalam hadis di atas. Pokok itu terkenal juga dengan nama Boxthorn. Dalam pelbagai halaman internet, apa  yang paling menarik perhatian ialah halaman kerajaan Yahudi sendiri di Israel. Anda boleh layari halaman itu iaitu JewishNational Fund.( <http://www.jnf.org/> ) dari maklumat yang ada di halaman itu, orang Yahudi memepunyai satu Dana Kebangsaan Yahudi yang khas untuk penanaman pokok tersebut. Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.




 Gambar buah pokok gharqad yang juga terkenal dengan pokok Boxthon


 Dilaporkan bahawa orang Yahudi telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok gharqad. Jika maklumat ini betul, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetap tetap menentang Islam, kerana sombong (ego) dan tidak mahu mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah kerana dengki kepada bangsa Arab. Bagaimana pula dengan kita umat Islam…? Apakah persediaan kita akan berhadapan dengan Yahudi…?


No comments: