AKTIVITI
PERKORPORATAN RASULALLAH SAW DAN PARA SAHABAT – HINGGA JADI JUTAWAN
KEKAYAAN RASULALLAH SAW
Sahsiah
(personaliti) Nabi Muhammad Saw dipupuk oleh Hikmah
Menggembala Kambing, Tuhan
Memelihara Nabi Muhammad Saw, mencebur diri dalam dunia perniagaan,
pengalaman dalam dunia perhubungan antarabangsa dengan rakan-rakan perniagaan
yang ditemui di pusat-pusat perniagaan yang didatangi mereka daripada seluruh pelusuk
dunia.
Selain
berniaga, Nabi Saw juga berpengalaman dalam dunia peperangan sejak berumur antara
15-18 tahun (menurut pelbagai perselisihan para Ahli Sejarah), tugas beliau Saw
menggutip anak panah yang tersasar, diserahkan kepada Abu Talib semasa
peperangan Fijar…
(Lihat: Raheq
Maktum, halaman 71 dan Sejarah Hidup Muhammad, Muhammad Husin
Haikal, halaman 60)
BUKTI NABI MUHAMMAD SAW
KAYA
Nabi-nabi yang kaya memang ada. Yang kita selalu
dengar ialah Nabi Sulaiman AS.
Harta Nabi Sulaiman amat banyak, sehingga tidak
terkira jumlahnya.
Namun, jarang-jarang kita dengar kisah kekayaan
Nabi Muhammad SAW. Yang kita selalu dengar, Nabi Muhammad miskin, sampai ikat
batu pada perut untuk tahan lapar.
NABI MUHAMMAD SAW PERNAH MISKIN DAN PERNAH KAYA
Nabi Muhammad Saw pernah kaya, pernah miskin dan
juga pernah berada dalam keadaan pertengahan, hartanya secukup makan untuk
sekeluarga yang disimpan dalam baitul mal untuk 1 tahun.
Keadaan pertengahan ini bermaksud tidak kaya dan
tidak miskin.
Yang kita selalu dengar Nabi SAW miskin sewaktu
hijrah ke Madinah. Sebabnya baginda dan para sahabat, terpaksa tinggalkan
segala harta di Mekkah dan membina kehidupan baru, membina kekuatan di Madinah.
Sahabat Abdul Rahman Auf dengan pengalamannya berniaga disyurkan oleh Nabi Saw
buka pasar untuk kaum Muslimin.
SEJARAH NABI MUHAMMAD SAW DAN BERNIAGA
Baginda mula berniaga, mula bekerja sejak seawal
usia 12 tahun. Pada usia muda itu, baginda sudah belajar berniaga dan bekerja
dengan bapa saudaranya.
Sehingga pada usia 17 tahun, baginda Saw sudah ada
perniagaan sendiri, dan sudah mendapat kepercayaan oleh hartawan-hartawan dari
penduduk Makkah untuk berdagang hingga ke bumi Syam. Ketika usia 25 tahun,
baginda sudah mencapai status jutawan.
Bukti Kekayaan Baginda Nabi
Antara kekayaan Nabi Muhammad SAW sebelum kenabian
adalah :
Jumlah
mahar yang dibayar kepada Siti Khadijah ialah sebanyak 20 ekor unta
muda.
Jom Kita
Kira, Berapa Nilai 20 Ekor Unta.
Harga
unta seekor di Arab Saudi, nilai ringgit Malaysia lebih kurang 5,000.00 Dharab
20 ekor bersamaan RM100,000.00
Kalau di
Malaysia, seorang anak muda yang memberikan mahar RM100,000.00 kepada isteri,
dia dikatakan kaya ke miskin?
Kekayaan Nabi Saw Melalui Perniagaan Hasil Suntikan Modal Jutawan Wanita Qurisy
Hidup Nabi saw disusun
oleh Allah swt supaya baginda mahir dalam segala aspek. Banyak riwayat
mengatakan Nabi saw mula menceburkan diri dalam selok-belok perniagaan ketika
umurnya mencecah 25 tahun.
Ketika itu Seorang
jutawan Arab Quraisy tengah mencari seorang lagi pekerja tambahan untuk membawa
barang dagangan yang sangat banyak ke Syam. Jutawan tersebut iaitu seorang
Wanita mulia Siti Khadijah binti Khuwailid amat berhati-hati dalam memilih
pekerjanya, kerana untuk mempercayai seseorang yang asing untuk membawa barang
dagangan yang bernilai tinggi tentu dia mencari seseorang yang jujur dan amanah
untuk tugas itu.
Berita Siti Khadijah binti Khuwailid mencari pekerja itu tersebar luas di kota
Mekkah, hinggalah sampai ke pengetahuan Abu Talib dan cepat-cepat dikhabarkan
pada Nabi saw.
Kata Abu Talib; “Wahai Muhammad, Sesungguhnya aku tiada banyak harta,
dan ketika ini keewanganku amat perit sekali, tadi di kota aku ada mendengar
berita, seorang saudagar kaya sedang mencari seorang pekerja tambahan dan
menawarkan 2 ekor unta muda sebagai upah. Aku tidak sekali suka akan jumlah
upah itu, akan tetapi jika kamu bersetuju untuk ambil kerja itu, aku sudi
berbincang dengan Siti Khadijah tentangnya.”
Nabi terdiam dan berfikir sebentar, kemudian menjawab
“Mana yang bapa saudaraku pandang baik, Saya ikut saja”
Nabi saw menerima tawaran (kerja) itu bukanlah kerana janji upahnya, Nabi saw
seorang manusia yang sudah didik oleh Allah swt untuk tidak mencintai harta
kekayaan, dia mengambil kerja itu hanya kerana untuk menjaga hati bapa saudaranya,
Abu Talib.
Setelah Abu Talib berbincang dengan Siti Khadijah, Khadijah bersetuju memberi
upah kepada Nabi saw 4 ekor unta muda, sekali ganda upah yang diberikan pada
pekerja lain, seperti mana yang dicadangkan oleh Abu Talib untuk Nabi Muhammad.
Persetujuan Siti Khadijah dengan kadar
upah itu, atas dasar menghormati Abu Talib, sebagai seorang yang sangat
dihormati di kota Mekkah,
Tidak
ada catatan yang secara lengkap menggambarkan jumlah kekayaan yang dimiliki
Baginda Muhammad Saw, baik pada masa sebelum menjadi Rasul mahupun pada masa
kenabian. Kerana kekayaan yang datang (dikurnai Allah) setiap waktu
mencurah-curah, walaupun tidak pernah putus-putus, tetapi diinfaq oleh Nabi Saw
hingga habis, kemudian Allah datangkan lagi rezki. Begitulah berlaku setiap
masa, terjadi kerana berkat mukjizat bagi memuliakan beliau sebagai Nabi
dan Rasul, mengatasi manusia lain di bidang harta benda.
Umumnya
manusia, khususnya bangsa (suku-suku) Arab dan bangsa-bangsa lain yang berniaga
bersama-sama Nabi Saw di pelbagai pasar, tergambar kelebihan Nabi Saw mengatasi
mereka di bidang harta benda dan persembahan (presantation) dan
penampilan Nabi Saw ketika berurus-niaga dengan para pembeli dan palanggannya.
Menjadikan beliau Saw dipandang tinggi dan dihormati serta sudut jualannya
menarik ramai pengunjung.
Walaupun
sahsiah beliau Saw menonjol sebagai jutawan, namun beliau menggunakan harta
kekayaannya mendahulukan kepentingan Ummah melebihi kepentingan dirinya sendiri
dalam bentuk infak, sedekah dan membantu setiap fakir miskin serta golongan
yang memerlukan bantuan.
Terdapat Beberapa Bukti Lagi Kekayaan Nabi SAW
- Nabi Muhammad Saw pernah membahagikan
lebih dari 1,500 ekor unta kepada
beberapa orang Quraisy sesudah Perang Hunain.
- Beliau pernah memiliki Tanah
Fadak yang merupakan sebuah daerah pemerintahan Yahudi di Hijaz
yang mana diserahkan oleh kaum Yahudi kepada Rasullullah Saw tanpa melalui
pertempuran (Ibnu Hisyam).
- Suatu ketika, datang
seseorang kepada baginda, dan meminta sesuatu. Baginda memberikan kambing
yang amat banyak memenuhi jalan antara dua bukit.
- Baginda Saw pernah menerima hadiah 100 Dinar emas dari
penguasa Mesir atas dasar persahabatan dan hubungan diplomatik.
- Syu’aibi
mencatatkan, Baginda membahagikan Al-Kutaibah (pemberian
rutin) kepada kerabat dan isteri-isteri beliau (yang di bawah
tanggungannya). Kepada Fatimah 200
wasaq, Ali bin Abi Thalib 100 wasaq,
Usamah bin Zaid 250 wasaq, Aisyah 200
wasaq, Ja’far bin Abi Thalib 50 wasaq,
Rabiah bin Harits bin Abdil Mutthalib 100 wasaq,
Abu Bakar 100 wasaq, Aqil bin Abi
Thalib 140 wasaq, Bani Ja’far 140
wasaq, untuk sekelompok orang dan isteri-isterinya 700
wasaq. Dan selebihnya untuk Bani Mutthalib yang sebagiannya
masih di Mekkah.
Apa itu Wasaq?
Wasaq merupakan salah satu sukatan. Satu wasaq sama dengan 60 sya’
pada masa Rasulullah Saw, Satu sya’ sama dengan 4 mud, yakni 4 sukatan dua
telapak tangan orang dewasa. Satu sya’ bersamaan dengan bekas (bijana)
berukuran 3 liter, jadi 1 wasaq bersamaan 180 liter, sedangkan nisab pertanian
5 wasaq sama dengan 900 liter, atau bersamaan ukuran kilogram sekitar 653 kilogram.
Jadi, jumlahkan (kalikan) nilai-nilai wasaq yang diberikan Nabi Saw kepada mereka yang
disebut di atas.
6. Selesai Perang
Khaibar, Baginda memperolehi sekitar 100 perisai, 400 pedang, 1000
busur dan 500 tombak.
7. Dikabarkan bahawa
Baginda menerima 90,000 Dirham (RM99,057.00), tetapi
wang itu telah dibahagikan kepada orang ramai sehingga habis. Ibarat angin
kencang diinfaqnya.
8. Ketika kembali dari
Perang Hunain, Baginda memperolehi wang hasil rampasan perang dan Beliau
berkata: “Letakkanlah wang itu di masjid.” Kemudian, Baginda solat di
masjid itu tanpa menoleh kepada wang tadi. Selesai solat, beliau duduk
berdekatan wang tersebut dan memberikannya kepada setiap orang yang meminta.
Beliau berdiri setelah wang tersebut habis diagihkan.
Selain berniaga, baginda Saw juga banyak menerima
hadiah dari sahabat-sahabat baginda. Tapi hadiah berupa pelbagai bentuk segera
diinfaq kepada jalan Allah dan disumbangkan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukan, bagai angin lalu (al-rih al-mursalah). (Hadis riwayat Imam
Bukhari dan Imam Muslim dari Ibnu Abbas ra).
Begitulah hal keadaan Nabi kita pernah kaya.. !
Cuma tidak letakkan kekayaan itu di dalam hati. Baginda Saw anggap dirinya
ibarat ‘perantara’ di antara Allah (yang memberi rezki) dengan golongan
memerlukan serta fi sabilillah sahaja. Harta yang datang mencurah-curah
bukan untuk dimiliki secara tamak dan monopoli.
Jika demikian sifat seseorang, ketahuilah… Allah
bersifat cemburu, lalu lebih pemurah daripada para hamba-Nya, dibalas kepada
hamba-Nya yang membuat kebajikan hingga 10 kali ganda (surah al-An’am ayat 160),
700 kali gandan (surah al-Baqarah ayat 261),
bahkan ada amalan yang Allah balas tanpa terhitung
(surah al-Zumar ayat 10), sehingga niat sahaja untuk buat kebajikan tanpa
diikuti dengan amal pun diberi 1 pahala kebajikan. Demikian, Allah Swt
menzahirkan sifat Rahman dan Rahim-Nya.
Kita
sebagai umat Nabi Muhammad Saw sepatutnya mengikuti cara keupayaan beliau berusaha
untuk menjadi hartawan agar kekayaan tersebut dapat dimanfaatkan
sebanyak-banyaknya untuk kebaikan Ummah. Demikianlah salah satu ‘sunnah Nabi
Saw’ di bidang “habulul minannas” yang dijanjikan Allah, jika
lakukannya serentak dengan “hablul minAllah” akan mulia (tidak
terhina) di dunia dan di akhirat, (surah 3, Aali Imran, ayat 112). Amal dua
jurusan ini barulah terjadi “umat terbaik”, (surah Aali Imran
ayat 110). Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Saw serta ahli
keluarganya dan para sahabatnya.
KONSEP
DAN PELAKSANAAN PERNIAGAAN NABI SAW BERSAMA SITI
KHADIJAH
Semasa berniaga, Nabi Muhammad SAW tidak mempunyai modal
harta yang besar. Baginda bertindak sebagai pengelola atau pengurus perniagaan
(agen) menggunakan modal milik Siti Khadijah binti Khuwailid yang terkenal
sebagai seorang saudagar kaya di Makkah.
·
Modal: Sepenuhnya disediakan oleh Siti
Khadijah, yang mempercayai Nabi Muhammad SAW kerana sifat kejujuran (Al-Amin).
·
Perjalanan: Baginda membawa barang dagangan ke
negeri Syam diiringi oleh pembantu lelaki Siti Khadijah bernama Maisarah.
·
Keuntungan: Hasil jualan mencatat keuntungan yang
sangat besar dan berlipat ganda berbanding pedagang lain, didorong oleh akhlak
mulia, keadilan, dan kejujuran baginda.
KESAN SELEPAS NIAGA
·
Amanah: Baginda menyerahkan seluruh hasil dan
keuntungan kepada Siti Khadijah dengan jujur.
·
Peluang Perkahwinan: Kejujuran baginda serta laporan positif
daripada Maisarah mengenai peribadi mulia Nabi SAW menyebabkan Siti Khadijah
tertarik dan menawarkan diri untuk berkahwin dengan baginda.
Siti Khadijah Khuwailid tokoh
korporat dan jutawan wanita daripada
nasab Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab, apabila mendengar cerita Muhammad bin
Abdullah dengan personaliti mulia, jujuran serta amanah, lalu menawarkan kepada
Muhammad agar uruskan perniagaannya. Urusan perniagaan pertama di Syam. Nabi Muhammad
Saw ditemani oleh Maisarah, salah seorang pekerja Siti Khadijah.
Maisarah selesa dengan sifat mesra, kasih sayang dan lemah lembut Nabi Muhammad
Saw. Sepanajang perjalanan pelbagai perkara pelik dan menggagumkan berlaku.
Lebih menambahkan pelik, Maisarah berasa nyaman, kerana dalam sepanjang perjalanan,
ada awan nanungi mereka daripada cahaya terik matahari. Cuaca sekeliling mereka
sejuk.
Hasil perniagaan Khadijah kali ini mendapat untung berlipat ganda. Hasil jualan
yang diterima adalah lebih banyak berbanding peniaga yang lain. Bahkan Khadijah
mengakui hasil itu adalah hasil terbanyak dan menguntungkan berbanding beliau
menguruskannya dengan pedagang lain.
Hati Khadijah mula tertarik mahu mengenali Muhammad; ditambah pula cerita
cerita daripada Maisarah. Segala pengalaman Maisarah dengan Muhammad
diceritakan sepanajang perjalanan menambahkan lagi rasa kagum pada Muhammad.
Perjalanan hidup Muhammad sebagai pedagang dan perkahwinan beliau dengan Siti
Khadijah boleh lagi dibaca melalui buku Biografi Muhammad bin Abdullah dan Jejak
Bisnes Nabi. Maklumat lanjut berkaitan perjalanan hidup Muhammad,
layari http://www.pts.com.my/maulud.
8 RAHSIA KEJAYAAN PERNIAGAAN NABI SAW
Rasulullah
SAW adalah manusia yang sewajarnya dijadikan contoh kepada semua orang.
Ayahanda Baginda adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah,
kedua-duanya dari suku kaum Quraisy di Mekah yang berketurunan Nabi Ismail bin
Nabi Ibrahim AS.
Rasulullah
SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk
membimbing kita kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah
kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW,
manusia berada di ambang kehancuran lantaran kejahilan mereka.
Baginda
sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib AS,
Rasulullah SAW telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria.
Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda dan
Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat.
Pada
suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah SAW telah memperoleh keuntungan
lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana
kehebatan Rasulullah SAW dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya,
Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
Perniagaan
adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang
sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
“Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan
tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada
mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka
mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi”
– Surah Faatir Ayat 29
“ Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan
sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab
seksa yang tidak terperi sakitnya?
Yakni kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui”
– Surah As-Saff Ayat 10-11
Kenapa
Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan sesuatu
yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan
boleh juga rugi sekiranya tidak dijalankan dengan betul. Tapi, ‘bekerja’,
bererti
bekerja
dengan orang lain dengan bayaran gaji/upah yang telah ditetapkan, sama ada
syarikat atau majikannya rugi atau untung, dia tetap mendapat gaji/upah.
Dalam
kebanyakan kisah atau ulasan, Rasulullah SAW sering disalah anggap sebagai
miskin. Tidak, Baginda seorang yang kaya. Gelaran ‘Anak yatim’ adalah status
beliau Saw semasa kecil selepas kematian ibunya, ayahnya mati sebelum beliau
Saw dilahirkan. Tapi, selepas beliau Saw dilatih berniaga oleh Abu Talib dan
berkongsi berniaga dengan Siti Khadijah, ketika itu kedudukan beliau Saw adalah
sebagai Jutawan, sehingga mampu membayar mahar kahwin 20 ekor unta.
Walapun
beliau Saw kaya, tapi cara hidup dan penampilan diri di tengah masyarakat dijalaninya
tidak kelihatan seperti orang-orang kaya, beliau Saw bersifat tawadhuk, tiada
rumah bertingkat-tingkat, tiada kenderaan yang dihiasi seperti ‘kenderaan
mewah’, kenderaannya boleh diguna atau dipinjam oleh sesiapa sahaja yang perlu.
Tapi,
apabila Baginda Saw keluar berjuang, contohnya berperang, beliau Saw memakai baju
perang, pedang dari jenis yang terbaik, kuda-kuda perang juga dari jenis yang
terbaik sebagai penampilan untuk ‘menggerunkan musuh’. Ertinya, seluruh harta baginda
Saw digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan untuk kegunaan diri sendiri
semata-mata.
Malah
Baginda sering ‘menahan lapar’, pernah mengikat batu-batu di perutnya untuk
menahan lapar, bukan kerana miskin, tapi keadaan tertentu beliau saw berbuat
demikian. Terutama ketika mula berhijrah ke Madinah, kerana harta beliau Saw
dan juga harta para sahabat yang ikut berhijrah ke Madinah ditinggalkan,
Setelah masing-masing pulang ke Makkah semasa “Futuh Makkah”, harta-harta itu
diurus semua dan digunakan bantu menegakkan dan menguatkan Islam di dalam di
luar nagara.
Jom kita tengok 8 rahsia perniagaan cara Rasulullah SAW
seperti berikut:
1. Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah
SAW dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini
diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda sebelum diangkat
menjadi Rasul lagi.
Dalam
satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui
Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah SAW berkata, “Mari, mari.
Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,
” kata Rasulullah SAW.
Saib
membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang
sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
2. Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut
riwayat, Nabi Saw menjual barang-barang tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan
peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan
Arab, juga yang datang daripada pelbagai negara.
Biasanya
para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan
meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara
memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa
harga yang mereka kehendaki.
Dengan
cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu
oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi Saw
paling laris dan cepat habis berbanding rakan-rakannya yang lain.
Selain
daripada itu, Nabi Saw juga mengambil sikap, pada keadaan tertentu, menjual
pada harga modal apabila pembelinya seorang yang benar-benar miskin memerlukan
barang tersebut, ada kalanya dijual dengan potongan harga (discount)
atau disedekahkan. Baginda Saw amat bertimbang rasa dan amat pengasihan serta
belas kasihan kepada sesama manusia.
Ada
ke orang (peniaga) yang menjual barang-barang dagangannya pada harga modal?
Tapi, ketika tertentu dilakukan oleh Nabi Saw. Namun, sikap pemurah dan
bertolak ansur dalam perniagaan mengundang ‘berkat’ sehingga Allah gantikan
dengan rezki mencurah-curah melalui saluran lain (min hai sula yah tasib
– surah 65, al-Talaq ayat 2-3). Bila beliau Saw bersedekah diberinya yang terbaik
bukan yang buruk (expired) atau yang dah tak habis dijual, (surah
al-Baqarah ayat 267).
3. Sentiasa Senyum
Satu
lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk
mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan
itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan
gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan
yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.
Dengan
wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah
keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah.
Para pelanggan memang suka sangat orang yang berwajah manis dan selalu memberi
senyuman, hadis riwayat Imam Tirmizi.
4. Jujur
Rasulullah
SAW bersabda:
“Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan
bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati
syahid”
– Hadis Riwayat Al-Imam At-Tarmizi
Dalam
konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen adalah
‘piawaian’ terpenting dalam perniagaan, iaitu membina hubungan kepercayaan di
antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan
adanya ‘dusta’ dan ‘penipuan’.
Pada
suatu hari, Rasulullah SAW berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah.
Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang
dilonggok-longgokkan. Rasulullah SAW memeriksa buah-buahan itu dengan
memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.
Kemudian
Rasulullah SAW menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah
kepada peniaga itu. “Apa ini saudara?” tanya Rasulullah SAW.
“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.
“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di bahagian atas
supaya orang dapat melihatnya?” kata Rasulullah SAW.
Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”
5. Tidak Bersumpah Palsu
Rasulullah
SAW amat tegas mengecam amalan perdagangan yang diselit ‘tipu daya’. Apalagi
sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berniaga di pasar gelap, sorok
barangan, menaik dan menurun harga mengikut sesuka hati dan lain-lain. Sebab,
model perniagaan seperti itu bukan saja merugikan orang lain, tapi juga membuat
perniagaan yang dijalankan tidak berkat.
Hal
itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis:
“Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum
berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka
akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan
menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.”
– Hadis Riwayat Muslim
Rasulullah
SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain
mengakibatkan kehilangan berkatnya.
6. Lemah Lembut
Rasulullah
SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan
perniagaan.
Jabir
telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat
baik ketika dia berjual-beli; ketika dia membeli dan ketika dia membuat tuntutan.”
7. Fasih Bertutur Kata
Rasulullah
SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur
katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Tidak
memotong percakapan orang sedang bercakap, banyak mendengar orang yang sedang
bercakap.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan
perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Kerana
para pelanggannya tertawan dengan kata-katanya yang benar secara lansung
dari Nabi Saw sendiri [Bukan melalui
‘perantaraan’ promosi dan iklan berlebihan sehingga pelanggan jadi ‘shopaholic’
atau melalui ‘testimoni’ pelanggan secara melampau].
Terdapat
sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh
Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah yang bermaksud:
“Adalah Rasulullah SAW berkata-kata dengan perkataan yang
terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang
mendengarnya (duduk bersama Baginda).”
8. Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang
halal. Baginda saw menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan
Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya
tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka bagi digunakan oleh Baginda untuk
tujuan perniagaan, yang hasilnya (diinfaq) untuk kebajikan dan mengembangkan
dakwah Islamiah.
Muamalah
seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu
di kalangan mereka yang berada dan tidak berada.
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat,
halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah, dan mengenai
bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke
Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan
mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari
limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari
keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu
telah selesai dari ihram, maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali
kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari
masjid Al-Haraam itu, mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)
dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana
sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar
perintahNya).”
– Surah Al-Maaidah Ayat 2
Namun,
bukan semua hasil keuntungan diinfaqkan, cukup sekadar tetapkan peratusnya,
setelah tolak modal dan segala biaya pengurusan termasuk upah pekerja (overhead),
baru diinfaqkan. Bahkan, Nabi Saw sendiri melarang jutawan Saad bin Abi Waqqas,
ketika dia sakit, untuk diinfaq 2/3 hartanya untuk fi sabilillah, tapi cukup
sekadar 1/3 sahaja, itupun dianggap Nabi Saw sangat banyak. Selebihnya Nabi Saw
suruh simpan untuk keperluan nafqah keluarganya dan orang yang di bawah
tanggungnya. {Riwayat Imam Bukhari (4409) dan Imam Muslim (4296)}.
Inilah
cara Islam, bukan cara lain yang bersifat memeras atau memiliknegarakan
sepenuhnya, seperti sistem komunis. Islam membenarkan miliki harta dan bekerja
keras mencari harta di dunia. Tapi, bukan untuk menahan (monopoli) untuk diri
sahaja.
Oleh
itu, kepada para peniaga, marilah kita contohi cara-cara perniagaan Rasulullah
SAW. Semoga kita memperoleh pahala kerana mengikut sunnah Baginda dan mendapat
keberkatan di dunia dan di akhirat.
Sumber Rujukan: Academia. The Vocket
6 RAHSIA SITI KHADIJAH URUS PERNIAGAAN
Jika kita ditanya
mengenai idola atau tokoh perniagaan wanita yang disanjungi umum, sudah pasti
Saidatina Siti Khadijah Binti Al-Khuwailid adalah orangnya. Baginda
adalah wanita Arab yang berjaya dalam perniagaan sungguhpun pada ketika itu
masyarakat Arab memandang rendah terhadap kaum wanita. Tetapi, tokoh
korporat wanita ini tumbuh di celah-celah sistem masyarakat jahiliah yang
mendiskriminasikan kaum wanita.
Siti Khadijah r.ah
sangat dikenali dengan kekayaan dan kemuliaan hatinya yang sanggup meminjamkan
sebahagian hartanya untuk modal perniagaan bagi sebilangan masyarakat Arab
ketika itu. Kisah perniagaan Siti Khadijah ini bukan sahaja turut disaksikan
oleh Rasulullah SAW, bahkan pernah bekerja di bawah beliau.
Terdapat banyak
perkara tentang cara Siti Khadijah berniaga yang boleh kita contohi pada zaman
moden ini. Kebanyakannya boleh kita laksanakan dengan mudah, kita cuma perlu
istiqomah dan ambil tindakan!
1. Konsep
Mudarabah
Konsep Mudarabah
adalah sejenis urusan atau perniagaan yang melibatkan orang lain serta
bekerjasama dengan mereka bagi meningkatkan keuntungan. Keuntungan tersebut
kemudiannya dibahagi-bahagi.
Ini dapat memupuk
sifat keusahawanan di kalangan anak muda. Dengan adanya kerjasama seperti
ini, sudah pastinya kita akan dapat manfaat untuk diri sendiri dan masyarakat.
2. Konsep
Empowerment
Siti Khadijah
mengamalkan konsep empowerment dengan memberi kebebasan pekerjanya berfikir,
bertindak serta memberi pendapat tentang kerja yang mereka lakukan.
Sebagai contoh kita
hendaklah tidak mengamalkan autokrasi atau terlalu bossy dengan pekerja, sebaliknya dengarlah
pendapat pekerja dan ambil tindakan yang sewajarnya. (Aali Imran ayat 159,
hadis riwayat Al-Baihaqi).
3. Amalan
Pengurusan Cekap
Amalam pengurusan
yang cekap adalah faktor kejayaan Siti Khadijah, boleh kita
contohi. Bagaimana untuk menjadikan perniagaan lebih cekap?
Ia harus bermula
dengan perancangan yang rapi. Siti Khadijah r.ha sentiasa memikirkan
masalah dalam perniagaan dan penyelesaiannya, serta akibat yang bakal timbul. Oleh
itu, amalan pengurusannya sentiasa cekap untuk menghalang terjadinya masalah.
Lihat surah
al-Nisa’ ayat 58, al-Hasyr ayat 18, al-Isra’ ayat 27. Hadis riwayat al-Baihaqi;
“Sesngguhnya Allah sukai kepada seseorang apabila dia melakukan sesuatu
pekerjaan dilakukan dengan sempurna dan cemerlang (itqan)”.
4. Etika
Pekerja
Etika dan ciri-ciri
pekerja banyak membantu menaikkan lagi perniagaannya. Pekerja berkualiti
yang mengamalkan etika kerja dengan baik seperti menghormati orang lain, saling
bantu-membantu, tidak menindas pelanggan, sopan dan lain-lain lagi adalah
contoh yang harus ada dalam syarikat kita.
Yang lebih penting
lagi, pastikan pekerja kita memelihara solat lima waktu mereka, lebih-lebih
lagi solat pada awal waktu.
Rukun dan syarat
sesuatu pekerjaan dinilai jadi ibadah ada lima;
1. Niat pekerjaannya betul
2. Perkara yang dikerjakan
dibolehkan syariat
3. Pelaksanaannya betul
4. Hasil (natijah) digunakan ke
jalan betul, bukan jalan yang dilarang Islam.
5. Dalam masa melakukan
pekerjaan itu, tidak tinggal atau abaikan perintah wajib, seperti tindak
tinggal solat, tidak melakukan yang haram dan lain-lain yang bertentangan
dengan syariat.
5. Amalan
Nilai Agama
Siti Khadijah
mengamalkan nilai-nilai agama dalam perniagaannya. Kata Abdul Hamid Jaudah
al-Sahhar, Siti Khadijah percaya nilai agamanya mempengaruhi perniagaannya
juga. Beliau suka bertawaf di Baitullah bagi memohon keberkatan Allah
untuk perniagaannya.
Beliau juga sering
bersedekah. Malah, beliau berniat untuk sedekah semua harta benda malah
tulang-belulangnya untuk dijadikan rakit jika Rasulullah SAW perlukannya.
Sungguh menakjubkan.
6. Bijak
Mengurus Harta
Salah satu contoh
cara Siti Khadijah berniaga yang boleh kita contohi adalah dengan bijak
mengurus harta. Beliau menggunakan hartanya untuk dijadikan modal bagi
mengembangkan perniagaannya sehingga mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
Akhir kata, Siti
Khadijah cukup senang untuk berkomunikasi dengan masyarakat Arab ketika itu.
Dengan adanya komunikasi yang baik, ramai yang menyenangi Siti Khadijah dan
menjadikannya sebagai rakan perniagaan dan contoh yang baik.
KHADIJAH BINTI KHUWAILID: MENGINFAKKAN SELURUH HARTA UNTUK DAKWAH
Dalam hidup Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wassalam,
Khadijah binti Khuwailid adalah satu-satunya wanita yang paling tinggi
kedudukannya di hati beliau. Bahkan sekalipun sepeninggal Khadijah, beliau
menikahi beberapa wanita lainnya, namun tetap saja sahsiah Siti Khadijah dianggapnya
tiada tergantikan:
Imam Ahmad dan Imam Thabrani meriwayatkan dari Masruq dari
Siti Aisyah Radiyallaahu ‘anha: “Pada suatu hari, Rasulullah menyebut
(nama Khadijah) dan timbullah kecemburuanku. Lalu aku (Aisyah) berkata kepada
Rasulullah: “Bukankah dia hanya seorang yang sudah tua dan Allah telah
mengganti untuk Engkau orang yang lebih baik darinya?”
Mendengar hal itu, Rasulullah marah dan kemudian
bersabda: “Demi Allah! Allah tidak pernah menggantikan yang lebih baik
darinya. Dia beriman ketika orang-orang ingkar, dia membenarkanku ketika
orang-orang mendustakanku, dia membelaku dengan hartanya ketika orang-orang
menghalangiku, dan aku dikaruniai Allah anak darinya, sementara aku tidak
dikaruniai anak dari istri-istriku yang lain.”
Maasya’ Allah, demikian istimewanya kedudukan Khadijah di
hati Rasulullah, kerana tidak hanya menjadi isteri yang menenangkan dan selalu
memberi sokongan moral dan material, bahkan, Khadijah juga merelakan segala
yang dia miliki untuk membantu perjuangan suaminya.
Rasulullah pernah bersabda: “Wanita dinikahi kerana
empat hal: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecatikannya, dan kerana
agamanya. Maka pilihlah yang beragama agar berkah kedua-dua tanganmu.” (Riwayat
Imam Muslim).
Meskipun tidak ada manusia yang sempurna, namun jika
merujuk hadits di atas… kita akan dapati bahawa Khadijah binti Khuwailid adalah
seorang isteri yang sempurna, dia memenuhi 4 persyaratan tersebut. Dia wanita
yang berharta, kedudukannya tinggi di masyarakat kerana keturunan bangsawan,
wajahnya rupawan, dan agamanya amat baik.
Ketika Rasulullah mendapat penentangan dari kaum Quraisy
yang tidak menerima dakwah beliau, bahkan para bangsawan Mekkah banyak yang
menentang keras risalah beliau dengan melakukan penyiksaan, pengusiran dan
pemboikotan, Khadijah binti Khuwailid mengorbankan semua harta yang dimilikinya
untuk membela misi Rasulullah.
Bahkan ketika kaum musyrik Quraisy melakukan pemboikotan
kepada bani Hasyim dan Bani Muthalib, Khadijah rela meninggalkan rumahnya untuk
bergabung dengan Rasulullah dan Sahabat di Syi’ib (pemukiman) bani Muthalib.
Pemboikotan berlangsung selama tiga tahun dari tahun ketujuh kenabian sampai
tahun kesepuluh kenabian. Kaum muslimin dan kaum kafir dari bani Hasyim dan
bani Muthalib dikepung. Mereka tidak dizinkan melakukan jual-beli dan
bermasyarakat dengan suku lain.
Usia yang telah melampaui 60 tahun saat itu membuat
Khadijah tidak lagi sekuat saat mudanya, apalagi dalam keadaan pemboikotan
membuat kaum Muslimin dilanda kelaparan dan kehausan, hal ini membuatkan Siti
Khadijah semakin lemah. Meski demikian, keimanannya justeru semakin memuncak
dan mantap.
Menjelang usianya yang ke 65 tahun, Khadijah binti
Khuwailid meninggal dunia. Kematian beliau membuat Rasulullah bersedih,
sehingga Rasulullah menyebut tahun meninggalnya Khadijah sebagai “tahun
dukacita”. Dialah salah satu wanita penghulu syurga yang disebut Rasulullah
sebagai sebaik-baik wanita bumi.
Dari Ibnu Abbas radiyallaahu ‘anhu berkata: bahawasanya
Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Para wanita
penghuni syurga setelah Maryam adalah Fatimah binti Muhammad, Khadijah binti
Khuwailid, dan Asiah isteri Fir’aun.” (Riwayat Imam Ahmad).
Semoga para muslimah menjadikan Khadijah binti Khuwailid
sebagai teladannya. Meskipun kekayaan beliau melampaui kekayaan suaminya
sendiri, tak pernah sekalipun dia memandang rendah suaminya, justeru kekayaan
yang dimilikinya dia serahkan pada suaminya untuk dipergunakan dalam jalan
dakwah. Demikianlah kemuliaan Khadijah binti Khuwailid yang layak untuk diambil
iktibar setiap wanita Muslimah.
KEKAYAAN PARA SAHABAT NABI SAW
Dr. Yusuf Ibn Ahmad Al-Qasim di dalam artikelnya yang mana beliau menukil data daripada beberapa buah
buku, antaranya Tarikh Al-Islam dan Sayr A’lam Al-Nubala`.
Dalam buku Fikih Ekonomi Umar karya Dr. Jaribah dan
dalam Al-Tanwir fi Isqath al-Tadbirin karya Imam
Atho’illah, juga dipaparkan tentang kekayaan dan kehidupan ekonomi
para sahabat Rasullullah Saw, yang beberapa orang di kalangan mereka dijamin
Syurga (Alhamdulillah).
1. Kekayaan
Saidina Abu Bakar As-Shidq r.a.
Apabila
kita membaca Sejarah Islam, disebutkan Abu Bakar pernah membebaskan seorang
budak yang merupakan sahabat Nabi iaitu Bilal Bin Rabbah, yang
dijamin akan masuk syurga.
Pada
saat menawarkan tebusannya, majikan Bilal iaitu Umaiyah Bin Khalaf memberi
nilai yang tinggi, iaitu 9 uqiah emas ( 1 uqiyah Emas bersamaan
31.7475 gram emas (tulin) bersamaan RM17,972.58). Saidina Abu Bakar sanggup membayarnya tanpa
tawar menawar. Tentunya bayaran yang dikenakan amat mahal bagi seorang budak
yang berstatus hamba pada ketika itu.
Ini
menunjukkan, kekuatan ekonomi membuat seseorang dapat sumbangkan untuk membela dan menguatkan agama Allah SWT.
2. Kekayaan
Saidina Umar Bin Khattab r.a.
Beliau
salah seorang Sahabat terdekat Rasulullah Saw dan Khalifah Islam kedua setelah
Abu Bakar Al-Shiddiq r.a. dan juga termasuk dalam 10 orang yang dijamin Syurga
oleh Rasulullah Saw.
digelar Umar
Al Faruq (Si Pembeza) kerana ketegasannya dalam menegakkan kebenaran.
Seorang yang keras (tegas/syidda), namun berhati selembut salji, perancang
utama dalam segala hal juga sebagai ‘pemangkin ekonomi’ negara yang sangat
cemerlang.
Semenjak
menjadi Khalifah, beliau hidup dengan sangat sederhana meskipun kaya raya.
Beliau memberikan teladan yang sangat baik bagi kaum Muslimin mengenai konsep
harta dan zuhud agar mencontohi Baginda Rasullullah Saw.
Antara
data kekayaan Saidina Umar yang sebahagian besarnya digunakan bagi tujuan
pembangunan ummah ketika itu ialah:
Meninggalkan harta melebihi 70
ribu ladang pertanian dan asset selainnya yang mana keuntungannya
masih dijana sepenuhnya.
Saidina Umar sangat berhati-hati (dalam
mengurus harta) agar harta kekayaannya itu agar diguna cara betul, khususnya untuk
kepentingan dakwah dan ummah.
Dengan kekayaan, Saidina Umar tidak
sedikit pun menyombongkan diri dan tidak menggunakannya untuk sesuatu yang bersifat
bermewah-mewah dan berlebihan untuk diri dan hal-hal yang tidak penting
(membazir).
Menjelang di penghujung kepemimpinan Saidina
Umar, Saidina Uthman Bin Affan pernah berkata, “Sesungguhnya, sikapmu telah
sangat memberatkan siapapun Khalifah penggantimu kelak.” Ertinya, untuk ikuti
jejaknya, khalifah selepasnya berkemungkinan tidak mampu sepertinya.
Subhanallah
….. semoga kita dapat teladani Saidina Umar Bin Khattab r.a.
3. Kekayaan
Saidina Uthman Bin `Affan r.a.
Khalifah
ketiga setelah wafatnya Saidina Umar Al-Faruq. Beliau merupakan Bangsawan dan
konglomerat Makkah, yang juga dijamin Syurga oleh Rasulullah Saw, kerana
perjuangan dan ketaqwaannya.
Beliau
seorang yang mempunyai peribadi yang sangat soleh, jujur, lembut dan pemalu.
Jasa beliau, menyelaraskan teks Al-Quran telah memberi sumbangan yang teramat
besar dalam penyebaran Islam ke seluruh penjuru dunia.
Antara
data kekayaan Saidina Uthman yang sebahagian besarnya digunakan bagi tujuan
pembangunan ummah ketika itu ialah:
1. Wang Simpanan = 151,000
Dinar (RM1,975,707.00) beserta 1,000
Dirham (RM1,096.00)
2. Mewariskan aset
sepanjang Wilayah Aris dan Khaibar
3. Memiliki beberapa
telaga (sumber air) bernilai 200,000 Dinar
(RM2,616,830.00).
Dalam
Keterangan lain:
Harta
peningglan Saidina Uthman, setelah wafat;
1. Nilai tunai = 30 Juta Dirham = RM30 juta
2. Nilai tunai = 150,000
Dinar = RM1,962,218.00 juta
3. Nilai Sedekah/wakaf = 200,000
Dinar = RM2,616,226.00 juta
4. Unta = 1,000 ekor
(Sumber
: Al-Bidayah wa an-Nihayah, Juz 7, hal. 214, Ibn Katsir)
Segala jumlah yang telah dinyatakan seperti di atas barangkali lebih kecil
berbanding realitinya kerana terdapat beberapa aset dan sedekah beliau yang
tidak dimasukkan antaranya:
1. Pembelian lahan / tanah bernilai 20,000
Dirham = RM22k
2. Hibah sebanyak 950 unta
untuk kelengkapan Perang Tabuk. Nilai unta
RM5,000/ekor. 950 ekor = RM4.7 juta
(wikipedia.org/wiki/عثمان_بن_عفان).
3. Aset tanah (dhiya’) dan kuda yang jumlahnya teramat banyak.
(Tarikh
Ibn Khaldun, Jilid 1)
4. Diriwayatkan juga setelah wafat, beliau
meninggalkan 150,000 Dinar (RM1,961,975.00 juta) dan 1,000,000 Dirham (RM1,100,449.00
juta) di rumahnya, juga tanah-tanah yang tiada batasnya. Nilai total aset yang
dimiliki Saidina Uthman di Wadi al-Qura dan Hunain adalah sekitar 100,000
Dinar (RM1,307,983.00 juta). Termasuk unta dan kuda yang tidak
terhitung banyaknya. [Sumber: Muruj adz Dzahabi, Jilid 1, Hlm 435]
Namun
pada akhir kekhalifahan dan hidupnya, harta yang dimiliki Saidina Uthman r.a.
hanya berbaki dua ekor unta saja. Semuanya (yang tersebut di atas)
diinfaqkan untuk kesejahteraan ummah. Bahkan beliau, semasa menjadi khalifah,
tidak sesekali menerima wang gaji (ma’asy) dari Baitulmaal. Subhanallah,
inilah karakter khas generasi didikan langsung Rasulullah Saw.
4. Kekayaan
Zubair bin Awwam r.a.
Zubair bin Awwam r.a. ialah satu-satunya insan yang hampir setanding
dalam kemahiran bertempur sambil berkuda dengan Khalid ibn Al-Walid r.a. (The
Drawn Sword of God).
Kedua-dua
sahabat ini mampu berkuda sambil kedua-dua tangannya menggenggam pedang, kendalian
kuda dilakukan dengan kakinya. Demikian cekapnya mereka menunggang kuda.
Seperti
diriwayatkan oleh Imam Bukhari (dalam al-Jami’ al-Shahih li al-Bukhariy, Juz 3, hal. 1137),
Zubair RA wafat hanya meninggalkan kekayaan berupa aset tidak bergerak
(tanah), termasuk antaranya adalah sebuah rimba belantara (tanah) seluas 11 ekar,
rumah (besar/daar) di Madinah, 2 (dua) rumah di Bashrah, dan 1 (satu) rumah
masing-masing di Kufah dan di Mesir.
Beliau mewasiatkan 1/3 dari jumlah harta
peninggalannya (tarikah) untuk para cucunya. Lalu 2/3-nya dibagi-bagikan
kepada ahli warisnya.
Beliau memiliki 4 orang isteri yang mana
setiap isterinya mendapatkan warisan senilai 1,200,000 Dirham dari
2/3 jumlah keseluruhan tarikah (Sahih al-Bukhari).
Berdasarkan maklumat ini, berikut adalah kiraan
jumlah keseluruhan nilai kekayaan peninggalan beliau, termasuk yang diwasiatkannya
kepada para cucunya:
Bahagian Isteri = 1,200,000 x 4 (orang
isteri) = 4,800,000 Dirham (RM5.3 juta)
Angka di bawah ini hasil dari pengiraan
mudah yang kita sedia maklum bahawa waris mendapat 1/8 dari jumlah keseluruhan
2/3 tarikah (harta waris) yang mana telah dikurangkan sebanyak 1/3 untuk wasit
sebelum itu.
Jadinya;
1. Total yang diwariskan : 4,000,000
Dirham x 8 = 32,400,000 Dirham = 2/3 jumlah keseluruhan tarikah.
2. Nilai yang diwasiatkan : 38,400,000 / 2
= 19,200,000 = 1/3 jumlah keseluruhan tarikah.
Oleh itu, jumlah akhir tarikah (termasuk
wasiat) adalah = 38,400,000 Dirham + 19,200,000 Dirham = 57,600,000
Dirham, bersamaan RM63,404,633.00 juta.
5. Kekayaan Amr
Bin Al-Ash r.a.
Miliki: 300,000 Dinar emas = RM3.9 juta
6. Kekayaan Thalhah Bin Ubaydillah r.a.
1. Tarikah 1 (tunai)
: 2,200,000 Dirham = RM2.4 juta
2. Tarikah 2 (tunai)
: 200,000 Dinar = RM2.6 juta
3. Sedekah 1 (tanah) : 300,000
Dirham = RM330.151.00.
Sementara
itu, dari sumber lain (al-Thabaqat al-Kubra,Juz 3, hal. 222, Ibn
Sa’d) mengutip bahawa jumlah keseluruhan kekayaan semasa Thalhah
r.a. wafat sekitar 30,000,000 Dirham = RM33 juta.
Dr. Yusuf Ibn Ahmad Al-Qasim menjelaskan, informasi yang terakhir ini disampaikan oleh Muhamad
ibn‘Amr al-Waqidiy yang oleh beberapa ulama diragukan ke-tsiqah-annya.
6. Kekayaan Sa’d ibn Abi Waqqash r.a.
Dalam
sepanjang sejarah peperangan Islam, beliau tercatat sebagai orang yang pertama
kali terkena tusukan anak panah dan pada yang sama beliau juga yang pertama
mengarahkan busur panahnya kepada pihak musuh. Merupakan insan yang terawal
masuk Islam iaitu ke-empat dari kalangan lelaki sebelumnya Abu Bakar, Ali dan
Zayd, radhiyallah ‘anhum.
Nilai
tarikah atau harta warisnya -seperti dikutip oleh Ibn Katsir- sejumlah 250,000
Dirham (al-Bidayah wa an-Nihayah, Juz 8, hal. 84).
7. Kekayaan Abdurrahman bin Auf r.a.
Melebihi seluruh kekayaan para sahabat ! Dalam sekali duduk bersama
Baginda Rasulullah Saw, Abdurrahman bin Auf pernah berinfaq sebesar 40,000
dinar.
Kehebatan
beliau dalam perniagaan tidak dapat untuk kita menyangkalkannya malah Sahabat
Rasullullah Saw ini juga di antara 10 sahabat yang dijamin syurga.
Termasuk generasi Assabiqunal Awwaluun (Orang-orang yang
mengikuti jalan Islam di awal-awal) serta pahlawan Perang Badar dan Uhud.
Teladan yang luar biasa dalam menafkahkan harta di jalan Allah ta’ala.
Beberapa
kisah yang pernah diriwayatkan untuk beliau adalah seperti berikut:
1. Beliau pernah
menginfaq-kan separuh hartanya untuk keperluan dakwah pada awal perkembangan
Islam. Ketika itu Abdurrahman belum dalam kategori “Teramat Kaya”,
sehingga Rasulullah Saw dengan lidahnya yang mulia mendoakan: “Semoga
Allah SWT melimpahkan berkat-Nya padamu, terhadap harta yang engkau berikan.
Dan semoga Allah juga memberkati harta yang engkau tinggalkan untuk keluargamu.” Dan
terbukti, selepas itu Abdurrahman bin Auf semakin kaya dan kaya !
2. Harta benda dengan
nilai yang tidak terhitung ditinggalkan keseluruhannya dengan perasaan yang
amat tenang dan berserah kepada Allah ketika diperintahkan oleh Baginda
Rasulullah Saw berhijrah ke Madinah. (Subhanallah,
beliau benar-benar manusia hebat). “ Aku tidak memerlukan semua
itu, Adakah di sana ada sebarang pasar di mana boleh diperniagakan…” (Sahih Bukhari)
Ketika
Rasulullah Saw memerlukan dana untuk membiayai Perang Tabuk yang mahal atas
kesukaran medan perang yang sulit, jauh serta keadaan kota suci Madinah yang
sedang dilanda musim kering, beliau telah menyumbangkan amal jariah sebanyak 2
Uqiyah Emas (bersamaan RM144,000.00) sehingga Umar Bin Khattab r.a.
berkata, “Sepertinya Abdurrahman berdosa dengan keluarganya kerana tidak
meninggalkan wang belanja sedikitpun untuk keluarganya.” Mendengar ini,
Rasulullah Saw bertanya kepada Abdurrahman Bin Auf apakah dia sudah
meninggalkan nafkah untuk isterinya ?. “Ya”, jawab Abdurrahman. “Mereka
saya tinggalkan lebih banyak dan lebih baik dari yang saya sumbangkan.
“Berapa?” tanya Rasulullah Saw. “Sebanyak rezeki, kebaikan, dan pahala
yang dijanjikan Allah.” Jawabnya. Miskinkah dia setelah itu? Demi Allah,
Tidak !
Ketika
beliau meninggal dunia pada usia 72 tahun, dia mewariskan kepada empat isteri
dan anak-anaknya sekitar 2,560,000 Dinar (RM33,498,886.00 juta). Amirul Mukminin (Khalifah) pada
saat itu iaitu ‘Ali ibn Abi Thalib r.a., berkata kepada jenazah Abdurrahman Bin
Auf, “Anda telah mendapatkan kasih sayang Allah, dan Anda telah berhasil
menundukkan kepalsuan dunia.”
Dalam
keterangan lain yang saya dapati:
Jumlah
aset kekayaan semasa beliau wafat –seperti dikutip oleh Ibn Hajar
adalah 3,200,000 Dinar [dalam anggaran, Ibn
Hajar, al-Fath, Juz 14, hal. 448]. Nilai ini didapatkan dari
maklumat ketika wafat, masing-masing dari empat orang isterinya menerima
sebesar 100,000 Dinar. Dengan mengikuti pembahagian Fara`idh,
maka total tarikah (harta yang ditinggalkannya) adalah :
100,000
Dinar x 4 (orang isteri) x 8 (ashl al-mas`alah) = 3,200,000
Dinar bersamaan RM41,873,607.00 juta.
Sementara itu, terdapat versi lain, Ibn Katsir (al-Bidayah wa an-Nihayah, Juz 7,
hal, 184) mengutip, semasa wafat beliau meninggalkan aset terdiri dari :
·
1,000 ekor unta
- 100 ekor kuda
- 3000 ekor kambing
(di Baqi’)
Kesemua
isterinya yang berjumlah empat orang itu memperolehi (dari harga jual aset
tersebut) sebesar 320,000 Dinar (nilai ini adalah 1/8 dari
total harta diwarisi. Masing-masing isteri mendapatkan 80.000 Dinar, bersamaan
RM1,046,915.00 juta.
Dengan
data ini maka jumlah peninggalan adalah 80,000 x 4 (orang isteri) x 8 = 2,560,000
Dinar bersamaa RM33,619,076.00 juta.
Pertanyaan
yang berlegar di fikiran saya, adakah aset yang disebut Ibn Katsir
di sini berbeza dengan aset yang dikutip oleh Ibn Hajar sebelumnya? Atau aset
yang sama hanya berbeza perhitungan atau perbezaan riwayat?
Sekiranya
aset berbeza, Masya Allah, sungguh ia suatu kekayaan
yang terlalu hebat dan sukar untuk kita bayangkan. Maha Suci Allah,
beliau benar hasanah di dunia dan akhirat.
Diriwayatkan
juga bahawa di saat hendak wafat beliau berwasiat untuk memberikan 400
Dinar kepada para peserta Perang Badr yang masih hidup yang
jumlahnya saat itu sebanyak 100 orang. Jumlah nilai wasiat menjadi 400 Dinar x
100 = 40,000 Dinar, bersamaan RM523,509.00.
Sayyidina
Uthman r.a. dan Sayyidina Ali r.a. termasuk di antara yang menerimanya.
Wasiat
tersebut belum termasuk wasiat yang diberikannya secara khusus kepada para
isteri Baginda Rasulullah Saw yang
masih hidup dengan jumlah yang agak besar juga sehinggakan Aisyah r.a. sendiri
berdoa, “Semoga Allah menyiraminya dengan cairan dari
nektar.” (nektar atau salsabil atau madu bunga adalah cairan yang kaya
dengan gula yang dihasilkan oleh tumbuhan). Belum dikira lagi dengan
budak-budak yang dimerdekakannya secara percuma !

KESEJAHTERAAN UMAT ISLAM
PADA MASA KHULAFA – RASYIDIN
Maha
Suci Allah, bukan hanya sahabat utama yang kaya raya malah, rakyatnya juga
hidup dalam penuh kecukupan.
Diriwayatkan
sewaktu pemerintahan:
Saidina Umar Bin Khattab r.a. (10 tahun memerintah)
1. Mu’az
bin Jabal memberitahu; di Yaman para petugas petugas zakat menghadapi kesulitan
mencari seorang miskin yang layak diberi zakat (Al-Amwal, hal 596).
2. Mampu
menggaji para guru di Madinah dengan bayaran masing-masing sebanyak 15 Dinar
per bulan, lebih kurang RM200.00 (Ash-Shinnawi, 2006)
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz r.a. (3 tahun memerintah)
1. Yahya
Bin Sa’id (petugas zakat) berkata,“Ketika hendak membahagikan zakat, saya tidak
menjumpai seorang miskin pun. Umar bin Abdul Aziz telah mengurus setiap
individu rakyat pada waktu itu dengan ‘saraan hidup’ begitu cukup sehingga
tiada yang berada pada paras kemiskinan.” . (Ibnu Abdil Hakam, siroh Umar
bin Abdul Azis, hal 59)
2. Surat
Gabenor Bashrah,“Semua rakyat hidup sejahtera sampai saya sendiri khuatir
mereka akan menjadi takabbur dan sombong.” (Al-Amwal, hal 256)
Bagaimana
teman-teman? Masih beralasan untuk tidak mahu berusaha menjadi seorang yang
kaya raya? Mungkin teraju pertanyaan; bagaimanakah caranya? Antara tips mudah
adalah sering mengamalkan solat dhuha, tahajjud dan bermohon kepada Yang Maha
Pemberi !. Nanti akan terbuka ‘pintu rezki’ melalui jalan yang tidak
disangka-sangka, (min
hai sula yah tasib – surah 65, al-Talaq ayat 2-3).
JANGAN SESEKALI TERLENA DENGAN HARTA
Dalam
Quran Allah ingatkan akan hancur orang bermewah-mewah (Surah 17, Isra’ ayat 16).
“Dan jika Kami hendak membinasakan sesebuah
negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu
(supaya menaati Allah), tetapi mereka melakukan
kederhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya
perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu
sehancur-hancurnya.”
Terhadap mereka Allah datangkan bala’ secara
tiba-tiba; “...tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau
siang.” (Surah Yunus ayat 24).
Menurut pendapat lain, Kami perintahkan mereka untuk mengerjakan ketaatan,
tetapi sebaliknya mereka mengerjakan perbuatan-perbuatan yang keji, sebab itu
mereka berhak mendapat hukuman. Demikianlah menurut riwayat ibnu Juraij, dari
Ibnu Abbas, dan pendapat yang sama dikatakan pula oleh Sa'id ibnu Jubair.
Al-Aufi telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas sehubungan dengan makna
firman-Nya: “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami
perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya
menaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu.” (Al-Isra:
16) Yakni Kami perbanyak bilangan mereka, yakni penyokong mereka makin
bertambah, atas dasar istidraj, bukan kerana Rahmat.
Allah beri rezki kepada sesiapa
yang dikehendaki (Ra’du/26)
Suatu hari seorang lelaki miskin
datang kepada Siti Aisyah r.a., Aisyah pun memberinya sedekah. Lalu Aisyah
memanggil pembantunya Barirah dan menyuruhnya memperhati dan selidiki lelaki
itu sama ada dia benar-benar miskin atau berpura-pura menjadi miskin. Melihat
kejadian tersebut, Rasulullah Saw kemudian menegur Aisyah dengan sabdanya; “Jangan
kamu berkira-kira dalam memberi sedekah kerana Allahpun tidak pernah
berkira-kira dalam memberikan rezeki kepada kita.” (Riwayat Imam
Nasa’i, Imam Ibnu Hibban, Imam Ahmad dan Imam Haitami).
Dalam
kesempatan lain Rasulullah Saw juga menganjurkan: “Wahai Aisyah,
berlindunglah dari api neraka meski hanya dengan bersedekah separuh biji kurma,
sungguh separuh biji kurma itu mengisi perut orang yang lapar sama seperti ia
mengisi perut orang yang kenyang.” (ertinya, walaupun separuh, biji
kurma itu sudah cukup mengenyangkan bagi orang-orang yang sedang kelaparan),
(Riwayat Imam Ahmad dan Munziri).
Suatu
riwayat, seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi Saw, dia dalam keadaan
susah, dia tinggal bersama adiknya, dia seorang sahaja yang bekerja mencari
rezeki, sebaliknya adiknya tidak bekerja, dia (cuma) sering datang belajar
kepada Nabi Saw. Abangnya datang dengan keluhan mengadu kepada Nabi Saw,
Baginda Saw bersabda; “Boleh jadi kamu diberi rezki kerananya…” (Riwayat
Imam Tirmizi).
Dari
Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah sedekah itu
mengurangkan harta…” [Riwayat Imam Muslim, hadis 4689]
Rasulullah
Saw (berpengalaman) sebagai seorang Pemimpin dan Usahawan yang sejati.
Kemenangan demi kemenangan (setelah menempuh pelbagai ujian) terus diraih
(dicapai), demikian juga ‘kekayaan’ selalu mengejar-ngejar beliau, sehingga
ketika beliau menjadi Pemimpin tertinggi, (dengan berkatnya) kekayaan negara
pun melimpah ruah. Pengalaman itulah yang menyebabkan beliau tidak pernah risau
dan bimbang dengan rezki. “…Yang telah
memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan rasa lapar dan mengamankan
mereka dari ketakutan.”
(Surah 106, Quraisy ayat 4).
Puncaanya,
beliau Saw dahului kejar takwa, kemudian ‘dunia kejar’ beliau pula. Bak kata
bidalan (hukama’); “Bila kita kejar dunia (bererti dunia berada di hadapan), ia
akan terus berlari kencang tinggalkan kita. Tapi bila kita tinggal ia di
belakang, bererti ia (dunia) akan kejar kita.”
DOA NABI SAW YANG MEMERANJATKAN UMATNYA
Tetapi
tahukah anda, ada salah satu doa yang beliau Saw ucapkan sehingga Aisyah
terkejut ?.
Aisyah
mendengar Rasulullah Saw berdoa : “Ya Allah, jadikanlah gaya hidupku
seperti gaya hidup orang miskin, cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin, lalu
kumpulkanlah aku pada Hari Kiamat bersama kelompok orang miskin.”
Mendengar
doa itu Aisyah lalu bertanya, “Mengapa engkau berdoa seperti itu wahai
Rasulullah ?”,
Beliau
menjawab: “Orang-orang miskin akan masuk Syurga 40 tahun lebih awal dari
pada orang-orang kaya, wahai Aisyah jangan menolak (menyisih) orang-orang
miskin, meskipun engkau hanya mampu memberi separuh biji kurma, cintailah orang
miskin dan dekati mereka kepadamu agar Allah juga mendekatkanmu kepada-Nya pada
Hari kiamat nanti.” (Riwayat Imam Tirmizi, Imam Baihaqi dan Munziri).
Mengapa
Nabi berdoa demikian, apakah kita tidak boleh kaya raya ? Rasullullah Saw bukan
orang miskin, beliau Pemimpin yang kaya raya, tetapi gaya hidup diri dan
keluarganya kelihatan seperti gaya hidup orang yang paling miskin. Pernah dalam
40 malam rumah beliau tidak kelihatan ada api yang menyala, ertinya tidak ada
bahan makanan yang boleh dimasak di atas dapur yang apinya dinyalakan. Beliau
hanya makan beberapa biji kurma dan air sahaja.
Ketika
beliau wafat hampir tidak ada harta warisan yang beliau tinggalkan, sebelum wafat
seluruh kekayaannya diwakafkan dan disedekahkan untuk perjuangan Islam, jadi
apakah tidak logik akan doa Rasulullah Saw tersebut ?
Kita
wajib berusaha menjadi kaya raya selama umur kita masih produktif, kerana di
dalam harta ada kewajiban berzakat, haji dan sedekah. Umat Islam patut faham,
yang tersirat di sebalik perintah solat dan zakat, bererti sebelum mengerjakan
solat kita wajib berpakaian, untuk ada pakaian, kita wajib bekerja cari wang.
Demikian untuk berzakat, kena ada harta, nak dapat harta tentu kena kerja
keras. Dalam al-Quran tidak kurang daripada 27 hingga 32 ayat yang
menggandingkan perintah dirikan ‘solat’ dan tunaikan ‘zakat’ beriringan.
Contohnya, surah al-Baqarah 43 dan 110, surah al-Nur ayat 56 dan lain-lain.
Bila
Allah gandingan perintah solat dan zakat, ertinya kewajiban menunaikan dua
jurusan tersebut dalam aktiviti kehidupan, iaitu Hablul minAllah dan Hablum
minannas kena lakukan serentak. Sekiranya dilakukan satu bidang sahaja kita
diingatkan akan jadi umat yang terhina.
Firman
Allah Swt; “Mereka diliputi (ditimpa) kehinaan di mana saja mereka berada,
kecuali (tidak ditimpa kehinaan) jika mereka berpegang kepada ‘tali (agama)
Allah’ (habul minAllah) dan tali (perjanjian) dengan manusia(hablul
minannas)…” (Surah 3,
Aali Imran ayat112”
Namun, kebanyakan
di antara kita hidup mewah serta serba cukup, kerana banyak berusaha di bidang
Fardhu Kifayah (hablul minannas), tetapi tidak menginfakkan sedikitpun
harta ke jalan Allah. Ertinya, amalannya tidak seimbang.
Mereka lupa hadis Nabi Saw, dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu,
dia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga
perkara (iaitu): Sedekah jariyah,
ilmu yang dimanfaatkan dan do’a anak yang soleh” (Riwayat Imam Muslim no.
1631).
“Tidaklah sedekah itu mengurangkan
harta…” [Riwayat Imam Muslim, hadis 4689]
Orang
yang mengejar ‘kekayaan’ semata-mata, namun usahanya diizinkan Allah berjaya, ketahuilah
kejayaan itu adalah kerana ‘istidraj’, bukan ‘Rahmat’ Allah, yang kelak di
akhirat dihumban ke dalam neraka. Wallahu
a’lam.
PERNIAGAAN NABI MUHAMMAD SAW DAN PARA SAHABAT
BEBAS DARIPADA UNSUR RIBA, MONOPOLI, PEMERASAN, DAN PENIPUAN
Model perniagaan Islam yang dibawakan oleh baginda menekankan etika,
kejujuran, dan keadilan bagi memastikan setiap urus niaga membawa keberkatan
kepada penjual dan pembeli.
Berikut adalah penjelasan bagaimana perdagangan Islam menghindari
amalan-amalan negatif tersebut:
1. LARANGAN RIBA (BUNGA/FAEDAH)
Keadilan Kewangan: Islam mengharamkan riba
kerana ia merupakan keuntungan atas pinjaman wang tanpa melibatkan sebarang
usaha atau risiko perniagaan yang sebenar.
Dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 278-279;
dengan tegas, Allah dan Rasul istihar perang ke atas pengamal riba.
“Rasulullah Saw melaknat pemakan riba, pemberi
riba, penulisnya , dan saksinya.” Baginda bersabda lagi, “Mereka
semua sama.” (Hadis Riwayat Muslim 1598).
Maksud penulis berkaitan riba, ialah orang yang
sediakan surat perjanjian, kerani atau peguam juga saksi-saksinya dianggap
“sama”, iaitu sama-sama tanggung dosa, dan jika tersabit dengan kes-kes riba,
di akhirat nanti semuanya masuk neraka.
Sistem Alternatif: Nabi SAW dan para sahabat mengamalkan
sistem Mudharabah (perkongsian keuntungan) dan Musyarakah (usaha
sama). Dalam sistem ini, keuntungan dan kerugian dikongsi bersama secara adil.
Kadar pembahagian mudharabah ikut pada perjanjian yang dipersetujui bersama,
50% = 50%, 60% = 40%, tapi tidak melebihi atau kurang daripada 70% = 30%.
Nabi Saw sendiri amalkan sistem mudharbah semasa berkongsi
berniaga dengan Siti Khadijah.
Iaitu modal: harta/wang + Tenaga. Siti Khadijah sediakan modal harta
dan wang, Nabi Saw sediakan modal pengalaman dan usaha
(tenaga).
Keuntungan bersih, setelah ditolak kos pengurusan (overhed)
dimudharabahkan (50% = 50%). Itulah cara yang adil. Tetapi paling tidak disukai
oleh golongan yang amalkan “sistem kapitalis”, terutama Yahudi.
Yahudi lebih sukan amalkan sistem kapitalis yang berunsur zalim
(tak adil), memeras, ketepikan ‘tolak-ansur’, terutama dalam hutang piutang,
dikenakan riba (bunga/interest) yang tinggi. Kalau tertunggak (hutang) tak
terbayar, ‘cagaran’ dirampas dan dilelong.
Semua bentuk penzaliman dihapuskan oleh Rasulallah Saw setelah ditegakkan
sistem ekonomi Islam bermula di Madinah. Sistem ini masih ada peruntukannya
dalam Ekonomi Islam, tetapi sekarang budaya itu telah dipintas oleh sistem
kapitalis, terutama dalam urusan Perbankan, walaupun berlabelkan Islam, tetapi
operasinya sama dengan sistem kapitalis. Kerana induk perbankan masih dikontrol
oleh regim ekonomi Rothschild, bapak kapitalis dunia yang kontrol dan monitor
sistem ‘perbankan dunia’ hari ini. Terasnya adalah RIBA.
Nabi Saw telah beri isyarat (nubuwwah) petanda Akhir Zaman umatnya akan
terlibat dengan pelbagai jenis riba, kalau tidak secara langsung, debu-debu
riba terkena juga.
Sabda Nabi SAW dalam Hadits Ibnu Majah 2269
menjelaskan bahawa umat Islam di akhir zaman akan terdedah kepada riba secara
langsung atau tidak langsung.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW
bersabda bahawa akan tiba suatu zaman di mana tiada seorang pun manusia
melainkan akan memakan riba. Jika seseorang tidak memakannya secara langsung,
dia tetap akan terkena ‘debu’ atau wapnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu
Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad.
Sistem kewangan, urus
niaga, dan muamalat global hari ini sukar dielakkan sepenuhnya. Walaupun seseorang berusaha menjauhi pinjaman
atau pelaburan berunsur riba, unsur syubhah dan habuk riba tetap menyerap ke
dalam kehidupan bermasyarakat akibat sistem ekonomi yang menyeluruh.
Oleh itu, umat
Islam dituntut supaya sentiasa bermuhasabah, berusaha semaksimum mungkin
mencari sumber rezeki yang halal, dan menjauhi segala bentuk muamalat yang
diharamkan.
Kerana Nabi Saw telah
peringatkan: “Akan datang pada manusia satu zaman yang
tidak terlepas seorang pun kecuali dia akan memakan riba. Jika dia tidak
memakannya maka dia tetap akan terkena asapnya (dalam riwayat yang lain
disebutkan: Debunya).” Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud (hadis no.
3331) daripada Abu Hurairah Ra.
Allah dan Rasul-Nya telah istiharkan perang terhadap riba, tapi
kenapa umat Islam tidak turut sama perangi riba…(?).
2. LARANGAN MONOPOLI (IHTIKAR)
Menimbun Barang: Nabi SAW melarang keras perbuatan ihtikar,
iaitu membeli barang keperluan (seperti makanan) dan menimbunnya dengan niat
untuk menaikkan harga apabila barang menjadi nadir.
Pasaran Bebas yang Adil: Baginda memastikan
pasaran bergerak secara semula jadi berdasarkan permintaan dan penawaran tanpa
ada pihak yang memanipulasi bekalan untuk mengaut keuntungan melampau.
3. LARANGAN PEMERASAN (ZULM)
Tiada Paksaan: Perniagaan dalam Islam mestilah berasaskan
keredaan kedua-dua belah pihak (An-Taradin).
Mengambil Kesempatan: Baginda melarang
peniaga mengambil kesempatan atas kesempitan hidup orang lain, seperti
menetapkan syarat yang menindas pembeli atau peminjam orang yang sedang
terdesak.
4. LARANGAN PENIPUAN (GHARAR DAN TADLIS)
Ketelusan Maklumat: Nabi SAW mewajibkan
penjual untuk menyatakan cacat cela atau kerosakan pada barang yang dijual
secara jujur.
Larangan Menyorok
Kecacatan: Dalam satu hadis terkenal, Nabi SAW menegur seorang peniaga yang
meletakkan gandum yang basah di bahagian bawah dan gandum yang elok di bahagian
atas.
Baginda bersabda: “Sesiapa
yang menipu, maka dia bukan daripada kalanganku.” (Hadis Riwayat Muslim).
Menyukat dengan
Adil:
Para sahabat sangat tegas dalam memastikan timbangan dan sukatan dilakukan
secara tepat tanpa dikurangkan.
Kesimpulan: Prinsip perniagaan beretika yang
diasaskan oleh Nabi SAW bukan sahaja melahirkan usahawan yang kaya-raya seperti
Abdul Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan, malah berjaya membina
ekosistem ekonomi yang harmoni, stabil, dan bebas daripada penindasan sosial.
TAWARAN HEBAT BUAT USAHAWAN JUJUR
Allah Swt dalam al-Quran ada menawarkan perniagaan yang
tidak pernah rugi (Surah 61, al-Saff ayat 10-13) dan (Surah 35, Fathir ayat 29).
Tersebut dalam satu hadis dari Abu Said bahawa Rasulullah
SAW bersabda, “Peniaga yang benar lagi amanah (dihimpunkan di akhirat)
bersama-sama dengan para nabi, siddīqīn, syuhadāʾ.” (Tirmidzi, Dārimi dan Dāraqutni. Hadis Hasan menurut
al-Tirmizi)
Rasulullah SaW bersabda dalam hadis lain: “Seorang
pedagang yang amanah, jujur, dan muslim akan bersama para syuhada pada hari
kiamat.” (Hadis Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim)
Di dalam hadis lain daripada Anas bin Malik RA; “Seorang
pedagang yang jujur berada di bawah naungan Arasy pada hari kiamat.” (Hadis
Riwayat al-Asfahani dalam kitabnya al-Targhib)
Dan daripada Ibn Abbas RA: “Seorang pedagang yang jujur
tidak akan dihalang daripada pintu-pintu (masuk) syurga.” (Hadis Riwayat Ibn
al-Najjar)
Antara kaedah mendapatkan sifat peniaga jujur dan amanah
adalah:
1. KEJUJURAN DAN AMANAH
Rasulullah Saw bersabda:
“Pedagang yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, siddiqin,
dan syuhada.” (Hadis Riwayat Ya’la, al-Darimi 2539, al-Tirmizi 1209, dan
disahihkan dalam Silsilah al-Sahihah 9/240)
Dalam hadis lain, Abu Dawud meriwayatkan daripada Abu
Hurairah bahawa Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Aku
adalah pihak ketiga dalam perkongsian selama salah seorang tidak mengkhianati
yang lain. Jika dia mengkhianati, Aku keluar daripada mereka’.” (Hadis Riwayat
Abu Dawud, Kitab al-Buyu', Bab fi al-Syirkah)
Baginda juga bersabda: “Dua orang yang berjual beli
berhak membuat pilihan (untuk meneruskan atau membatalkan) selagi belum
berpisah. Jika mereka berlaku jujur dan menjelaskan keadaan sebenar, urus niaga
mereka diberkati. Jika mereka berbohong dan menyembunyikan fakta, keberkatan
akan dihapuskan.” (Hadis Riwayat Bukhari 2110 dan Muslim 1532)
2. MENJAUHI PENIPUAN DALAM JUALAN DENGAN SUMPAH PALSU
Rasulullah Saw bersabda: “Tiga golongan yang Allah tidak
akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat, tidak akan melihat mereka, dan
tidak akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih, iaitu; orang yang
melabuhkan pakaiannya (dengan sombong), orang yang melariskan barangnya dengan
sumpah palsu, dan orang yang mengungkit pemberiannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
3. NASIHAT UNTUK KEBAIKAN SEMUA MUSLIM
Daripada Jarir bin Abdullah, beliau berkata: “Aku telah
berbai’ah dengan Nabi Saw untuk taat dan patuh, serta memberi nasihat kepada
setiap Muslim.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. MENJAUHI PENIPUAN DALAM PERNIAGAAN
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه,
bahawa Nabi Saw berjalan melewati seorang lelaki yang menjual makanan. Baginda
memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan itu, lalu mendapati ia basah.
Baginda bersabda: “Sesiapa yang menipu kami, dia bukan daripada golongan kami.”
(Hadis Riwayat Muslim)
5. MENJAUHI RIBA
Allah berfirman: “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan
sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sangat ingkar lagi banyak
dosa.” (Surah al-Baqarah: 276)
Nabi Saw bersabda : “Rasulullah Saw melaknat pemakan
riba, pemberi riba, penulisnya, dan saksinya.” Baginda
bersabda lagi, “Mereka semua sama.” (Hadis Riwayat Muslim 1598)
6. KEMUDAHAN DALAM URUSAN JUAL BELI
Nabi Saw bersabda: “Allah merahmati seseorang yang
bersikap belas ehsan ketika menjual, membeli, dan menuntut hak.” (Hadis Riwayat
Bukhari)
7. SEDEKAH TAMBAH HARTA
Tiga jaminan Allah dalam satu hadis pendek; Dari Abu
Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah sedekah itu mengurangkan
harta. Tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba kerana kemaafannya
melainkan kemuliaan. Dan tidaklah seseorang merendah diri kerana Allah
melainkan Allah meninggikannya. [Sahih Muslim, hadis 4689; Mishkat al-Masabih,
Kitab Zakat, Halaman 116, Hadis 1889].
Huraian Ringkas;
1. “Sedekah tidak
mengurangkan harta”
Imam al-Nawawi
menjelaskan bahawa ia boleh difahami dalam dua bentuk: Allah memberikan barakah
dan menggantikan harta yang disedekahkan sehingga kekurangan zahir itu
ditampung; atau Allah menyediakan ganjaran akhirat yang jauh melebihi nilai
harta yang dikeluarkan. Jadi secara angka wang mungkin berkurang, tetapi dari
sudut keberkatan dan nilai di sisi Allah, ia tidak menjadi kerugian.
2. “Memaafkan tidak
menambah kecuali kemuliaan”
Seseorang mungkin
menyangka bahawa memaafkan orang yang menzaliminya menjadikannya kelihatan
lemah. Hadis ini membalikkan sangkaan tersebut: kemaafan yang dilakukan ketika
seseorang sebenarnya mampu membalas boleh menjadi sebab Allah menambah
kemuliaannya, sama ada pada pandangan manusia atau kedudukannya di akhirat.
3. “Tawaduk kerana
Allah, Allah akan mengangkatnya”
Tawaduk bukan
bermaksud menghina atau merendahkan nilai diri. Ia ialah tidak sombong, tidak
merasa diri lebih tinggi daripada orang lain dan tunduk kepada kebenaran kerana
Allah. Orang mungkin menyangka tawaduk merendahkan kedudukannya, sedangkan
Allah menjanjikan sebaliknya — Allah yang akan mengangkat darjatnya.
Pengajaran Hadis
1. Jangan takut
miskin kerana bersedekah apa yang keluar kerana Allah bukan kerugian; ada
keberkatan, gantian atau pahala yang lebih besar.
2. Jangan anggap memaafkan
sebagai kelemahan: mampu membalas tetapi memilih kemaafan kerana Allah adalah
kekuatan yang membawa kemuliaan.
3. Jangan kejar kemuliaan dengan kesombongan
: semakin seseorang benar-
benar tawaduk kerana Allah, semakin Allah
berkuasa mengangkat kedudukannya.
Menariknya,
ketiga-tiga bahagian hadis ini membetulkan tiga ilusi manusia: memberi
nampak seperti rugi, memaafkan nampak seperti kalah, dan merendah
diri nampak seperti jatuh. Rasulullah Saw mengajar bahawa di sisi Allah,
hakikatnya adalah sebaliknya.
JAUHI PERKARA HARAM DALAM PERNIAGAAN
Islam amat menggalakkan aktiviti perniagaan.
Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan.
Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah
SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah
datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia
mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah
dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi
memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh
memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.
Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai
aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul
SAW.
Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti
peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para
nabi, orang soleh dan syuhada’.
Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar
dari batasan syariat Islam maka ia tidak lagi dianggap ibadat, tapi aktiviti
yang boleh mendatangkan padah kebinasaan sama ada di dunia dan di akhirat.
Perkara
Yang Diharamkan Dalam Perniagaan
Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan
digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara
perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dipatuhi. Bagi menjamin kemaslahatan
manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara
dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti
perniagaan ialah:
1. Riba.
Telah dijelaskan di atas, riba merupakan
perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah
halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah
satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan
secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.
Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang
tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat
penangguhan tempoh. Dalam surah al-Baqarah, ayat 278-279 bahawa Allah dan
rasul memerangi ke atas pengamal riba.
Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan
riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT
ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas
dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan,
membuat pelaburan dan seumpamanya.
2. Memeras Ugut Dan
Megambil Harta Dengan Cara Yang Batil
Islam juga mengharamkan perbuatan memeras
ugut serta tindakan megambil harta orang lain dengan cara yang batil (salah).
Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku
dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya,
judi dan seumpamanya.
Sekiranya seseorang berkeinginan kepada
barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka dia boleh
mendapatkannya melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang
dianggap sebagai cara yang salah dan batil.
Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut
dan megambil harta orang lain dengan cara yang batil ini, jelas disebutkan
dalam sural al-Nisa ayat 29.
Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini
menyatakan bahawa Allah SWT melarang hambanya yang beriman dari memakan
harta sesama mereka dengan cara yang batil iaitu dengan pelbagai perbuatan yang
tidak syarie seumpama riba, judi dan seumpama dengannya dari
pelbagai jenis helah yang menjuruskan kepada riba (Ibn Kathir, Ismail bin
Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimashqi, Tafsir al-Quran al-azim, Dar Thibah Lil
Nashr wa al-Taizi’, 1999/1420H, jld.2, hlm.268).
3. Menipu Dan
Bersumpah Bagi Melariskan Barangan.
Dalam keghairahan mempromosi dan menarik
pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang
jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang
beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang
bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu adalah melakukan suatu helah untuk
kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.
Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam
aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan
dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang
palsu.
Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah
perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan
seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota
ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar
adalah sebaliknya.
Hadis Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa
Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan
tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya
basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki
itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.
Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah
atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu, ia bukan
dari agamaku (yang sempurna). (Imam Muslim)
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya dia telah mendengar
rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga.
Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan
barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.
Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai
peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama dia hendaklah
mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan
melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.
4. Rasuah
Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar
dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti
perniagaan. Sesetengah orang beranggapan rasuah/ duit kopi/
duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini
kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang
penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas,
memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after
sale servis yang dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak dapat
dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.
Setengah mereka berselindung dengan
menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/
bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza
dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk
mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar.
Sedekah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan
pahala dari Allah SWT semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang
dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.
Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang
berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam
perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah; “..Dari Abdullah bin Amru katanya,
Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.
Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi
termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah dilarang sama sekali
dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang
beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar keberkatan dan
kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.
5. Memonopoli
barangan (ihtikar)
Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam
juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan
seperti gula, beras, minyak dan seumpamanya biasanya dibuat para peniaga agar
barangan keperluan berkurangan dipasaran dan hasilnya harga barangan tersebut
dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal. Dengan itu, perniaga akan
mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.
Perbuatan terkutuk ini adalah dilarang dalam
Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan kesulitan kepada masyarakat awam,
khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Dalam
satu hadis Rasullah SAW bersabda;
Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli barangan
(ihtikar) maka dia telah melakukan kesalahan. Yakni dia telah tersasar jauh
dari perkara yang sebenar dan keadilan. (Imam Muslim)
Bentuk monopoli yang diharamkan dengan cara
para perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan
harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.
Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini
adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan terhadap masyarakat umum.
Para fuqaha telah berijmak pendapat bahawa;
sekiranya seseorang mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain; sedangkan
orang lain sangat memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan
bagi pemerintah untuk memaksa pemilik makanan tersebut supaya menjual makanan
yang berada dalam simpanannya. Tujuannya adalah bagi menolak kemudaratan
terhadap masyarakat. (Lihat: Al-Banhawi, Mohd Abdul fattah, Fiqh
al-Muamalat Dirasah al-Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, 1999, hlm. 223)
6. Larangan
Kurangkan Kadar Sukatan dan Timbangan
Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam
perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi
mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan
sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam.
Termasuk juga dalam kategori tidak sempurnakan sukatan dan timbangan, iaitu
perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.
Bagi menunjukkan hina dan tercelanya
perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini, Allah SWT telah
menemplak peniaga yang berbuat demikian. Dalam surah al-Mutaffifin 1-3, “Kecelakaan
besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka
apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya
dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk
orang lain, mereka kurangkan.
Terdapat banyak ayat yang memerintahkan agar
disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti pernigaan. Antaranya firman
Allah dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya: “…dan sempurnakanlah
sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang
demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang
mendatangkan pahala di akhirat kelak).”
Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT
berfirman, Maksudnya: dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil,
serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Semua ayat tersebut memerintahkan agar
disempurnakan timbangan dan sukatan. Bahkan dalam surah al-Isra’ tersebut,
Allah SWT turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di
akhirat bagi mereka yang berbuat demikian. Namunpun demikian, wajar diingatkan
bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak diendahkan, ia boleh
menyebabkan turunnya bala dan azab Allah SWT, sebagaimana berlakunya terhadap
penduduk Madyan, kaum nabi Syuib.
7. Larangan Membeli
Barangan Yang Dicuri, Diragut Atau Dirampas Tanpa Hak
Islam melarang dan menegah sama sekali
sebarang bentuk transaksi jual beli yang melibatkan barangan curi, ragut dan
seumpamanya, kerana ia adalah sebahagian dari bentuk tolong-menolong kepada
dosa dan permusuhan, bukannya kepada kebaikan dan ketakwaan.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan Abi Hurairah,
dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa membeli barangan
curi, sedangia tahu barang itu adalah dicuri, maka dia telah berkongsi sama
(dengan pencuri) pada aib dan dosanya.
Masalah ini adalah sama dengan keadaan orang
yang menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata kepada orang yang
dia tahu akan digunakannya untuk memudharatkan orang lain. Jual beli dalan
situasi seumpama ini adalah haram kerana ia seumpama menolong ke arah berbuat
dosa dan permusuhan. Perihal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW:
Ibnu Umar berkata: Rasulullah SAW
bersabda, Allah melaknat arak, peminum, penghidang, penjual,
pembeli, pemerah, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa
kepadanya”
Dari Imran bin Husain, “Sesungguhnya Rasulullah melarang menjual senjata di
tengah-tengah keadaan sedang berlangsungnya fitnah (perselisihan)”
Seumpama itulah juga, haram dan berdosanya
perbuatan menjual apa-apa barangan yang membawa kepada kerosakan akhlak dan
membantu kepada tersebar luasnya perkara yang keji dan hina seumpama fitnah dan
sebagainya.
8. Haram Jual Najis
Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang
haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti
arak, babi, anjing, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk
perniagaan barangan najis ini kerana ia boleh mendatangkan mudarat dan
kerosakkan dimuka bumi.
Dari Jabir bin Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada
tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya telah
mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.
Demikian adalah antara perkara-perkara yang
diharamkan dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan. Kesemua larangan dan
tegahan yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan
syariat Islam. Semua perkara yang haramkan ini adalah perkara yang boleh
mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia.
Sekiranya semua
manusia bepegang teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan
mendapat rahmat Allah SWT dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
[https://pic.upm.edu.my/artikel/perkara_haram_dalam_perniagaan-76759]
PENIAGA: ANTARA SYURGA DAN NERAKA
Melihat muslim
menjadi peniaga terututama dalam negara ini amat menggembirakan. Betapa kita
ingin agar kekuatan ekonomi umat Islam ini berkembang. Sejak dahulu, saya
berkempen agar muslim membantu perniagaan muslim. Membeli dan menghulurkan
sokongan agar mereka berjaya. Ekonomi adalah satu kekuatan yang boleh
menentukan perjalanan sesebuah masyarakat. Sementara kelemahan ekonomi pula
mendedahkan sesebuah masyarakat kepada penghinaan dan percaturan pihak lain.
Secara kolektif, disebabkan ‘majoriti’ kita memiliki ‘purchasing power’ yang
tinggi. Lihat saja, apabila umat Islam di negara ini ingin memboikot produk
pro-zionis, syarikat-syarikat berkaitan mula gelisah dan cuba mencari pelbagai
pendekatan menawan semula perasaan kita.
Jika kita tolong-menolong membantu perniagaan saudara kita, kita melaksanakan
apa yang Nabi s.a.w sabda: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang
lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Sifat
Peniaga Muslim
Apabila muslim berniaga, dia sepatutnya membawa nilai-nilai mulia yang diajar
oleh Islam semasa mengendalikan perniagaannya. Peniaga yang baik dan jujur
mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah pada hari Kiamat kelak. Betapa
banyaknya pengorbanan dan kesungguhan diperlukan untuk menjadi peniaga yang
jujur sehingga Nabi s.a.w bersabda: “Peniaga yang benar dan amanah bersama
dengan para nabi, siddiqin dan
golongan mati syahid” (Riwayat al-TIrmizi, bertaraf ‘hasan’).
Hadis ini menggalakkan muslim berniaga tetapi hendaklah bersifat jujur dan
amanah. Perniagaan di samping ia sumber rezeki, ia juga boleh menjadi sumber
pahala yang membawa seseorang ke syurga dan darjat yang mulia.
Peniaga yang jujur lagi amanah pasti tidak akan terlibat dengan perkara-perkara
yang haram, menipu, memungkiri apa yang dijanjikan, mengelirukan pembeli,
memutar belit dalam urusan dan segala sifat-sifat yang buruk dan keji. Urusan
perniagiaan penuh kehormatan. Maka layaklah dia bersama dengan para nabi,
siddiqin dan syuhada. Dalam konteks seperti Malaysia, dia boleh memberikan
mesej yang baik tentang kemuliaan ajaran Islam kepada pihak lain.
Penipuan
dan Khianat
Dalam masa
yang sama, peniaga juga terdedah untuk menjadi pendusta dan pengkhianat jika
dia tidak berakhlak. Menipu apa yang diberitahu kepada pembelinya dan
mengkhianati mereka dalam keadaan mereka tidak sangka.
Dalam skala besar, ahli-ahli perniagaan yang mendapat projek-projek mega yang
diwujudkan untuk kepentingan negara dan awam bukan sedikit yang menipu dalam
pelbagai cara; kos, kualiti, pengurusan dan lain-lain. Ini menyebabkan negara
dan rakyat terpaksa menanggung kos yang tinggi ataupun kualiti hasil kerja yang
rendah, ataupun kedua-duanya sekali.
Penipuan harta
awam dan kezaliman mereka mengakibatkan rakyat terpaksa menerima hasil yang
tidak sepatutnya seperti jambatan, bangunan yang rosak dan bahaya. Dosa mereka
ini terlalu besar. Tidak boleh dipadamkan dengan sekadar menderma untuk binaan
masjid dan surau. Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan
pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat
kebaikan dan benar” (Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan
lain-lain. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Dipersetujui oleh al-Zahabi).
Banyak contoh lain yang boleh kita sebut. Di Malaysia umpamanya, ramai orang
melayu muslim menjual pelbagai ‘ubatan’, makanan tambahan dan seumpamanya.
Pelbagai dakwaan yang sebahagianna tidak terbukti benar, tapi diwujudkan bagi
menarik perhatian pembeli. Bahkan ada yang menggunakan nama Allah dan Rasul-NYA
dalam melariskan jualan. Pelbagai firman dan sabda dikaitkan. Dusta atas dusta.
Khianat atas khianat.
Perniagaan
Makanan
Ramai muslim yang mengusahakan perniagaan makanan terutama kedai ataupun gerai
makanan. Para pembeli hanya melihat makanan yang sudah siap, tetapi mereka
tidak nampak bagaimanakah makanan itu disediakan. Ada pengusaha yang tidak
mengambil berat soal kebersihan. Proses makanan itu disediakan jika dilihat sendiri
oleh pelanggan tentu mereka tidak sanggup makan. Mereka tertipu dengan apa yang
telah terhidang. Mereka tidak tahu mereka mungkin telah menelan makanan yang
kotor, ataupun adanya bahan yang bahaya untuk kesihatan mereka.
Peniaga yang
seperti ini merupakan penipu dan pengkhianat yang setiap hari peniagaannya
menzalimi dan mengkhianati orang lain. Mereka terus berdosa dengan pelanggan
mereka. Malangnya, kadang-kala mereka terlupa bahawa setiap hari mereka
menambahkan dosa mereka dengan manusia lain yang itu semua akan dibawa ke
hadapan Allah nanti. Mungkin juga dibalas di dunia ini, jika Allah kehendaki.
Nabi s.a.w tidak menerima peniaga seperti ini sebagai pengikut baginda.
Suatu ketika, Rasulullah s.a.w melintasi satu bekas makanan (untuk dijual),
lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah.
Baginda pun bersabda: “Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?. Dia
menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Mengapa engkau
tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh
nampak?! Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku” (Riwayat Muslim).
Dosa Dalam
Perniagaan
Peniaga yang menipu mata pembeli dengan ucapan, tulisan ataupun hiasan yang menawan
sehingga pelanggan tertipu, akan menanggung dosa yang besar. Lebih buruk lagi,
ramai peniaga kedai makanan yang meletakkan ayat al-Quran di dinding-dinding
kedai mereka, bukan kerana ingin menghayatinya tetapi sekadar untuk menarik
perhatian pelanggan. Padahal amalan perniagaan mereka tidak seiras dengan
ajaran al-Quran. Mereka menzalimi pelanggan mereka yang datang dan mempercayai
mereka. Mereka pula menyedia makanan yang tidak tergamak dimakan jika pelanggan
mengetahui hakikatnya. Sedangkan al-Quran menegaskan: “Dan orang-orang yang
menyakiti lelaki-lelaki yang beriman dan perempuan-perempuan yang beriman tanpa
kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul dosa
menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata”. (Surah al-Ahzab, 58).
Jual beli yang mempunyai penipuan dan kezaliman adalah haram. Wang yang
diperolehi juga adalah haram, walaupun dari segi undang-undang kelihatan macam
halal. Sabda Nabi s.a.w: “Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim
menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan kecuali dia menerangkan
kepadanya” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dll. Al-Hakim menyatakan sahih dan
disetujui oleh al-Zahabi).
Kita berbangga melihat muslim berniaga. Namun para peniaga muslim hendaklah
beretika dalam perniagaan mereka selaras dengan ajaran Allah dan RasulNYA.
Peniagaan satu punca pendapatan yang halal. Jika dikendalikan dengan jujur
membawa ke syurga. Jika dikendalikan dengan tipuan dan khianat membawa ke
neraka.
https://muftiperlis.gov.my/index.php/minda-mufti/793-peniaga-antara-syurga-dan-neraka
KAUT UNTUNG BERLIPAT GANDA: ADAKAH
ITU RIBA?
Dalam perniagaan, berapakah keuntungan
yang dibolehkan dalam Islam untuk diambil oleh si penjual? Dan apakah itu riba
dan keuntungan yang bagaimana yang dikatakan riba? Sebagai contoh: Jika harga
sehelai tudung ialah RM20, berapa yang boleh saya jual kepada pelanggan? Berapakah
harga yang sepatutnya harga jual agar tidak dikatakan atau termasuk dalam
kategori riba?
Pada asalnya, tiada had khusus
bagi keuntungan dalam Islam. Namun apabila melibatkan penipuan, menganiaya
orang lain, dan harga terlampau tinggi bagi barang-barang keperluan, dalam hal
ini, di sudut fiqh membincangkan hak khiyar (pilihan untuk membatalkan
akad) bagi pihak yang terperdaya. Berikut, beberapa contoh berdasarkan
kitab al-Fiqh al-Manhaji (6/42)
tentang aktiviti memanipulasi harga secara salah:
1. Talaqqi al-Rukban (Memintas
pedagang): Seorang
peniaga memintas para pedagang yang bakal datang ke kawasannya. Dia
memperdaya mereka dengan mengatakan barangan yang bakal mereka jual sudah
bertimbun di kawasannya dan dijual dengan harga yang rendah. Perbuatan
peniaga ini bertujuan membeli barangan tersebut dengan harga yang lebih rendah
daripada harga asal. Jual beli tersebut sah tetapi haram kerana
wujudnya unsur penipuan. Apabila para pedagang tadi tiba ke kawasan perniagaan
dan mengetahui harga pasaran yang sebenar selain menyedari mereka telah ditipu
(maghbunun), mereka
berhak menuntut khiyar dan membatalkan jual beli tadi.
Diriwayatkan
bahawa Abu Hurairah RA berkata: “Nabi SAW
melarang manusia memintas dagangan, jika dia dipintas oleh seseorang dan orang
ini membelinya, maka pemilik barangan tadi berhak menuntut khiyar jika
dia tiba di pasar.” Riwayat
Muslim (no.1519)
2. Ihtikar: Bermaksud membeli barangan yang
disenaraikan sebagai makanan asasi daripada pasaran ketika
barangan tersebut amat diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut
dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan harganya berlipat kali ganda dan
kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasi keperluan orang
ramai.
Perbuatan seperti ini adalah haram berpandukan
hadith Nabi SAW: Maksudnya: “Monopoli
hanya dilakukan oleh orang yang bersalah.” Riwayat Muslim (no.1605)
Jika orang ramai amat memerlukan
makanan asasi tersebut atau keadaan menjadi dharurat, orang yang memonopoli
tadi boleh dipaksa (oleh pemerintah untuk) menjual barangan
tersebut dengan harga yang munasabah. Jika dia ingkar, hakim boleh
menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan hasil jualan diserahkan kepadanya.
Timbul persoalan; sekiranya
berlaku kenaikan harga bagi barang yang bukan keperluan,
seperti tudung dengan rekaan tertentu, dan bukan bekalan kain yang merupakan
keperluan asas masyarakat, apakah Kerajaan berhak menentukan harga barang?
Bagi menjelas soalan ini,
berpandukan hadis Anas bin Malik RA: “Pernah terjadi kenaikan harga pada masa RasulullahSaw, di kalangan pengguna mengadu: ‘Wahai Rasulullah, tetapkanlah
harga untuk kami’. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Penetap
Harga’, ‘Penggenggam’, ‘Pembentang’ dan ‘Pemberi Rezeki’. Aku berharap
bertemu dengan Tuhanku dan tidak ada seorang pun daripada kamu yang menuntut
perbuatan zalim yang aku pernah lakukan kepadanya, baik berupa darah (qisas)
ataupun harta.” Riwayat al-Tirmizi
(no.1235). Beliau (Anas) berkata hadis ini Hasan Sahih.
Hadis ini adalah dalil bahawa tidak
dikhususkan bagi pemerintah untuk menetapkan harga (semua) barangan,
mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab. Pendapat yang lemah mengatakan
bahawa dibenarkan ke atas pemerintah untuk menetapkan harga pada waktu ghala’
(gawat) khususnya bagi barang makanan.
Namun, dalam hal ini pemeritah
bertanggungjawab juga memantau perjalanan para peniaga agar tidak bebas
menentukan harga barangan, khususnya barang keperlua asas, agar tidak
membebankan pengguna. Terutama peniaga yang mengambil kesempatan memonopoli,
menyorok barang, dan lain-lain aktiviti perniagaan yang terlibat dengan akviti
perniagaan haram seperti disentuh di atas.
Sekiranya imam (pemerintah)
menetapkan harga barang dan menyebabkan peniaga bangun menentang perintah
berkenaan, adalah dibenarkan kepada pemerintah untuk mengenakan hukuman takzir
kepadanya. Walau bagaimanapun, hukum jual beli itu adalah sahih, mengikut
pendapat yang asah (lebih sahih). [Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh
al-Syafie (3/65-66) oleh
Muhammad al-Zuhaili.
Berkata Syeikh Muhammad Taqi
Uthmani: “Sesungguhnya tas`ir (penetapan harga barang) tidak boleh
dilaksanakan, melainkan pada keadaan-keadaan yang luar biasa, apabila manusia
berada dalam keadaan terdesak akibat harga yang terlalu ditinggikan pada
barang-barang yang manusia berhajat kepadanya seperti makanan, minuman dan
pakaian. Jika tidak berlaku keadaan sedemikian, maka hukum asalnya hendaklah
dibiarkan para peniaga dan pembeli untuk berniaga berdasarkan harga yang mereka
suka. Pada zahirnya, jika tidak berlaku ihtikar (monopoli barang), dan
tidak berlaku penetapan harga barang oleh kartel perniagaan, maka ini akan membuka peluang persaingan bebas dalam pasaran
sehingga para peniaga tidak mungkin menaikkan harga lebih daripada harga
pasaran. Jika naik sekali pun, maka kesamaran sudah pun hilang. Justeru tidak
diperlukan kepada penetapan harga barang.”
Rujuk Fiqh al-Buyu` (2/1002)
Keterangan di atas dikuatkan
dengan dua fakta daripada perbuatan Rasulullah SAW dan sahabat baginda:
- Saiyidina `Urwah Ibn al-Ja`d al-Bariqi RA pernah diberi satu
dinar oleh Rasulullah Saw untuk membeli seekor kambing. `Urwah kemudiannya
berjaya membeli dua ekor kambing, dan menjual salah satunya dengan satu
dinar, menjadikan keuntungan yang diperolehi adalah 100%. Apabila
diserahkan, Baginda gembira dan mendoakan beliau dengan keberkatan. Berkat
doa itu, beliau apabila berniaga di pasar, dapat menjana keuntungan
sehingga 40,000 dinar! [Riwayat al-Bukhari (no. 3642). Rujuk juga Fath al-Bari (5/137) oleh Ibn Hajar al-Asqalani].
- Saiyidina al-Zubair bin al-`Awwam RA pernah membeli sebidang
tanah di hutan dengan harga 170,000 dirham, kemudian anaknya Abdullah RA
menjualnya selepas kematian al-Zubair dengan harga 1,600,000 dirham.
Jumlah itu adalah 9 kali ganda! [Riwayat al-Bukhari (no.3129)].
Berkata Imam Abu Ishak al-Syirazi
dalam al-Muhazzab (2/57):
“Barangsiapa
yang membeli barang dagangan, diharuskan ke atasnya untuk menjualnya, (sama
ada) dengan harga modal, atau dengan harga yang lebih rendah, atau yang lebih tinggi, berdasarkan sabda
Baginda Saw: Jika berbeza jenis
(pada barang ribawi), maka jual belilah bagaimana yang kamu inginkan.”
Oleh sebab itu, Imam al-Ghazali
dalam kitab Ihya al-Ulum al-Din (2/79)
menerangkan bahawa pada asalnya ghabn (penyamaran harga
dalam berniaga) adalah dibenarkan selagi mana masih boleh diterima pada adat
kebiasaan. Ini kerana tujuan perniagaan itu sendiri adalah untung,
yang melibatkan ‘ghabn’ walaupun sedikit. Kata beliau, sebahagian ulama
mengehadkan untung pada satu pertiga harga barang, jika lebih maka boleh
khiyar, tetapi itu bukan pendapat mazhab al-Syafie. Itu hanya had ihsan. Namun, keharusan
ini terikat dengan syarat tidak berlaku penipuan dan kezaliman.
Kesimpulannya, bahawa mengambil
untung berlipat kali ganda dalam perniagaan adalah bukanlah sejenis
riba dan ia diharuskan, selagi mana tidak membawa kepada
penindasan dan kezaliman. Ini kerana keuntungan itu sendiri bersifat
relatif dan tidak boleh dibandingkan secara mutlak dengan harga pasaran sebelum
ditolak hasil jualan itu dengan kos ‘perbelanjaan’ (overhed) yang perlu
ditanggung peniaga sebelum mendapatkan keuntungan bersih. Ini berbeza mengikut
zaman, tempat dan jenis barang jualan itu sendiri. Namun, kami juga ingin
berpesan agar para peniaga agar memperbanyakkan sedekah bagi menyucikan harta
yang diperolehi, seperti mana sabda Rasulullah Saw: “Wahai para peniaga!
Sesungguhnya syaitan dan dosa itu hadir dalam aktiviti jual beli.
Maka sucikanlah jual beli kamu dengan bersedekah.” (Riwayat al-Tirmizi (no.1208) daripada Qays bin Abi
Gharazah RA, dengan sanad hasan sahih).
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2887-al-kafi-964-untung-
AWAS…!
DOSA BERKAITAN RIBA LEBIH DAHSYAT DARIPADA
BERZINA..?
Imam An-Nawawi
rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ia
termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan
oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi”
(Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )
Adalah menjadi
fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak
ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, dinukilkan beberapa
nas al-Quran dan al-Hadith perihal besarnya dosa riba.
1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan
Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada
Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman,
sekiranya kamu tidak meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan
Rasul-Nya” (Al-Baqarah : 278 )
Dalam ayat ini
jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk
meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka dia akan
berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan Rasul-Nya.
Zahir ayat ini
juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat
malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.
Ibn Abbas
r.a di riwayatkan berkata:
“Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat: ‘ambillah senjata kamu
untuk berperang dengan Allah SWT’,” ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran,
At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)
Berkatalah
Abu Hanifah rh pula : “Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling
menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
Imam Malik
Bin Anas rh pula berkata: “Telah aku membuka lembaran-lembaran Kitab
Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak aku dapati (dosa) yang lebih buruk dari
Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya”
( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Berkata
Imam Qatadah rh : “ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh,
dan akan mencarinya di mana sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )
2. Riba Menghilangkan Berkat Dalam Harta dan Kehidupan
Allah SWT
berfirman : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan
keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 ).
Kehilangan Berkat Berlaku Di Dunia Dan Di Akhirat
Di Dunia: Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba
adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang
tidak berfaedah, sehinggalah dia akan merasa miskin dan faqir (walaupun dia
mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringannya
pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah
SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak
haloba. Dia juga bakal di timpa ujian berat yang banyak, seperti dirompak, dicuri,
dikhianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir
‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut,
1982 , 1/224) .
Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud
r.a : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya
ia akan membawa kepada sedikit dan papa” [Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ;
Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath
al-Bari, 4/399)]
Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a : Ertinya : “Tidak diterima dari
pemakan riba (yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya
dan persaudaraannya” (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir
‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)
3.
Seperti Berzina Dengan Ibu/Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan
(dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya..” (Ibn Majah, 2/764 ;
Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
4.
Lebih Berat dari 36 Kali Zina.
Nabi SAW
bersabda : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan dia
mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225
; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Hadis sohih, lihat: Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith
Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 ).
5.
Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Berdasarkan hadith nabi SAW : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir,
membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan
peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa
saksi adil).” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allah dan Rasul-Nya telah istiharkan perang terhadap riba, tapi
kenapa umat Islam tidak turut sama perangi Riba…(?).
EKONOMI
SALAH SATU CABANG IBADAH
Al
Quran telah menyebutkan mengenai matlamat hidup manusia iaitu untuk beribadat
kepada Allah SWT (Surah az-Zaariat, ayat 56).
Justeru
tujuan manusia dihidupkan di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah SWT,
tetapi jangan menyempitkan makna ibadat tersebut. Ibadat bukan sahaja bermakna
mengerjakan puasa, mendirikan solat, tunaikan zakat dan haji atau sebagainya,
tetapi ibadat sebagaimana yang dimaksudkan di dalam ayat yang di atas adalah
ibadat am sebagaimana yang telah didefinisikan oleh para ulamak iaitu ibadat
yang meliputi segala bentuk aktiviti, asal saja mengharapkan keredhaan ,
kasih sayang dan rahmat Allah SWT sama ada di dalam bentuk perbuatan atau
ucapan yang zahir atau yang batin; kesemuanya itu adalah ibadat kepada Allah
SWT.
Sebagai
manusia, sudah pasti kita tidak dapat memisahkan diri daripada
kegiatan-kegiatan muamalat khasnya dalam bidang perniagaan (tijarah). Manusia
amat memerlukan hal yang sedemikian, malah Allah SWT menyuruh supaya manusia
menceburi bidang perniagaan. Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an-Nisa’,
ayat 29 maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi
dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka di antara kamu”.
Rasulullah
SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu
kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Sembilan persepuluh (9/10) sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui
perniagaan” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Oleh
yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau
besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan
darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda
maksudnya: “Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan
ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada” (Hadis
Riwayat Tirmizi).
Bagaimanapun, tijarah yang dimaksudkan adalah yang mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah.
Sifat-sifat sedemikian adalah ciri-ciri yang akan menempatkan mereka
bersama-sama dengan para nabi dan rasul.
Rasulullah
SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah
dan mengatakan sesuatu yang tidak benar. Rasulullah SAW telah bersabda
maksudnya: “Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan
keberkatannya” (Hadis Riwayat Bukhari).
Di
samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang
memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk
mendapatkan keuntungan tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan
membantu pihak lain, khasnya pengguna.
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang memberi tangguh kepada
orang yang susah, mahupun dilangsaikan hutang tersebut, Allah SWT akan
payungkannya pada hari kiamat di bawah bayangan Arash-Nya” (Hadis Riwayat Kaab
bin Umar).
Bagi peniaga
Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang
dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah SWT telah berjanji
akan memberinya perlindungan di bawah bayangan arasy di akhirat kelak. Ini
menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui (ada dalam)
bidang perniagaan.
Islam
juga menyuruh manusia berlaku adil dalam perniagaan di samping
memberikan layanan yang baik kepada pelanggan. Ini bersesuaian dengan konsep
persaudaraan dalam Islam, seperti dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah
bersabda maksudnya: “Seseorang Muslim itu adalah bersaudara kepada seorang
Muslim yang lain” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Baginda
Rasulullah SAW telah diriwayatkan sebagai seorang ahli perniagaan yang sentiasa
senyum kepada pelanggan dan meletakkan harga jualan yang sama kepada semua
pelanggan yang hendak membeli barangan yang sama. Keistimewaan yang dimiliki
Baginda ini membuatkan setiap perniagaan atau jualannya sentiasa laris dan
mendapat keuntungan yang besar. Perkara ini telah diakui oleh pekerja Saidatina
Khadijah iaitu Maisarah.
Islam
melarang umatnya daripada melakukan “monopoli” dan menyorok barangan
(ihtikar) kerana perbuatan tersebut boleh menaikkan harga sesuatu barangan
akibat kesukaran mendapatkannya di pasaran. Rasulullah SAW bersabda maksudnya,
“Sesiapa yang menyorok(barangan), dia telah melakukan kesalahan”(Hadis Riwayat
Abu Daud, at-Tirmizi & Muslim).
Unsur-unsur
tipu daya atau helah juga patut dielakkan oleh peniaga, ini kerana ia
boleh menghilangkan keberkatan di dalam perniagaan. Rasulullah SAW telah
bersabda yang berbunyi: “Barangsiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada
golongan kami” (Hadis Riwayat Muslim).
Hadis
ini timbul daripada satu peristiwa yang berlaku di sebuah pasar di zaman
Rasulullah SAW, di mana Baginda telah mendapati seorang peniaga telah melakukan
penipuan dengan meletakkan gandum yang basah di bahagian sebelah bawah dan
gandum yang kering di bahagian atasnya.
Pengguna perlu dilindungi daripada ditipu oleh peniaga melalui kadar sukatan
dan timbangan. Perkara ini telah ditegaskan di dalam Al-Quran dalam Surah
al-Isra’ ayat 35.
Allah
akan mencela mereka yang mengurangkan sukatan dan timbangan di dalam
jual beli (Surah al-Mutaffifin ayat 1-6).
Ibrahim
Adham, seorang ulamak tasawuf yang terkenal mengingatkan bahawa [“syaitan akan
menggoda seseorang manusia yang berniaga melalui beberapa cara; di antaranya
ialah melalui timbangan atau mizan, dan juga semasa peniaga tersebut
mengambil dan memberi barangan kepada pelanggan”].
Amalan
riba juga perlu dijauhi kerana riba tergolong di dalam dosa-dosa besar
(Surah al-Baqarah ayat 275). Ini ketara dalam amalan perniagaan biasa yang mana
pinjaman wang diberikan dengan dikenakan faedah yang ditetapkan.
Islam
juga melarang elemen gharar bila berniaga. Gharar ialah sesuatu yang
tidak pasti, tidak tentu dan tidak jelas.
Contohnya
menjual ikan semasa ikan masih di laut, menjual burung yang belum ditembak atau
memajak buah semasa ia masih berputik atau berbunga. Ia dianggap sebagai judi
dan judi itu adalah haram.
Akhir
sekali, melalui akhlak yang mulia dan pergaulan yang baik, peniaga Islam
boleh menggunakan kesempatan itu untuk berdakwah kepada mereka yang selalu
mendampinginya.
Sejarah
Islam telah membuktikan bahawa sesetengah dakwah Islamiah yang telah bertapak
kukuh di rantau ini adalah hasil dari usaha golongan saudagar Islam.
https://www.ikim.gov.my/amalan-perniagaan-dalam-islam/
BAITUL MAL DAN FUNGSINYA PADA NEGARA DAN RAKYAT
Sejarah Penubuhan Baitulmal Dan Pelaksanaannya
Fungsi Baitul Mal
- Merupakan institusi
kewangan yang bertanggungjawab menyelenggara harta umum.
- Institusi
ini juga dikenali dengan istilah perbendaharaan negara.
- Institusi Baitulmal
tidak berfungsi dengan aktif pada zaman awal kerajaan Islam kerana
perkembangan dan penaklukan Islam belum luas lagi dan sumber pendapatan negara
tidak banyak.
Sejarah Penubuhan Baitulmal :
- Sejarah penubuhan
Institusi Baitul dipercayai telah wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W.
lagi, namun disebabkan pendapatan negara Islam tatkala itu adalah kecil
seperti rampasan perang atau yang didapati melalui perjanjian damai, maka
hasilnya dibahagikan segera kepada mereka yang berhak menerimanya.
- Penubuhan Baitulmal
secara rasmi adalah pada masa Umar al-Khattab menjadi khalifah pada tahun
13 Hijrah. Pada masa ini agama Islam berkembang pesat dan pemerintahannya
mendapat harta yang banyak hasil daripada rampasan perang dan juga
daripada daerah taklukan yang luas. Semuanya memerlukan pengurusan yang
cekap dan tersusun rapi serta berintigriti supaya setiap perbelanjaan yang
dilakukan tidak membazir dan mengikut apa yang ditentukan oleh
undang-undang Islam.
- Khalid al-Walid
mencadangkan agar khalifah Umar menubuhkan satu institusi kewangan negara
bagi menguruskan harta Negara. Pada peringkat awalnya perbendaharaan ini
dikenali dengan Diwan atau Khazanah dan akhirnya diberi nama Baitulmal.
- Khalifah
Umar al-Khattab telah melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal
dan Jubair bin Mu’tam untuk mengendalikan Baitulmal.
- Kota
Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal. Institusi Baitulmal ini
kemudiannya ditubuhkan di setiap wilayah Islam sebagai cawangan daripada
pusatnya di Madinah. Di setiap cawangan Baitulmal ini dilantik
pegawai-pegawai Baitulmal yang menjalankan tugasnya di bawah pentadbiran
Baitulmal Pusat.
- Dengan penubuhan
institusi Baitulmal ini khalifah Umar telah mengasaskan penyelarasan
pentadbiran kewangan negara dan penggunaan harta awam yang bersesuaian
dengan perkembangan pentadbiran social, ekonomi, dan politik Negara pada
masa itu.
- Bermula pada masa
itu, Baitulmal sebagai wakil yang menjalankan pengurusan harta dan
membelanjakannya untuk kepentingan rakyat dan negara bersesuaian dengan
kehendak undang-undang Islam.
Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Bani Umayyah:
- Baitulmal telah
dijadikan sebagai sebuah daripada institusi penting bagi menyimpan hasil
pendapatan negara. Seorang pegawai telah dilantik sebagai wakil khalifah
untuk mengurus dan mengendalikan institusi ini.
- Baki
perbelanjaan wilayah-wilayah jajahan takluk kerajaan Bani Umayyah daripada
cukai-cukai wilayah tersebut akan dihantar kepada kerajaan pusat untuk
disimpan di Baitulmal.
- Pada
zaman pemerintahan khalifah al-Walid Baitulmal amat penting dalam
pembangunan dan perkembangan ekonomi. Beliau telah menggalakkan
pembangunan industri perusahaan dan pembuatan. Al-Walid juga telah
mendirikan beberapa pusat angkatan laut di Syria, Mesir, Afrika dan
sebagainya yang memerlukan pembiayaan yang besar yang sebahagian
perbelanjaannya diambil daripada Baitulmal.
- Pada zaman khlifah
Umar bin Abdul Aziz masalah kewangan yang dihadapi oleh Baitulmal telah
diatasi dengan langkah berjimat-cermat dan tidak melakukan pembaziran.
Beliau telah menyerahkan sebahagian besar kekayaan dan barang kemas
isterinya dan beberapa bidang tanahnya di Khaibar untuk dijadikan harta
Baitulmal.
- Segala harta di bawah
pengurusan Baitulmal telah berjaya mewujudkan beberapa projek besar
ekonomi bagi faedah rakyat seperti membuka ladang-ladang baru, membaiki
dan membina saluran air, membina jalan-jalan raya bagi memudahkan
penganggkutan dan aktiviti perdagangan.
- Pelaksanaan
Baitulmal juga melibatkan bidang ketenteraan juga. Kerajaan Bani Umayyah
juga mempunyai pasukan tentera laut yang kuat. Pada zaman al-Walid pasukan
tentera laut Bani Umayyah amat kuat sehngga dapat menguasai Laut
Mediteranean. Dari segi penaklukan zaman al-Walid dan Hisyam, empayar
Islam telah luas hingga ke Lautan Atlantik dan Banjaran Gunung Pyreness di
Eropah, sementara di sebelah Timur hampir ke sempadan China. Perbelanjaan
yang besar dan sumber kewangan bagi persediaan ketenteraan dan usaha penaklukan
datangnya dari Baitulmal.
Kesan Kepada Rakyat dan Negara:
- Pelaksanaan
Baitulmal telah membantu ekonomi umat Islam dan pemerintahnya dalam
membangunkan negara.
- Sumber-sumber
kewangan Negara yang tersimpan di Baitulmal merupakan hasil pelaksanaannya
yang diuruskan dengan cekap dan berlandaskan undang-undang syariah.
(Sumber: Weblog Cikgu Jumali)
KEPERIBADIAN
RASULULLAH SAW SEBAGAI PENERAJU EKONOMI
Ketinggian
budi Rasulullah Saw dari perspektif Baginda sebagai seorang ahli perniagaan dan
peneraju ekonomi memang tidak boleh disangkal.
Sekiranya
kita mengkaji berdasarkan sejarah sebelum kemunculan Islam di Tanah Arab, ada
catatan tentang nilai akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah Saw semenjak
mengikut bapa saudaranya Abu Talib berdagang. Ini turut diakui oleh umum
masyarakat pada zamannya melalui pelbagai sumber rujukan yang sahih.
Keperibadian
Rasulullah Saw
Keperibadian
Rasulullah Saw sebagai ahli perniagaan dan peneraju ekonomi sepatutnya
menjadi contoh yang sewajarnya diketengahkan kepada masyarakat hari ini.
Ia
patut diterapkan dalam budaya perniagaan, pengukuhan ekonomi dan tanggungjawab
sosio komuniti serta keluarga sebagai saah satu amalan yang dinilai sebagai ibadah.
Prinsip asas perniagaan dari Rasulullah Saw yang bertunjangkan wahyu, merupakan
dasar utama ‘perlaksanaan muamalah’ dan ‘ekonomi’ yang sejajar dengan tuntutan
Islam.
Sesungguhnya
Al-Quran ada menjelaskan tentang etika dan prinsip muamalat yang wajib
diamalkan. Pengharaman riba’ dalam sistem kewangan termasuk jual beli yang
mempunyai unsur keraguan atau “gharar” dan elemen perjudian yang sama sekali
dilarang baginda Saw.
Justeru,
berlandaskan wahyu, telah diberi peringatan oleh Allah swt berkenaan riba’
serta aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan jual beli ini.
Surah Al Baqarah, ayat 275-276, Allah berfirman, bermaksud; “Orang-orang yang
makan (mengambil) riba’ tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya
orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka
yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya
jual beli itu sama dengan riba’, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba’. Orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya,
lalu terus berhenti dari (mengambil riba’), maka baginya apa yang telah
diambilnya dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya terserah kepada
Allah. Orang yang kembali (mengambil riba’), maka orang itu adalah
penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Allah telah memusnahkan
riba’ dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap
dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.”
Prinsip Dan Etika Dalam Perniagaan
Pelbagai
isu berkaitan ekonomi, kewangan dan perniagaan dikendalikan oleh Baginda dengan
penuh berhemah. Baginda sentiasa menitikberatkan ketulusan (keiklasan). Ini
dijelaskan menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, sabdanya; “Apabila engkau berjual
beli hendaklah engkau berkata: ‘tidak ada tipu daya’.” (Muttafaqun ‘Alaihi [bersetuju atasnya] Riwayat
Bukhari & Muslim).
Rasulullah
Saw juga memiliki ‘Prinsip Ahli Perniagaan Yang Strategis’. Baginda mampu
mengalahkan persaingan peniaga Yahudi, Nasrani serta Arab jahiliah (yang
bersifat pemerasan dan tipu aya) dengan hanya menjaga tertib perniagaan tanpa
sebarang penindasan dalam urusniaga sejajar dengan wahyu yang digariskan dalam
Islam. Atas prinsip inilah, ekonomi Islam berkembang dan membentuk Tamadunan Dunia Islam.
Namun,
biar pun Baginda merupakan seorang saudagar mahu pun ahli ekonomi yang hebat,
Baginda tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk bermegah-megah dan
mementingkan diri. Hasil dari perniagaan digunakan hanya untuk Islam dan
tanggungjawab dalam perjuangan menegakkan Ad-Dinnul Lillah (agama
Allah).
1.
Usaha Dunia Untuk Akhirat
Berdasarkan
keperibadian Baginda ini, sebagai memberi pesanan kepada kita bahawa usaha di atas
landasan dan prinsip Islam memberatkan ‘timbangan amal’ di akhirat kelak.
Apa
yang penting sebagai seorang mukmin, usahakanlah sesuatu perkara dengan tekun
dan ikhtiar semampunya berserta doa dan tawakal kepada Allah SWT. Berusaha
selagi mampu, janganlah kita berminta-minta kerana kelak kita akan
dipertanggungjawabkan atas setiap amanah hidup yang diberikan.
2.
Berniaga Sunnah Nabi Saw
Sunnah
itu ada dalam setiap pekerjaan. Kita berjuang di jalan Allah, untuk kehidupan
yang diredhai, membina keluarga beriman dan berusaha maju selaras perkembangan
zaman agar Islam sentiasa terbela. Usaha di dunia sebagai persediaan akhirat.
Zuhud bukan bererti membiar diri menjadi miskin, tetapi berusaha sedayanya,
namun tidak leka dan terpedaya untuk kesenangan dunia.
Bayangkan
andai Rasulullah Saw ada bersama kita hari ini. Bagaimanakah jika baginda
melihat amalan kita? Kita inginkan syurga dan syafaat baginda, tetapi sejauh
manakah kita berusaha untuk mengikuti sunnah baginda?
Kita
hendaklah kembali kepada sunnah Rasulullah Saw sebagai panduan hidup, termasuk sunnah
di bidang perniagaan. Kerana, perniagaan juga termasuk kerjaya yang terpuji
dalam Islam. Kerana Nabi Saw memulai kerjayanya sebelum dilantik sebagai Rasul
adalah perniagaan, sehingga jadi jutawan. Setelah dilantik sebagai Rasul, harta
kekayaan yang dikongsi bersama Siti Khadijah digunakan untuk kuatkan Islam,
turut juga dibantu oleh para sahabat yang juga terdiri daripada jutawan.
Oleh
itu, berusaha untuk menjadikan peniagaan sebagai ‘aktiviti yang menjadi ibadah’,
melalui beretika, jujur dan amanah serta sentiasa berusaha menghidupkan sunnah
Baginda. Nilai ibadah mengatasi tujuan keuntungan harta dan wang ringgit
semata-mata, adalah salah satu sifat keperibadian Rasulullah Saw.
Bagi
mereka yang berniaga, sesungguhnya mempunyai peluang yang sangat besar untuk
beroleh darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Ini adalah berdasarkan sabda
Rasulullah Saw yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi yang bermaksud; “Para peniaga yang
benar lagi beramanah digolongkan bersama para nabi, para siddiqin
dan syuhada’.”
Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah Saw, kaum keluarga,
sahabat-sahabat serta para pengikut sahabatnya dari masa ke semasa hinggalah
hari kiamat.
https://khirkhalid.com/rasulullah-saw-ahli-perniagaan-terulung/
No comments:
Post a Comment